Wednesday, November 04, 2015

Hari Ini Rokok Naik Ke RM15.50-RM18 Sekotak.. Undilah BN (Barang Naik)

Beberapa jenama rokok kini telah diumumkan kenaikan harga bermula pada 4 November 2015. Pengumuman tersebut dibuat oleh Commercial Marketes and Distributer SDN BHD.

Pada kenaikan harga kali ini beberapa jenama rokok naik mendadak dengan harga RM18.00sekotak dan paling rendah adalah pada harga RM15.50 sekotak. Kenaikan harga ini berkuatkuasa  pada hari Khamis 4 November 2015.


Berikut adalah senarai jenama rokok yang terlibat.



Undilah BN-Barang Naik!  (IH)

7 comments:

Anonymous said...

Salam ibnu hasyim,

Rokok, arak etc naik tiada masalah rasanya

Tidak perlu nak dijadikan isu..benda pun bukan benda baik

Yang benar

PEROKOK TEGAR
HH

Anonymous said...


Anon 5:02PM,

Kalau 'benda pun bukan benda baik', mengapa kamu menjadi perokok tegar? Mungkin bahagian dalam paru-paru kamu adalah seperti bahagian dalam ekzos motorsikal...hitam legam !. Berhentilah dari memudaratkan diri kamu.

Anonymous said...


Sepatutnya harga rokok dan arak dinaikkan 10 kali ganda dari harga asal supaya rakyat boleh berhenti merokok dan minum arak jika kera-jaan mahu rakyat hidup sejahtera dan sihat ! Yang mana lebih penting....kesihatan dan kesejahteraan rakyat atau cukai rokok dan arak? Bukankah mencegah itu lebih baik dari berubat?

Anonymous said...

Salam and good day,

Thanks for the advice

Perokok tegar
HH

Anonymous said...

Kalau kerajaan naikkan pada harga RM100,sekotak pun aku tak kesah kerana aku bukan perokok.Perokok ni samalah macam parasite yang boleh memudaratkan orang yang tidak merokok disekitarnya.

Anonymous said...

Merokok ni banyak keburukannya.Satu bakar duit,kedua sedut asap dalam paru2,apakah jadahnya manusia yang tidak tahu membezakan akan keburukan yang amat besar ini.

Anonymous said...

Kerajaan umno ni jadikan perokok tegar sebagai mangsa peras cukai. Mungkin kpd yg tak terlibat tiada apa2 tetapi kpd yg terlibat kasihan. Maka rokok tak diharamkan sebab cukainya lumayan. Kesihatan rakyat umno tolak tepi janji duit masyuk banyak.Syarikat rokok pun banyak yg yahudi punya, umno nak jaga juga pelaburan mereka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails