Sunday, November 15, 2015

AS Berjaga-jaga Akibat Serangan Di Paris.

















AP - ANGGOTA polis lengkap bersenjata berkawal di seberang jalan yang menempatkan konsulat Perancis di New York kelmarin.
NEW YORK – Pihak berkuasa di New York, Boston dan bandar raya lain di Amerika Syarikat (AS) mengetatkan kawalan keselamatan masing-masing malam kelmarin susulan serangan bersenjata dan bom terhadap orang awam di Paris.
Jabatan Polis New York (NYPD) berkata, anggota-anggota Pasukan Tindakan Antikeganasan dan beberapa unit khas lain telah dike­rahkan ke kawasan yang sering dikunjungi pelancong selain konsulat Perancis di Manhattan.
“Pasukan-pasukan itu dikerahkan ke kawasan yang sesak di sekitar bandar raya ini sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi meningkatkan keyakinan orang ramai ketika kami terus memantau situasi di seberang laut (Perancis),” kata NYPD dalam satu kenyataan.
Bandar raya New York masih menjadi sasaran utama kumpulan-kumpulan militan Islam selepas ­serangan pada 11 September 2001 yang menyaksikan beberapa pesawat penumpang merempuh dan memusnahkan pencakar langit, Pusat Dagangan Dunia dalam tragedi yang meragut hampir 3,000 nyawa.
NYPD bagaimanapun tidak menyebut bilangan anggota polis tambahan yang dikerah untuk me­ngawasi kawasan yang dianggap berisiko, manakala kawasan yang terlibat juga tidak didedahkan.
“Setiap kali kita melihat serangan seperti ini, ia menjadi peringatan untuk kita supaya bersedia dan berwaspada,” kata Datuk Bandar New York, Bill de Blasio kepada saluran televisyen ABC 7.
Selain New York, agensi penguatkuasaan undang-undang dan pe­ngangkutan di bandar raya-bandar raya utama turut berada dalam keadaan berjaga-jaga.
Sementara itu, di ibu negara AS, Washington, polis meningkatkan rondaan di sekitar bangunan kerajaan, Kompleks Capitol, kata seorang jurucakap pihak berkuasa.
“Setakat ini, tiada ancaman yang kami ketahui ke atas Kompleks Capitol,” katanya. – Reuters

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

1 comment:


  1. Tiada bukti yang jelas orang Islam yang melakukan keganasan di Paris.

    Serangan ke atas Paris telah digunakan oleh media massa Zionis Yahudid seperti SITE untuk menfitnah orang Islam dan agama Islam sebagai pengganas sedangkan tiada bukti yang kukuh untuk mengaitkan orang Islam dengan keganasan di Paris.

    FAKTA:

    (1) Agen-agen Mossad Israel selalu menggunakan passport palsu dan passort curi untuk melakukan keganasan supaya orang yang jahil menuduh orang Islam sebagai pengganas. Jika penyerang dikatakan melakukan meletupkan diri sendiri, bagaimana passport yang dijumpai berada dalam keadaan yang sangat baik?

    (2) Kalau setakat mengatakan ISIS mengaku melakukan serangan di Paris, agen Mossad dalam tandas pun boleh buat panggilan palsu mendakwa ISIS membuat serangan ke atas Paris.

    (30 ISIS ditubuhkan, dilatih dan disokong oleh kerajaan US, Israel dan NATO untuk melemahkan negara umat Islam maka semua keganasan ISIS mewakili kehendak rejim US, Israel dan NATO bukan Islam.

    ReplyDelete