HALAMAN HIBURAN
Berita dari media tempatan..
Video Hetty Koes Endang Larang Siti Menari, Hamil Bukan Spekulasi?
Sebuah video yang dimuatnaik salah seorang peminat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza di akaun Instagram (IG)nya telah mengundang tanda tanya ramai pihak.
Peminat tersebut, Mohd Fadzul yang juga merupakan ahli kelab peminat Siti Zoners telah memuat naik video persembahan Siti bersama Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli Sarip ketika Konsert Satu Suara di Istana Budaya baru-baru ini.
Mohd Fadzul yang menggunakan nama samaran @fadzoners telah menulis kapsyen, “Bila tengok video ni berkali2 baru perasan ibu #HettyKoesEndang marah manje dekat kak @ctdk jangan melompat2 sambil tunjuk perut then kak#SitiNurhaliza pun pegang perut? Apakah? Adakah? Hanya Tuhan Sahaja Yang Tahu.. Kalau betul Syukur Alhamdulillah... #KonsertSatuSuaraVolume2 #sitinurhaliza #RamliSarip #DatoSitiNurhaliza #Ctdk #Simplysiti pada video tersebut.
Video tersebut yang dimuatnaik pada dua hari lalu telah mengundang pelbagai reaksi para pengikut IGnya.
Tidak kurang juga yang mendoakan spekulasi tentang berita kehamilan penyanyi kesayangan mereka itu menjadi kenyataan.
Menerusi video tersebut, Hetty yang sedang menyanyikan lagu Ramli Sarip berjudul Temasya Desa Gemalai secara spontan melarang Siti menari dan melompat sambil menunjuk ke arah perut penyanyi itu.
Tindakan Hetty itu telah mengundang tawa Siti yang sedang asyik menyanyi ketika itu.
Utusan Online sebelum ini juga ada melaporkan ketika konsert berlangsung pada malam Ahad lalu, Hetty telah secara bergurau menyentuh perut Siti dan mendoakan agar beliau hamil.
Siti kemudian bertanya: “Bagaimana kalau Siti benar benar mengandung? Apakah hadiah yang mahu diberikan?”
Soalan itu kemudian dijawab oleh Hetty bahawa hadiahnya mikrofon yang paling mahal dan disambut dengan sorakan penonton.
Spekulasi mengenai kehamilan Siti bermula apabila penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu memuat naik gambar segelas susu kambing dan kurma yang biasa dikaitkan dengan pengambilan makanan kesihatan wanita mengandung di IGnya.
Siti kemudian bertanya: “Bagaimana kalau Siti benar benar mengandung? Apakah hadiah yang mahu diberikan?”
Soalan itu kemudian dijawab oleh Hetty bahawa hadiahnya mikrofon yang paling mahal dan disambut dengan sorakan penonton.
Spekulasi mengenai kehamilan Siti bermula apabila penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu memuat naik gambar segelas susu kambing dan kurma yang biasa dikaitkan dengan pengambilan makanan kesihatan wanita mengandung di IGnya.
*Video yang telah dikongsi @fadzoners di IGnya:
Artikel Berkaitan
BERITA LAINNoryn Aziz Akui Buat Rawatan Akupuntur Sebelum Hamil
Menunggu Detik Kelahiran, Didie Alias Semakin Pelupa
Hamil 3 Bulan, Sharifah Aleya Mengidam Burger
Memey Hamil 6 Minggu, Kongsi Berita Gembira Di Instagram
Datuk Siti Nurhaliza Tidak Mungkin Berlakon; Masih Ingin Mengacara
Siti Nurhaliza Kantoi Sharifah Sakinah Sedang Dubsmash Nyanyiannya
3 comments:
Maaf saya kurang arip, pakaian situ dlm video tu benar2 menutip aurat ke dgn jambul tersembul dan batang leher terdedah? Atau mungkin ia dibolehkan ketika menyanyi? Jika saya silap mohon maaf dipihak Siti dan niat saya hanya bertanya kerana saya ni memang bukan arif dan masih belajar lagi.
anon:November 13, 2015 at 2:33 PM
Cuba lihat tulisan dalam blog ini bertajuk
Bermazhab Syafi'i, Sanggupkah Muslimahmu Berpakaia...
Jika seorang perempuan menyanyi dengan suara yang lunak yang boleh menggoda lelaki yang mendengarnya, maka suara perempuan itu telah menjadi aurat wanita.
Post a Comment