“CHOW Kon Yeow, kami mahu anda”, “Chow Kon Yeow ketua menteri, kami mahukan anda”, “Lim Guan Eng balik Melaka”. Demikian tertulis di sepanduk.
Walaupun bilangan hadirinnya kecil, namun mereka membawa mesej besar iaitu mahu Lim Guan Eng meletak jawatan sebagai Ketua Menteri dan diganti dengan ADUN DAP Padang Kota, YB Chow Kon Yeow.
Ia merujuk lebih 40 orang yang berkumpul di hadapan Komtar menyatakan bantahan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Lim, tengah hari tadi.
Mereka dilihat membawa kedua-dua kain rentang itu iaitu pertama mahu YB Chow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baharu, manakala kedua meminta Lim balik semula bertanding di tempat asalnya, Melaka.
Jurucakap kumpulan itu yang enggan dikenali dilaporkan berkata, mereka mahu Chow mengambil alih jawatan berkenaan kerana Lim gagal menjadi Ketua Menteri yang berkesan.
“Ramai rakyat keluar dari Pulau Pinang. Kita bimbang penjualan tanah yang tidak terkawal, masalah kesesakan, banjir, penarahan bukit tanpa kelulusan serta kemusnahan alam sekitar.
“Sepanjang Guan Eng menjadi ketua menteri, tiada apa yang dilakukan di sini. Dia tidak memahami apa yang rakyat Pulau Pinang mahu kerana bukan berasal dari sini,” katanya.
Tinjauan mendapati, mereka berkumpul sambil memegang sepanduk tertulis antaranya “Chow Kon Yeow, kami mahu anda”, “Chow Kon Yeow ketua menteri, kami mahukan anda”, “Lim Guan Eng balik Melaka”.
Lim yang berasal dari Melaka mula memegang jawatannya itu pada 2008 selepas PR memenangi PRU12 dengan mengalahkan BN.
PR berjaya mengekalkan kuasa pada PRU13 dan membolehkan Lim kekal memegang jawatan itu.
Bagaimanapun, perbalahan yang berlaku tahun ini menyebabkan Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tindakan DAP itu menyebabkan PAS negeri mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Kerajaan Pulau Pinang.
Facebooker pro PAS, Norani AbgMarzuki BangiKuching berkata perkembanag terkini DAP Pulau Pinang itu mencerminkan pergolakan dua aliran dalam DAP, iaitu Kristian DAP dan Buddhist DAP.
“Joseph Lim Guang Eng, cuba kuasai DAP dengan bawa geng Kristian DAP. Tony Pua, Anthony Loke, Teresa Kok adalah geng Joseph Lim.
“Kini mazhab Buddhist dalam DAP mula bangkit dan marah cara DAP Kristian urus pentadbiran negeri Pulau Pinang dan urus politik dalam pakatan pembangkang.
“DAP akan pecah. Di Johor pun pimpinan DAP sudah marah pada group Joseph Lim dan DAP Johor letak jawatan. Di Penang, satu lagi pimpinan YB DAP letak jawatan.
“Group Buddhist paling ramai dalam DAP tapi mereka low profile. YB Teng dan YB Tan Seng Giaw adalah group Buddhist dan tidak disukai oleh group DAP Kristian.
“Group Buddhist marah dengan cara Lim yang kurang ajar dalam politik Pulau Pinang. Itu sebab mereka nak halau Lim balik Melaka,”katanya. (IH/AIDCNEWS)
2 comments:
Ingtkan bai'ah hnya terkena pada org PAN je.. rupa2nya terkena jgk pada PUNASIHAT dan SPONSOR PAN.. kah kah kah.. malangnya hidup ini..
Ingat pas ni parti ahli syurga. Bila baiah kena talak bini. Org nk tambah bini. Baru syok. Pas dah karut. Muslimah byk nk keluar pas. Dah tk percaya dgn hadi n haron ding. Haha
Post a Comment