Sunday, November 29, 2015

Gara-Gara Gegar Vaganza, Beginilah UMNO/BN Didik Remaja Bangsa Melayu/Islam Negara Ini..

Nana dan Lan ketika mempersembahkan lagu Memori Berkasih pada konsert Gegar Vaganza 2 minggu keempat.

HALAMAN HIBURAN
BACA berita ini, beginilah caranya UMNO/BN mendidik remaja bangsa Melayu/Islam di negara ini. Sesuaikah dengan kehendak hukum agama Islam, agama penganut terbesar negara, yang kononnya agama rasminya agama Islam??

PETALING JAYA: Lagu Memori Berkasih yang dinyanyikan Lan (Kristal) dan Siti Nordiana pada konsert minggu keempat Gegar Vaganza 2 (GV2) mendapat permintaan tinggi gara-gara rancangan itu.

Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yosof berkata, ada segelintir pihak tetap mehukan dia membawa lagu tersebut secara solo (tanpa Siti Nordiana) walaupun ketika itu dia memenuhi undangan persembahan bersama anggota Kristal.

"Saya tak sangka lagu Memori Berkasih yang saya dan Nana (Siti Nordiana) persembahkan menjadi viral. Tetapi bagi saya, ia adalah sesuatu yang baik kerana Nana sedang bertanding dalam pertandingan itu dan fenomena itu adalah bonus untuknya agar kekal dalam program tersebut
"Cuma, saya tak sangka, kebanyakan pihak penganjur majlis mahu saya bawakan lagu itu. Permintaan lagu itu tinggi. Solo atau berkumpulan, Memori Berkasih menjadi pilihan penganjur. Mereka lebih gembira jika ada Nana sekali dalam persembahan," katanya yang dihubungi mStar Online.

Lagu Memori Berkasih nyanyian asal Nana dan Allahyarham Achik (Spin) pernah menjadi popular pada awal tahun 2000.


Gandingan Nana dan Lan pada malam konsert GV2 terus meraih perhatian netizen dan ia masih menjadi bualan di media sosial sehingga kini.

Sementara itu, mengenai perkembangan lain, Lan berkata, kumpulan Kristal bakal muncul dengan single lagu baharu berjudul Beribu Alasan pada Disember ini.

Katanya, selepas menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman Music Valley Malaysia (MVM) baru-baru ini, kumpulannya akan membuat konsert jelajah mini pada tahun hadapan.

"Bagi mengekalkan momentum kumpulan Kristal, kami akan muncul dengan lagu Beribu Alasan dan seterusnya konsert jelajah mini pada tahun depan.
"Diikuti pula dengan kemunculan album baru. Bagaimanapun kami fokus pada keluaran single dahulu," tuturnya. (IH)

10 comments:

  1. tapi ini lah parti yg PAS rasa paling aula untuk jadi rakan negara Islamnya...

    ReplyDelete
  2. Tuan Haji

    Biasalah sikap orang PAS seperti Tuan Haji. M3ngkritik orang h3bat no.1. Apabila puak PAS sendiri berpelok tubuh xbuat apa-apa selain m3ngkritik dan menghukum orang, xpe pula.

    Apa yang PAS sudah buat untuk menangani masalah ini? Henghukem sahaja ke? Sepatutnya DPPP dan DMPP yang aktif turun padang menangani masalah anak muda seperti ini. Tetapi kedua sayap PAS ini hidup di dunia lain. Mereka hanya berkumpul dan buat akiviti sesama mereka sahaja. Bila dah xde aktiviti yang boleh dibuat, dok buat huruhara daam parti supaya par5i lemah.

    Jangan kata kat orang sahaja.....hari ini PAS dikenal sebagai parti label melabel orang sahaja. Yang dia kritik tu le yang dibuat.

    Saya amat mual dgn entri diatas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang haram ITU jelas. Nasihat
      .take nak diam je kot.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

  3. Apabila sebilangan orang Islam mengkritik dan menolak hiburan yang bersifat hedonistik, melalaikan dan bertentangan dengan ajaran Islam, terdapat pula para munafik yang menghina usaha menghapuskan hiburan sekular libaral yang bersifat hedonistik! Maka tidak hairanlah ramai manusia menjadi penghuni neraka.

    ReplyDelete

  4. Islam mengharamkan hiburan sekular liberal yang bersifat hedonistik, maksiat dan melalaikan manusia tetapi kaum sekular liberal yang sesat menghalalkannya. Menghalalkan yang haram, hukumnya kufur akidah (murtad)!

    Kepada makhluk-makhluk yang mempertahankan hiburan hedonistik dan menghina usaha-usaha menghapuskan hiburan hedonistik, bertaubatlah sebelum terlambat sebab kamu tidak mengetahui tarikh kematian kamu ! Sesungguhnya taubat semasa sakaratulmaut tidak diterima Allah.

    ReplyDelete
  5. Kenapa asyik nak salahkan PAS..Adakah dlm Malaysia ni PAS shj yg bertanggungjawab untuk mencegah kemungkaran?Badan2 berwajib lain/Parti lain apa cerita?Jangan asyik salahkan PAS shj..AMANAH &PKR apa cer?bukankah parti2 tersebut turut ingin memartabatkan syiar Islam di Malaysia..satu soalan aku pd kalian..APAKAH BILA PAKATAN HARAPAN MENERAJUI PUTRAJAYA NANTI, MASALAH HEDONISME/HIBURAN MELAMPAU INI AKAN BERAKHIR?Sedarlah wahai penyokong DAP berbangsa Melayu sekalian..Contoh kes di KEDAH sms masih di bwh pakatan rakyat, Kerajaan Kedah sms itu di bwh pimpinan Al-Marhum Uztaz Azizan ingin mengehadkan waktu operasi pusat hiburan,siapa yg menghalang?siapa yg bising?siapa yg terang2 membangkang?Tepuk dada,muhasabah diri..Tugas mencegah kemungkaran di bumi Allah ni bukan tugas PAS shj - Aku bkn penyokong tegar PAS,tp aku penegak keadilan

    ReplyDelete
  6. Terdapat sebilangan kecil orang-orang Melayu yang tidak bermoral sanggup menjadi balaci untuk diperkudakan oleh sifu-sifu roket penang dan gelang mali. Mereka ini sepatutnya tidak boleh bersekongkol dengan parti roket yang menentang hukum Allah, mencemuh khutbah Jumaat dan dengki kepada hak keistimewaan orang Melayu. Bukankah ini membuktikan mereka telah menjadi pengkhianat kepada Islam , umat Islam dan bangsa mereka sendiri?

    ReplyDelete
  7. Apa takut dgn dap? Bertanding 50seat. Mgkn menang 40shj. Mana kuatnye dap? Pkr menang 50. Pan menang 50. Jumlah 140 drp 222seat dlm parlimen. Dah bole perintah malaysia. Kalahkan bn yg korup. Ekonomi teruk rm jatuh barang naik. Hanya hujan turun. Tiba2 pas nk nasihat bn saja. Adoi pas chai lebai malang. Makin merapu presideng kamu. Tiada wibawa. Malang pas chai kamu. Haha

    ReplyDelete
  8. Apa takut dgn dap? Bertanding 50seat. Mgkn menang 40shj. Mana kuatnye dap? Pkr menang 50. Pan menang 50. Jumlah 140 drp 222seat dlm parlimen. Dah bole perintah malaysia. Kalahkan bn yg korup. Ekonomi teruk rm jatuh barang naik. Hanya hujan turun. Tiba2 pas nk nasihat bn saja. Adoi pas chai lebai malang. Makin merapu presideng kamu. Tiada wibawa. Malang pas chai kamu. Haha

    ReplyDelete