Saturday, November 07, 2015

Datuk Nicol Gagal Pertahankan Kejuaraan Klasik Qatar, Tetapi ...

SUKAN
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David (gambar atas dan kanan) gagal mempertahankan kejuaraan Klasik Qatar apabila kalah kepada Nour El Sherbini (gambar kanan bawah) pada separuh akhir di Kompleks Tenis & Skuasy Antarabangsa Khalifah di Doha, malam tadi.

Nicol, bekas pemain nombor satu dunia itu, menerima saingan sengit daripada pemain muda dari Mesir itu sehingga memaksa perlawanan berlanjutan ke set penentuan.
Menurut laman Twitter kejohanan, Nour membuka langkah kanan dengan memenangi set pertama dengan 11-6 sebelum Nicol, selaku pemain pilihan kedua, bangkit untuk menguasai 2 set seterusnya dengan 12-10 dan 11-5.

Bagaimanapun, Nour, yang juga bekas juara remaja dunia pada 2009, bangkit untuk menyamakan kedudukan 2-2 dengan memenangi set keempat 11-4.
Set penentuan menyaksikan pertarungan sengit sebelum Nour menang 11-9 dalam perlawanan selama sejam itu.

Pada final esok, Nour akan berdepan dengan pemain England, Laura Massarro.

Laura menempah tiket final apabila menyingkirkan seorang lagi pemain Mesir, Omneya Abdel kawy, 11-7, 11-4, 11-6 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. - Bernama, 6 November, 2015.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Datuk Nicol gagal mempertahankan Kejuaraan Klasik Qatar, itu jelas. Tetapi sebenarnya, lebih jelas lagi kedua-dua mereka yang berlawan itu gagal mempertahankan status mereka dari negara umat Islam, kerana mereka berpakaian yang tidak Islamik dalam bersukan.

Rupanya negara umat Islam sendiri tidak mampu mempertahankan identiti Islam terutama dalam berpakaian, apabila menyertai kegiatan sukan di peringkat antarabangsa. Bahkan di dalam negaranya sendiri pun, ada negara yang tidak mampu melaksanakan etika berpakaian menurut Islam, walaupun di perlembagaan negaranya tercatat Islam sebagai agama negara.

Apakah tidak ada pakar-pakar Islam yang boleh mencipta pakaian ahli sukan yang menutup aurat sesuai dengan negara Islam atau negara umat Islam? (IH)

6 comments:

Anonymous said...

Baru admin tau ke? Setakat baju yg x tutup aurat adalah perkara kecil. Selama ini admin tak tahu ke diMesir sendiri tempat berjudi bersepah malahan Sharm El Sheikh bukan shj tempat peranginan terkemuka Egypt tetapi adalah pusat Casino bagi warga2 arab kelas pertengahan dari negara2 arab lain spt KSA, Kuwait dtg berjudi. Rata2 hotel diMesir ada Casino spt Hotel Sonesta & Casino di AlNasr. Tidak ada larangan untuk org Islam untuk berjudi di tempat2 judi mereka spt dinegara kita. Klau kita dihotel tersebut adalah staff hotel yg menawarkan@mempelawa package berjudi dihotel mereka. Agama apa sekalipun adalah bebas untuk berjudi disana. Minuman keras juga tidak ada larangan bagi org Islam. Saya tahu sebab saya tinggal di Cairo lama kerana bekerja. DiMesir jika seseorg tu baik agamanya adalah memang keturunan meraka baik and initiative sendiri. Kita tidak perasan sbab kebanyakkan yg keMesir adalah pelajar dimana pergaulan pelajar2 disana dgn golongan org2 baik dlm pegangan agama. Jika ditanya kpd sesiapa yg keMesir untuk business atau kerja mereka akan tau bertapa sekularnya kerajaan Mesir.

Ibnu Hasyim said...

Siapa kata aurat itu perkara kecil? Kalau tidak, Tuhan tidak haramkan. Yang memperkecilkan aurat itu adalah perjuangan asobiah Arab atau asobiah Melayu, macam UMNO di Malaysia. Perjuangan UMNO, bukan perjuangan Islam.

UMNO tidak semestinya Melayu, banyak bukan Islam dalam UMNO, dan Melayu tidak semestinya Islam. Kerajaan Islam mesti mempamerkan budaya sukan yang tidak bertentangan dengan Islam.

Anonymous said...

November 6, 2015 at 6:39 PM, tak perlu tengok Mesir yang tak ikut Islam.. tengok M'sia yang dekat ni, dulu Bolo punya olang..

Anonymous said...

admin juga yang kata "..dari 2 negara Islam..." ..... negara je Islam seperti malaysia (dalam perlembagaan)....rakyatnya tak semesti Islam...yang tak Islam tak semestinya ikut Islam ...nicole david bukan Islam. tak dek pasal dia nak ikut Islam ....YG HARUNYA ADALAH YANG ISLAM ITU SENDIRI TIDAK IKUT ISLAM SEPERTI ROSMAH, DLL.......ITU YANG PERLU DIREMEHKAN....!!!!!!!

Anonymous said...

Tak de pon admin sebut "..dari 2 negara Islam..." .... Aku cam sangat, admin selalu sebut 'negara umat Islam' yang seperti M'sia dan Mesir. Negara Islam lain, iaitu negara yang berperlembagaan Islam, Malaysia bukan berperlembagaan Islam.

Anonymous said...


Bila kita membaca komen dari macai, balaci dan barua liberal sekular , kita dapati geng liberal sekular yang buta, pekak dan bangang ini suka meremehkan dan mempertikai hukum Allah seperti hukum menutup aurat dan hukum Hudud.

Geng jahiliah yang tidak bermoral ini cuba menfitnah Ibnu Hasyim dengan menulis mendakwa Ibnu Hasyim menulis [quote]"..dari 2 negara Islam..."[Unquote] sedangkan kita semua tahu bahawa Ibnu Hasyim telah menulis [Quote] kedua-dua mereka yang berlawan itu gagal mempertahankan status mereka dari negara umat Islam [Unquote].

Balaci dan barua liberal sekular ini terdiri dari orang kafir yang menyamar Islam dan orang yang mengaku Islam tetapi sebenarnya mereka adalah munafik yang mempertikai hukum Allah.

Oleh sebab itu orang-orang Islam mestilah berhati-hati terhadap geng liberal sekular yangs sentiasa berusaha menghancurkan Islam dan menyesatkan orang Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails