Tuesday, November 24, 2015

Dr Mujahid Serang Abd Hadi, Siapa Seperti IS?

Naib Presiden Parti Amamah Negara (AMANAH) hari ini mendakwa anggota parti itu menjadi mangsa kepada ‘tindakan melampau’ ahli-ahli dan penyokong PAS.
Ahli Parlimen Parit Buntar dan juga bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu menyamakan tindakan mereka sama seperti ciri-ciri rangkaian pengganas Negara Islam (IS).
Bercakap pada sidang media di Parlimen, Mujahid berkata anggota AMANAH dimaki hamun secara lisan dan juga di laman Facebook pada setiap hari.
Katanya, terdapat insiden di mana ahli-ahli PAS atau pengikutnya terus ke rumah-rumah ahli AMANAH dan memanggil mereka sebagai "kafir dan munafik" serta menoreh tayar kereta mereka.
"Orang-orang ini fikir mereka adalah kebenaran mutlak dan melabelkan yang lain (ahli-ahli AMANAH) sebagai sesat, munafik dan kafir serta tidak sama dengan mereka," katanya.
Memetik kejadian di mana pemimpin AMANAH diminta menceraikan isteri mereka kerana meninggalkan PAS, Mujahid berkata pemikiran itu adalah sama dengan kumpulan pengganas IS.
"Jika ini tidak dibendung, ideologi ini akan merebak dan membawa kepada kebangkitan minda yang menyerupai IS," katanya.
Mujahid juga mendakwa bahawa dengan berdiam diri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang merestui tindakan tersebut.. (MK)

4 comments:

Anonymous said...

1. Mujahid, kau hanya kira orang kata kau. Kau tak kira kau kata orang. Macam budak2, kira belah dia je, nak menang aje.
2. Berpuluh tahun kau di dlm PAS, ada orang kata kau sebelum ni? Tak de. Ngape sekarang orang kata? Sebab kau dah tak taat dg pemimpin, kau rasa kau saja yg betul, kau rasa dah kuat dg orang2 ikram yg menyusup di dlm PAS, kau rasa LGE, LKS, DAP adalah sekutu yg baik, kau rasa hudud tak perlu jadi keutamaan. Inilah sebab orang kata kau. Banyak sebab lagi.
3. Taubatlah. Mudah2an benarlah kamu tak munafik, tak jadi pengkhianat.

Anonymous said...

Janganlah kamu berpecah - belah kerana DUNIABersatulah utk Kamu Semua dlm menTAUHIDkan ALLAH, Dan hendak lah kamu
Memelihara sesama ISLAM dlm hal ehwal. AQiDAH. Dan perjuangan yg BENAR disisi ALLAH n RADUL

Anonymous said...

Kenyataan bodoh apa mujahid tu tak padan dgn taraf keilmuan n jawatan yg diamanahkan org kpdnya.jika pas tu sama dgn is dah lama kamu n kawan kawan kamu tu kena pancung.sudah kering idea sgt agaknya.nak kira dia sj yg kena kutuk yg pas n tghh kena kutuk tu tak kira.sudah dasar pengkianat tu gelaplah masa depan

Ibnu Saad said...

Sikap hj hadi kalau dilihat dlm beberapa kes atau kejadian yg melibatkan ahli pas sdn, blh dikatakan memang dia tdk layak utk jadi ketua.dia tidak ada bakat utk memimpin...dia hanya blh berckp je..utk pimpin jemaah tak layak.pas perlu cari org lain utk ganti hadi...kalau tak masa dpn pas akan kabur dan gelap...hakikat ini perlu diakui...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails