Penyanyi rap terkenal German Deso Dogg yang telah memeluk Islam dan dikenali sebagai Abu Malik atau nickname "Abu Talha Al-Almani telah menyertai Mujahideen ...
HALAMAN HIBURAN
WASHINGTON, AS. Seorang bekas penyanyi rapper, Denis Cuspert yang juga dikenali sebagai Deso Dogg dan nama Islamnya, Abu Talha al-Almani terbunuh dalam serang udara tentera udara Amerika Syarikat (AS), pertengahan bulan ini.
Menurut laporan CNN, Abu Talha yang menyertai militan IS pada 2012 didakwa bertindak sebagai pegawai propaganda yang bertanggungjawab merekrut ahli di barat melalui laman sosial.
"Saya sahkan bahawa Abu Talha terbunuh dalam satu serangan udara pada 16 Oktober lalu," kata jurucakap Jabatan Pertahanan, Elissa Smith dalam sebuah email.
Sedikit Mengenai Abu Talha al-Almani
Abu Talha yang berasal dari Jerman dan pernah beraksi bersama bintang rap AS, DMX pada 2006 telah berubah genre dari rap kepada nasyid tidak lama kemudian.
Pada Februari, AS mengklasifikasikan Abu Talha sebagai militan selepas didakwa terlibat dalam merekod dan menyebarkan propaganda militan IS di laman Facebook dan Twitter.
Abu Talha juga didakwa penah muncul dalam beberapa video sambil memegang kepala mangsa militan IS yang dipancung. (IH)
ReplyDeleteMohon Tuan Ibnu Hasyim delete iklan judi IBU,FITRI SULISTIAWATI yang terkutuk itu. Tahi judi begitu terdesak mahu menipu orang Islam.
ReplyDeleteSaya merasa amat kasihan melihat orang-orang yang baru memeluk Islam menyertai IS (Islamic State) yang berkhidmat untuk Israel, Amerika Syarikat, NATO dan Wahabi membinasakan negara-negara umat Islam. Sebenarnya IS telah dibentuk, dilatih dan disokong oleh Israel, Amerika Syarikat dan NATO untuk melemahkan kerajaan-kerajaan Arab supaya negara haram Israel boleh bebas melakukan keganasan terhadap orang-orang Palestin dan negara-negara Arab tanpa sebarang gangguan dari negara Arab lain.
Maka kita tidak terkejut melihat pengganas-pengganas IS menyerang dan membunuh pejuang-pejuang Islam yang tulen di Syria, Iraq dll.
IS telah melakukan jenayah perang yang bertentangan dengan ajaran Islam menunjukkan IS bukanlan perjuangan Islam. Dan ulama-ulama Sunni or Shia, Salafi atau Sufi dll telah mengutuk IS kerana IS telah melakukan jenayah-jenayah yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Seperti biasa, apabila Wahabi berperang dengan Syiah di Syria, Iraq, Yaman dll, orang-orang Sunnah Wal Jamaah pula yang akan menjadi mangsa di mana ramai orang-orang Sunnah wal Jamaah yang disiksa atau dibunuh dan harta benda mereka dimusnahkan !
Ternyata propaganda musuh Islam yang didalangi oleh Israel, Amerika Syarikat dan NATO berjaya menfitnah dan memburuk-burukkan Islam dan orang-orang Islam melalui boneka-boneka Israel, Amerika Syarikat dan NATO seperti AlQaeda dan IS !