PARIS – Ribuan penunjuk perasaan anti-Islam membawa sepanduk tertera ayat ‘Berrambus Islam’ semasa mengganggu perhimpunan aman bagi memperingati mangsa serangan pengganas Paris dalam satu kejadian di utara Perancis.
Tindakan kumpulan berhaluan kanan Perancis di bandar Lille itu dipercayai didorong oleh kenyataan oleh seorang pemimpin Parti Barisan Kebangsaan, Marine Le Pen yang mendakwa Perancis kini sebagai ‘tidak lagi selamat’.
Akhbar tempatan melaporkan, beliau mahu pihak pemerintah segera mengambil semula kawalan sempadannya selepas serangan lewat Jumaat minggu lalu yang mengorbankan lebih 150 orang dan mencederakan ratusan lain.
Bagaimanapun, gangguan kumpulan itu yang melaung-laungkan slogan ‘Berambus Islam’ berjaya dihentikan selepas mereka dikejar kumpulan Liga Hak Asasi Manusia (HRL) yang memberitahu mereka, ‘Berambus Fasis’.
Perhimpunan bermula pukul 3 petang waktu tempatan sebelum penunjuk perasaan ‘menyerang’ dataran utama bandar itu sambil melaung-laungkan mesej anti-Islam dan membakar bunga api kira-kira 15 minit kemudian.
Kumpulan itu turut melaung-laungkan mesej anti-Islam ke arah polis Lille yang dipanggil untuk mengawal keadaan sebelum situasi tidak dapat dikawal sehingga merebak ke jalan raya sekali gus mengganggu aliran trafik.
Sementara itu, kerajaan Perancis bertindak membalas dendam dengan melancarkan serangan udara besar-besaran mengenai beberapa sasaran bagi membalas dendam terhadap kumpulan militan Islamic State (IS) di Raqa, Syria.
Ia memusnahkan markas arahan IS, pusat rekrut, depot simpanan senjata dan kem latihan. Operasi bersama dengan Amerika Syarikat itu melibatkan 12 jet pejuang yang berlepas dari Jordan dan Emiriyah Arab Bersatu.
“Pesawat-pesawat kami berjaya menggugurkan lebih 20 buah bom demi menghancurkan kawasan sasaran,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Perancis, Mickael Soria dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Presiden Perancis, Francois Hollande mengutuk serangan ke atas Paris sebagai tindakan perang dan berikrar akan menyerang balas ke atas kumpulan pengganas IS tanpa perasaan belas kasihan lagi.
Sementara itu, Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berpangkalan di Britain mengesahkan siri serangan udara Perancis mengenai bandar Raqa yang dianggap ibu negara kerajaan khalifah IS di Syria dan Iraq.
“Terdapat sekurang-kurangnya 36 letupan akibat pengeboman ke atas Raqa, sebahagiannya disebabkan oleh serangan udara dan beberapa letupan senjata serta bahan letupan yang terkena serangan tersebut.
“Letupan-letupan itu menggegarkan seluruh bandar berkenaan. Terdapat serangan udara di kedua-dua bahagian utara dan selatan Raqa,” kata Pengarah SOHR, Rami Abdel Rahman. – Agensi.
2 comments:
Marie Le Pen dibesarkan sebagai Roman Catholic dan belajar di sekolah tinggi Jesuit (The Society of Jesus) dan dia telah berulang kali disabitkan dengan jenayah menyerang (assault). Dia telah menyertai tentera Peranchis (French Foreign Legion) dan dihantar ke Algeria sebagai pegawai perisik tentera pada tahun 1957 di mana terdapat dakwaan yang mengatakan dia telah menyoal-siasat dan menyiksa orang-orang Islam di
Algeria.
Marie Le Pen adalah seorang yang gila kuasa, bersifat mementingkan diri dan suka membuta provokasi. Dia telah didapati bersalah "menghasut kebencian kaum " kerana kata-kata menghina terhadap umat Islam yang dibuat dalam satu wawancara akhbar.
Mahkamah Paris mengarahkan pemimpin Barisan Nasional membayar euro10,000 ( $ 12,355 ) kerana komen-komennya yang bersifat perkauman dalam temu bual dengan akhbar Le Monde.
Le Pen , 75, telah disabitkan atas perkauman sekurang-kurangnya enam kali.
Sambungan
Pada tahun 2005 dan 2008, Le Pen didenda , dalam kedua-dua kes perkauman sebanyak € 10,000 kerana hasutan diskriminasi , kebencian dan keganasan terhadap orang Islam di Peranchis.
Post a Comment