Pemuda PAS Kelantan sedia menyediakan ruang menganjurkan majlis dialog antara Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali dan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa berhubung isu pertemuan pemimpin PAS-Umno selepas pilihan raya umum 2008.
Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari berkata pihaknya sedia menjadi pengajur atau moderator kepada majlis yang dicadang diadakan di kota Bharu dan mahu MP Shah Alam Khalid Samad turut sama terlibat.
Ini kerana, kata Ahmad Fadhli, Khalid yang juga pengarah komunkasi Parti Amanah Rakyat (AMANAH) juga dikaitkan sebagai salah seorang pemimpin PAS yang berjumpa dengan pimpinan Umno ketika itu.
"Kami bersedia untuk menyediakan ruang yang seluas-luasnya untuk kehadiran seramai mungkin hadirin yang berminat untuk mengikuti penjelasan isu ini secara langsung dari individu yang terlibat.
"Semoga ia menjadi majlis yang bermanfaat dan menghilangkan keraguan yang ditimbulkan berhubung tohmahan kononnya PAS berhasrat untuk bergabung dengan Umno," katanya dalam satu kenyataan.
Sinar Harian hari ini melaporkan Mustafa mengajak Husam bersemuka dengan satu majlis terbuka bagi mendedahkan kebenaran mengenai cerita lama dibangkitkan oleh bekas naib presiden PAS itu.
Laporan itu juga menyebut, beliau juga perlu melibatkan Khalid yang dikaitkan oleh Husam antara pemimpin PAS yang berjumpa dengan permimpin Umno dalam usaha menyatukan PAS dan Umno pada 2008.
"Kita bersemuka tiga orang ini supaya Husam boleh kemukakan apa yang dia tahu dan saya boleh memberitahu apa yang sebenarnya kalau hendak cakap tentang perjupaan 2008 itu," kata Mustafa seperti dilapor akhbar itu.
Sehubungan itu, Ahmad Fadhli berkata beliau berharap Husam dan Khalid sedia bersemuka dengan Mustafa dan sedia memberikan persetujuan.
"Harapan kami agar dua individu yang dicadangkan oleh Datuk Mustafa Ali untuk bersemuka dengan beliau iaitu Datuk Husam Musa dan Khalid Samad dapat memberikan persetujuan dan bersedia untuk hadir apabila dijemput nanti," katanya.
Sebelum ini, Husam mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan bekerjasama Umno di Selangor sewaktu krisis menteri besar.
Bagaimanpun perkara itu dinafikan oleh Hadi dengan menegaskan perkara tersebut tidak akan berulang kembali.
Katanya, rancangan membentuk kerjaaan perpaduan pada 2008 tidak bermaksud PAS menyertai BN tetapi semua parti yang berada BN dan pakatan pembangkang berada dalam kerajaan.
Tahniah Pemuda PAS Kelantan dari Weblog Ibnu Hasyim!
2 comments:
takder ke pihak yg berkecuali nak anjur
ni walaun yang otak senget ke sebelah pihak nak anjur
Ha apa lg ruang dah dibuka cabaran dah disambut jgn ckp tak ada telur pula.apa kisah siapa penganjur yg penting kenenaran dpt diketahui n didedahkan.tunggu apa lg.peluang terhidang didepan mata
Post a Comment