DAP memang suka dilihat sebagai parti yang suka cari gaduh dengan rakan-rakan sekutu mereka dan cuba menunjukan perangai “Abang Besar” dalam Pakatan. Kata Naib Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin (gambar).seperti lapor Malaysiakini sebentar tadi.
"DAP memang suka dilihat sebagai parti yang suka cari gaduh dengan rakan-rakan sekutu mereka dan cuba menunjukan perangai “Abang Besar” dalam Pakatan," katanya.
Tidak cukup dengan PAS, dakwanya, kini DAP mula menyerang PKR di Pulau Pinang pula dan menuduh 5 ADUN PKR menyokong dan bersekongkol dengan Umno.
Khairil merujuk kepada kritikan Lim terhadap lima ADUN PKR itu yang berkecuali berhubung usul Umno di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang berkaitan projek penambakan di negeri ini.
Khairil juga mendakwa bahawa kerajaan DAP juga telah menggugurkan empat daripada lima usul yang dikemukakan oleh ADUN PKR Penanti, Norlela Ariffin dalam persidangan Dewan Undangan Negeri lepas.
"DAP semakin angkuh khususnya di Pulau Pinang dan cuba membolot semua keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri hingga mengenepikan hak parti-parti Pakatan lain untuk bersuara.
"Sikap DAP inilah yang merosakkan hubungan Pakatan Rakyat selama ini dan pasti akan terus menjadi duri dalam daging dalam Pakatan Harapan," tegasnya.
Menurut beliau sebelumnya, DAP nampaknya lebih bersungguh-sungguh mahu PAS bergabung dengan Umno, berbanding dengan orang PAS sendiri, kata Naib Ketua Pemuda parti Islam itu Khairil Nizam Khirudin.
Ini terutamanya dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang didakwa Khairil marah impiannya untuk melihat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijatuhkan dalam muktamar yang lepas, tidak menjadi kenyataan.
PAS, tegasnya, kekal istiqmah dengan perjuangannya tanpa sedikit pun ruang untuk bergabung dengan Umno seperti yang dicita-citakan oleh DAP.
"Memang pelik bila DAP lebih bersungguh mahu PAS bergabung dengan Umno berbanding orang PAS sendiri," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Katanya, DAP pula yang lebih ghairah "bermimpi hingga melupakan tanggungjawab mereka dalam menguruskan amanah rakyat dan parti mereka sendiri". (IH)
4 comments:
Dap akan terbakar disebabkan pengkianat n batu api pan imayam.mereka ini mcm syaitan kerja nak mengapikan org sj.biarkan mereka terbakar sendiri spt syaitan.mereka sudah habis modal bercakap pasal penganas is pula.padahal mereka tdk sedar merekalah penganas yg sebenar dimalaysia.penganas yg memecah belahkan parti .jgn biar mereka menghuru harakan malaysia pula
Parti Roket adalah parti perkauman kera sumbang yang tidak bertemadun berlagak bos dan bersikap biadap dan menindas terhadap parti-parti sekutu. Pemimpin-pemimpin yang mempunyai maruah sepatutnya mengeluarkan parti mereka dari Pakatan Haprak Baru supaya bos-bos Roket tidak boleh buli dan menindas rakan-rakan sekutu.
Parti Roket juga amat dengki kepada hak keistimewaan orang Melayu yang merupakan orang asal (bumiputera) negara ini dan berusaha menghapuskannya. Parti Roket bertanggung jawab dalam kejadian merobohkan 26 kampung Melayu iaitu satu cara menghalau orang Melayu keluar dari negeri Roket.
Parti Roket juga bersikap biadap terhadap agama Islam dan orang Islam kerana bos-bos Roket berani mencemuh dan mengutuk khutbah Jumaat dll dan menentang perlaksanaan hukum Allah di negara ini. Walaupun parti Roket menentang Islam dan orang Islam, terdapat munafik-munafik yang menjadi balaci-balaci Roket menghina dan menfitnah parti Islam dan menyokong Roket menentang Islam.
Parti Roket juga cuba memusnahkan moral masyarakat Islam dengan menyokong kaum LGBT dan pada masa yang sama menentang Islam.
BAYANGKAN PARTI ROKET BERKUASA DI NEGARA INI, APA AKAN BERLAKU KEPADA ORANG-ORANG ILSAM DAN AGAMA ISLAM DI NEGARA INI?
yang komen mesti tidak dilanjutkan kontrak, baguish lah dap pecat hangpa takkan tok lebai makan duit org kapiaq kasi
Anon 1:02 pandirkutty imayam badut lori cina bukit.duit tu hasil negara yg diamanahkan utk menjaga n memberi kpd yg berhak tp dap lebih teruk dr umno mengangap duit itu hak mereka n org org yg spt kamu menyokong tindakan tdk amanah mereka.malulah kamu gunakan nama amanah tp tdk tahu makna amanah.selayaknya kamu dipangil geng mat sabu selfei amoi pandirkutty imayam
Post a Comment