Friday, November 27, 2015

Azmin Ikrar Kerjasama Dengan PAS. Apa Kata DAP/Amanah?

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini mengulangi komitmennya untuk bekerjasama dengan PAS di hadapan pemimpin PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.
Berucap pada Kongres Pemuda dan Wanita PKR, beliau yang juga adalah menteri besar Selangor berkata parti itu adalah satu-satunya yang boleh membuat semua mereka bekerja bersama-sama.
“Saya gembira kerana inilah satu-satu parti PKR yang berjaya menjana kekuatan DAP, AMANAH dan PAS untuk duduk bersama dalam satu pentas untuk lawan Umno-BN,” katanya.
Antara pemimpin yang hadir pada kongres itu termasuk Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh, Ketua Belia AMANAH, Sany Hamzah dan Naib Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin.
“Kita menyambut AMAANH dalam keluarga besar kita dan muafakat dalam Pakatan Harapan bersama DAP dan AMANAH akan terus dibina dan diperkukuhkan.
"PKR juga akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PAS serta Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti politik di Sabah dan Sarawak.
"Ini ketetapan yang diambil Majlis Pimpinan Pusat yang bersidang pada 11 Oktober, kita mahu semua pihak khususnya rakan kita menghormati pendirian PKR dan jangan sekali-kali cuba melaga-lagakan kepimpinan dalam PKR," katanya.
Tidak pasti sama ada amaran itu ditujukan kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan AMANAH.
Masalah dalaman pakatan pembangkang mula terserlah apabila pada sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini lima ADUN PKR memutuskan untuk berkecuali berhubung usul Umno mengenai projek penambakan laut.
Ketua Menteri Lim Guan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP membayangkan tindakan mereka itu sebagai rampasan kuasa dalam PKR Pulau Pinang. (MK)
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kita Tunggu, Apa Kata DAP/AMANAH?

4 comments:

Anonymous said...

Hairan....kenapa Azmin tak nampak apa yg hj hadi dan walaun2 kata...mereka tak akan bekerjasama dgn DAP dan Amanah.

Azmin ni cuba mkn kiri kanan mcm PAS jugak ka.
Pas cuba mkn kiri kanan dgn umno dan PKR dan bermusuh dgn DAP dan AMANAH.
UMNO bermusuh dgn PKR..DAP..AMANAH..dan cuba memikat PAS

Memang BODOH si Azmin ni...


Anonymous said...

Sebanarnya koponen pembangkang ni bukannya kuat macam mana pun cuma gah saja lebih jadi Azmin terpaksalah menumpang tui dengan kekuatan PAS dan pengundi dan penyokong marah pada PAS sebenarnya bukan marah pada parti tapi pada pemimpin yang bodoh dan tolol yang tidak tahu membezakan kehendak pengundi dan penyokong maka atas rasa tidak selesa dengan apa yang telah ditonjolkan oleh pemimpin bodoh dan tolol maka berlakulah perpecahan hinggakan tertubuhnya sebuah parti yang PAS sendiri menjadi musuh,soalannya sekarang mudah jika pemimpin PAS yang mengaku ulama yang bodoh dan tolol undur diri sudah pasti pembangkang akan jadi kaut itu saja ,perkara mudah tapi disukarkan oleh pemimipin polotik sendiri,serupalah juga dengan UMNO jika Najib mengaku apa saja soalan yang bercelaru sekarang ini semuanya akan mudah tapi dek kerana takut didakwa dengan kesalahan yang dia sendiri cipta maka rakyatlah yang jadi mangsa ,tapi ahli UMNO dan kaki bodek terlalu bodoh dan tolol maka jadilah apa yang kita dapat saksikan hari.

Anonymous said...

Komen yg buat geng pan badut lori dap terpacak rambut n telinga keluar asap.jgn ingat semua org nak jd najib n tokong tukang sembah duit.politik bijak adalah politik yg menilaikan rakyat bkn menilaikan kuasa

Anonymous said...

. lepas tu puak puak haram jadah dan celaka pas keluarkan knyataan dap punca belahkan pkr selepas dia berjaya pecahkan pas. padahal fakta dan sejarah buktikan siharam jadah hadi yang mnenjadi punca.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails