Monday, November 30, 2015

Guling K'jaan PPg, Siapa 'duri dalam daging' DAP?

Ketua DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata tahun ini adalah sangat mencabar maka beliau merayu kepada ahli untuk bersatu dan fokus, sebagai parti pemerintah di Pulau Pinang.
Berucap dalam majlis pembukaannya konvensyen DAP Pulau Pinang hari ini, Chow yang juga anggota exco kerajaan negeri berkata ia situasi itu kini menjadikan parti itu sedang diuji.
Beliau mendakwa musuh politik DAP mahu parti itu gagal tetapi menegaskan "rancangan jahat" untuk mengguling kerajaan negeri tidak akan berjaya.
Tanpa menyebut nama pihak terbabit, satu isu yang mungkin beliau sampaikan adalah mengenai ADUN Tanjung Bungah Teh Yee Cheu yang didakwa menjadi 'duri dalam daging' DAP dan diberitahu supaya mengikut dasar parti.
Dalam sidang DUN negeri itu baru-baru ini, Teh mengundi untuk menyokong usul Umno berkaitan penambakan laut mencetus kegusaran kepada parti.
Bagaimanapun beliau kemudiannya memohon maaf berhubung kesalahan yang dilakukan dan meletakkan jawatan sebagai setiausaha organisasi parti.
"Kami memberi pandangan yang berlainan tetapi tiada seorang pun boleh memaksa pandangannya ke atas parti kecuali ia diterima oleh semua dan di atas dasar perjuangan dan prinsip parti.
"Sebagai contoh, jika seseorang mencadangkan pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan, kami fikir ia idea yang baik dan akan melaksanakannya tetapi jika mana-mana individu cadang bahawa kami melaksanakan hudud, saya tidak fikir perkata ini akan diterima.
"Kami hormat pandangan minoriti tapi minoriti juga perlu hormat pandangan majoriti," jelasnya. (MK)

No comments:

Post a Comment