Sunday, November 01, 2015

Hari Terbuka Masjid Anjuran Australia, Tepis Fobia Masyarakat Tentang Islam


TASMANIA: Dalam usaha menangkis persepsi negatif terhadap Islam dan memberi peluang kepada masyarakat umum tentang keindahan Islam, sebanyak 14 buah masjid di Australia menganjurkan Hari Terbuka Masjid Nasional pada hari ini.

Menurut seorang imam masyarakat Islam di Hobart, Sabri Samson, penduduk tempatan diajak untuk mendekati masjid-masjid yang mengikuti program itu.

"Suatu pengalaman yang menarik bagi mereka yang tidak pernah mengenali Islam dan mendekati masjid. Di dalam masjid tiada gambar, arca atau bangku. Hanya permaidani,"kata Sabri memetik Astro Awani.

Malah fobia masyarakat luar tentang keganasan yang ditunjukkan oleh kumpulan militan seperti Kumpulan Negara Islam (IS) diterangkan secara terperinci oleh masyarakat Islam yang mengambil bahagian dengan menegaskan perbuatan itu tidak mewakili Islam.

“Itu secara jelas bukan sebahagian daripada agama Islam. Agama ini tidak menganjurkan pembunuhan dan pemerkosaan malah antara mangsa korban IS itu ialah orang Islam.

“Fakta itu cukup aneh. Semoga golongan yang seperti itu tidak ada di Tasmania,” ujarnya.  


Peluang kerja di Australia, sekarang!
Hubungi..
IBNU HASYIM/Muaz Jabal - 014 2225865


Lihat keseluruhan kerja di Australia...
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

3 comments:

  1. ASWJ (Asha'irah / Maturidiyah / Salaf) : True moderate Islam.

    Bermula wahabiyah / salafi (takfiri, tasyriki / tabdi'i), menjadi khawarij moden dan ISIS.

    Yg liberal pulak menjadi munafik dan kufur.

    Syi'ah semmgnya agamanya tersendiri.

    So , belajarlah dan fahamilah, agar mengetahui dan tahu membezakan seterusnya menjadi umat Islam yg sebenar.

    ReplyDelete

  2. Sebenarnya, Zionis Yahudi yang menguasai kerajaan haram Israel, Amerika Syarikat dan NATO dan pelbagai pertubuahn pelampau Zionis Yahudi bertanggung-jawab mencipta pelbagai cerita karut dan dongeng untuk menghasut orang kafir dan orang Islam membenci dan menjauhi agama Islam kerana Yahudi Zionis ini merasa amat takut melihat perkembangan pesat agama Islam di Eropah dan Amerika Syarikat.

    Yahudi-Yahudi Zionis ini amat bimbang Israel akan kehilangan sokongan barat jika orang Islam menjadi kumpulan majoriti di Amerika Syarikat dan Eropah. Kehilangan sokongan bererti kehancuran negara haram Israel.

    Maka kita tidak merasa hairan melihat pelampau-pelampau Yahudi Zionis seperti Pamela Geller (saya suka namakan dia Pamela Gila) mencipta pelbagai berita kuat untuk memburuk-burukkan Islam dan menyeru orang ramai membenci Islam dan orang Islam di Amerika Syarikat dan Eropah.

    Pada 2 Disember, 2001, ketua pertubuhan pengganas Yahudi Zionis JDL telah didakwa di mahkamah kerana merancang satu siri serangan ke atas masjid Raja Fahd, Muslim Public Affairs Council di Los Angeles dan pejabat ahli kongress keturunan Arab-Amerika do San Clemente.

    Dalam bulan Januari 2015, 26 masjid diPerancis (France) telah diserang orang-orang kafir menggunakan bom api, senjata api, kepala babi, bo tangan dll. Ketiadaan kebebasan beragama di Eropah dan Amerika mendedahkan kemunafikan kerajaan dan orang kafir di Barat yang mendakwa mereka memperjuangkan kebebasan beragama.

    Berhati-hatilah sebab pertubuhan ZIONIS ANTARABANGSA, FREEMASON dan beratus-ratus lagi pergerakan Yahudi Zionis dan Kristian Zionis cuba memusnahkan Islam dan menjauhkan orang Islam dari agama Islam. Pemimpin Kristian seperti Jerry Falwell a, David Pawson dan Pat Robertson adalah penyokong negara haram Israel. Pastor James McConnell telah menghina dan menfitnah Islam sebagai ajaran syaitan.

    Wahai orang-orang Islam, berhati-hatilah dengan perancangan orang-orang kafir yang mahu memusnahkan agama Islam dan melemahkan orang Islam.

    ReplyDelete

  3. PEMBETULAN KOMEN 1:08PM

    Maka kita tidak merasa hairan melihat pelampau-pelampau Yahudi Zionis seperti Pamela Geller (saya suka namakan dia Pamela Gila) mencipta pelbagai berita KARUT untuk memburuk-burukkan Islam dan menyeru orang ramai membenci Islam dan orang Islam di Amerika Syarikat dan Eropah.

    ReplyDelete