TICINO - SWITZERLAND. Wanita beragama Islam bakal didenda maksimum £6,500 pound (RM41,275) jika memakai burqa atau menutup muka selepas kerajaan tempatan menguatkuasakan undang-undang baharu.
Laporan Dailymail mengatakan Ticino juga akan melarang pemakaian topeng atau balaclava yang selalu dipakai oleh peserta demostrasi.
Pelancong juga tidak terkecuali dari undang-undang baharu tersebut dan akan diberitahu mengenai larangan berkenaan semasa tiba di lapangan terbang.
Parlimen Switzerland pula mempertahankan langkah baharu mereka dan mengatakan ia tidak menyalahi undang-undang persekutuan.
Larangan memakai burqa di Ticino tersebut dilaporkan sama seperti dengan undang-undang di Perancis.
Parlimen Perancis meluluskan larangan memakai burqa pada 2010 dan menyebabkan protes oleh masyarakat Islam yang menuduh kerajaan bersikap diskriminasi.
Usaha sekumpulan peguam Britain untuk menentang undang-undang tersebut juga dinafikan oleh Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah, tahun lepas. (IH)
1 comment:
Read more on Islam at http://myislamawareness.blogspot.my/
Post a Comment