Sunday, November 15, 2015

IS Mengaku Serang Paris.

SEORANG askar Perancis berkawal di hadapan Menara Eiffel di Paris semalam

KAHERAH – Kumpulan militan Islamic State (IS) semalam mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan yang membunuh 153 orang di Paris dengan menyatakan, pihaknya menghantar beberapa militan yang memakai tali pinggang berisi bom dan membawa mesingan ke pusat bandar raya itu.
Siri serangan itu yang disifatkan oleh Presiden Francois Hollande sebagai tindakan perang, dilakukan untuk menunjukkan bahawa Perancis akan berada dalam bahaya selagi ia meneruskan dasar-dasar sedia ada, kata IS dalam satu kenyataan.
“Serangan ini bagi me­ngajar Perancis dan semua negara yang mengikuti jejaknya bahawa mereka akan menjadi sasaran utama IS. Bau kematian tidak akan hilang daripada hidung mereka selagi mereka menyertai kempen tentera Salib,” kata kumpulan itu.
Mengulas keganasan di Paris, Hollande berkata, serangan kejam itu dirancang dari luar negara oleh IS dan mendapat bantuan orang dalam.
“Berdepan dengan pe­perangan, negara ini mesti bertindak sewajarnya,” kata Hollande di Paris tanpa mengulas lanjut.
Terdahulu, IS mengedarkan semula sebuah klip video yang pertama kali disiarkan di internet setahun lalu. Ia memaparkan ugutan untuk menyerang Perancis sekiranya pengeboman terhadap pejuang-pejuangnya diteruskan. – Reuters

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

No comments:

Post a Comment