Islam Liberal, Islam Progresif, Sosialis proksi Amerika terbongkar dengan lawatan Obama
Proksi Amerika di Malaysia Akhirnya Diketahui
Mungkin ada antara kita yang tidak tahu mengenai perjumpaan khusus antara Presiden Amerika Syarikat (AS) itu dengan 10 wakil pertubuhan sivil yang diadakan pada 27 April 2014 lalu.
Antara pertubuhan yang terpilih adalah Islamic Renaissance Front (IRF) diwakili Dr Farouk Musa, Sisters In Islam (SIS) hadir bersama-sama wakil Bersih 2.0, Empower dan Tenaganita. Datuk Ambiga Sreenevasan juga turut hadir pada ketika ini mewakili HAKAM.
Selain itu, turut diundang dalam perjumpaan khusus itu ialah dua wakil Kristian, Tan Sri Murphy Pakiam dan seorang lagi dari Majlis Gereja Malaysia (CCM), manakala dua pertubuhan lain yang turut hadir ialah Suhakam dan Majlis Peguam.
SIS, Empower dan Tenaganita merupakan antara ahli utama gabungan Comango yang membuat sejumlah tuntutan berkaitan hak asasi melampau dan juga kedudukan Islam sebagai agama persekutuan semasa sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) kelolaan PBB baru-baru ini.
CCM pula ialah pertubuhan yang dinaungi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang turut merupakan ahli gabungan Comango.
Ketua Comango, Honey Tan turut hadir malam itu, selain penganjur Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah. Untuk yang tidak tahu, Bersih 2.0 sememangnya menerima dana dari AS.
Ambiga mengakui bahawa mereka adalah penerima bantuan kewangan daripada National Democratic Institute (NDI) dan juga Open Society Institute (OSI). Kedua-dua organisasi ini memang diketahui sangat berpengalaman dalam mempengaruhi aktivisme politik negara sasaran berdasarkan matlamat jangka panjang dasar luar AS.
Badan-badan ini memang menerima dana khas daripada Amerika seperti, IRF, SUARAM, Malaysiakini, Lawyers for Liberty dan ahli-ahli dalam COMANGO.
Demi melaksanakan hasrat AS menjadi sebuah kuasa imperial, maka Amerika Syarikat telah menubuhkan beberapa institusi swasta seperti National Endowment of Democracy (NED), International Republican Institute (IRI), National Democratic Institute (NDI) Freedom House, Open Society Institute (OSI) dan International Centre for Non-Violent Conflict (ICNC) yang berfungsi mendanai, melatih, membantu dan memantau gerakan sivil dan NGO yang boleh membawa hasrat pendemokrasian AS dalam negara mereka.
Tahun ini. Obama sekali lagi membuat perjumpaan tertutup bersama wakil-wakil pertubuhan sivil ini, dan seperti biasa yang hadir ialah Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, Ambiga selaku wakil Negaraku, Cynthia Gabriel, Nisha Ayub, Justice for Sisters Group, juga kelihatan, Premesh CEO Malaysiakini. Mereka-mereka ini jika kita ingat berada juga dalam koalisi COMANGO dan juga BERSIH.
Ini belum kira wakil Malaysia lain yang turut hadir seperti Pengerusi Majlis Peguam Steven Thiru, Pengerusi IDEAS Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz, dan Pengarah Eksekutif Good Shepherd Teresa Symons.
Pegawai AS yang hadir pula ialah Penasihat Keselamatan Susan Rice, Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Benjamin J. Rhodes, Duta Amerika Syarikat Joseph Yun, dan Daniel Russel Penolong Setiausaha Negara bagi Asia Timur dan Pasifik.
Nama-nama yang hadir pada tahun ini adalah nama yang tidak asing. Bila dilihat kembali, pertubuhan-pertubuhan inilah yang paling terkehadapan mahu meruntuhkan institusi Islam. Tolak hukum hudud lah, tolak negara Islam lah, iktiraf hak LGBT lah, kutuk khutbah Jumaat lah.
Dan macam-macam lagi.
Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang bijak, saya ingin mengajak anda semua berfikir, supaya tidak dicaturkan dalam permainan politik dunia hari ini.
Apa salahnya duduk sebentar, kenal dulu siapa rakan-rakan politik anda ini. Bayangkan jika Obama sendiri tanpa ragu, boleh bersemuka menghadap mereka. Sudah tentulah mereka bukan musuh.
Bahasa lebih tepat, mereka juga adalah proksi Amerika Syarikat seperti UMNO, nal dalam menjalankan agenda imperialisme mereka ke Malaysia.
(Diangkat dari Blog albangikuching.wordpress.com)
3 comments:
Najib buat petjumpaan tertutup dgn obama tak heboh pun...
ha3.
Rejim Amerika Syarikat (AS) telah melakukan keganasan dan jenayah perang yang keji, zalim , tidak bertemadun dan tidak berperi kemanusiaan terhadap berjuta-juta orang Islam termasuklah bayi, kanak-kanak, remaja, belia, orang deasa dan orang tua yang tidak bersalah dan menyerang dan memusnahkan negara-negara umat Islam seperti Indonesia, Filipina Selatan, Afghanistan, Iraq, Syria, Libya, Sudan, Somalia dll.
CIA (operasi false flag) dan tentera AS dan sekutu NATO telah menyerang dan memusnahkan masjid, pondok dasn sekolah agama Islam, sekolah, pasar, rumah-rumah orang awam, majlis perkahwinan dll.
Semua kezaliman dan kejahatan AS dilakukan semata-mata untuk melemahkan negara umat Islam supaya Israel bebas melakukan jenayah terhadap orang Palestin dan merampas lebih banyak untuk membentuk Israel Raya.
Sesungguhnya AS, NATO, Israel, China dan Russia adalah musuh Islam yang jelas !
Erti PKR yang anda perlu tahu.
1.Parti Kencing Rakyat
2.Parti Kelentong Rakyat
3.Parti Kojol Rakyat
4.Parti Kongkek Rakyat
5.Parti Kangkang Rakyat
6.Parti Konek Rakyat
7.Parti Kurang Rajin
8.Parti Liwat Rakyat
9.Parti Keluarga Anwar
Post a Comment