Sunday, November 29, 2015

Kongres PKR: Ini Bukti Cubaan Jatuhkan Azmin?


SHAH ALAM: Adakah Ini termasuk usaha-usaha untuk menjatuhkan Azmin Ali dari kepimpinan PKR, sekali gus cuba menjatuhkannya dari Menteri Besar Selangor?


Iaitu, salinan palsu akhbar SelangorKini mengutuk Menteri Besar Selangor, Azmin Ali diedarkan pada Kongres PKR pada Ahad. Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memberitahu wakil media, penerbiatan itu palsu dan tidak diterbitkan SelangorKini.
View image on Twitter
Muka depan media rasmi Selangor itu melaporkan bagaimana Azmin menguruskan dana negeri dengan baik dan kejayaannya memajukan negeri itu. Bagaimanapun, laporan pada mukasurat dua mengkritik Azmin dan barisan pentadbirannya.
Ia termasuk laporan berkaitan beberapa isu termasuk denggi, tarif air dan pembinaan kondominium mencakar langit di Kajang. Azmin juga mengutuk pengeluaran buletin palsu itu sambil melabelnya sebagai 'politik longkang' dan mendakwa Umno dan Barisan Nasional dibelakang penghasilan naskhah itu. (IH)

No comments:

Post a Comment