HALAMAN HIBURAN
INILAH antara program-program hiburan Kerajaan UMNO/BN yang membawa kejayaan kepada remaja-remaja Malaysia di dunia dan di akhirat? Terutamanya yang beragama Islam..
Dengan program-program begini, ke mana arah masa depan remaja ini hendak dibawa? Apa pandangan ulama-ulama penyokong kerajaan di Malaysia? Cara didik beginikah yang dilakukan oleh kerajaan Islam Madinah di zaman pemerintahan Rasulullah SAW?
Tolong sama-sama fikirkan masa depan remaja kita dan Islam..
Lihat berita ini..
Menarik Gegar Vaganza 2 Minggu Ke-3!
Minggu ketiga Konsert Gegar Vaganza 2 yang bertemakan 360 darjah benar-benar memberikan cabaran dan tekanan kepada ke semua peserta yang bertanding.
Pelbagai genre lagu di luar kotak nyanyian mereka terpaksa mereka lakukan iaitu genre dangdut, rock dan lagu joget.
Menyanyikan lagu tersebut buat pertama kali di atas pentas tidak mematahkan semangat mereka untuk memberikan persembahan yang terbaik untuk semua penonton.
Kini, hanya tinggal 10 peserta akan terus memperjuangkan bakat mereka di minggu hadapan yang bertemakan ‘Berdua Lebih Baik’
Gegar Vaganza 2: Haiza Berada Di Tempat Teratas Minggu Ke-3
Penyanyi wanita dan peserta Gegar Vaganza 2 Haiza, telah mendapat tempat teratas untuk minggu ketiga setelah berjaya menambat hati juri dengan persembahannya yang mantap.
Ketua Juri, Datuk Ramli MS berkata Haiza merupakan perserta ‘underdog’ namun dia berasa amat kagum dengan corak persembahannya yang amat dikehendaki penonton.
“Umum kita mengetahui, Haiza hanya mampu menyanyikan lagu bergenre Dangdut. Gegar Vaganza adalah pertandingan dan saya yakin semua peserta berada dalam tekanan untuk memberikan yang terbaik.
“Untuk minggu ketiga, Haiza berjaya menyahut cabaran untuk minggu ini dan mampu menyanyikan lagu Istilah Bercinta dengan jayanya.
“Markah tertinggi telah diberikan kepada Haiza meliputi penghayatan, komitmen dan mutu nyanyian yang disampaikan kepada penonton. Itu adalah perkara penting yang perlu mereka tekankan dan kena kerja kuat,” kata Ramli MS kepada portal Murai.com.my.
Dalam pada itu, beliau juga ditanya selain Haiza, peserta mana yang berjaya menambat hatinya setelah membuat persembahan.
Dengan selamba Ramli MS menjawab, beliau juga menyukai persembahan Azian Mazwan Safwan dan juga Siti Nordiana.
“Lagu yang dinyanyikan oleh Azian yang bertajuk Tak Ada Logika, memang mencabar kerana dia kena menari. Setelah diberikan cabaran tersebut, dia berjaya melakukannya dengan baik.
“Dia pun menari dengan lincah mengalahkan anak dara. Begitu juga dengan Siti Nordiana lagu rock bukan lagu makanan dia.
“Percubaan yang dibuat olehnya memang benar-benar di luar bidang nyanyiannya. Tetapi Siti Nordiana telah menyanyikan dengan penuh bersemangat membuktikan dirinya juga boleh menyanyikan lagu lain dengan caranya tersendiri,” katanya mengakhiri bicara.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Astaghfirullah!!
Gila
ReplyDeleteProgram Da'i, pencetus ummah tu kau tak nak cerita ke?? Nampak yang buruk jer, yang baik tak nampak. Kalau hati dah busuk mcm tu la jadinya.
ReplyDelete
ReplyDeleteArtis-artis yang tidak ingat mati amat suka membuat persembahan yang amat melalaikan orang ramai, menggalakan pergaulan bebas yang membawa kepada khalwat dan zina, berpakaian lucah dan menari untuk mencetuskan nafsu syahwat dan menyanyikan lagu-lagu yang mempunyai senikata yang melalaikan dan bertentangan dengan ajaran Islam. Ramai penonton yang terpesona dengan hiburan tersebut terlupa waktu solat ! Wang dihabiskan untuk hiburan bukan untuk membantu fakir miskin, anak yatim dll.
Dalam majlis hiburan, kebanyakan kaki hiburan minum arak dan mabuk. Selepas tamat hiburan, mereka pandu kereta dengan laju dan melanggar pokok, divider, rumah orang dll. Bayangkan manusia mati kemalangan dan arak masih berada di dalam badan mereka. gelaplah masa depan ! Atau perempuan mabuk diusung masuk ke dalam kereta dan dibawa ke tempat sunyi atau bilik hotel dan dikendurikan oleh jantan-jantan keparat. Dari peminum arak biasa kepada kaki botol ! Bergaduh dan berbunuhan sesama kaki hiburan yang mabuk kerana mabuk. Adakah ini dinamakan kemajuan?
Siapa yang akan menanggung semua dosa ini? Artis, pemuzik, makbapak, pemimpin politik, kera-jaan dll?
Anon 1:05 PM
ReplyDeleteKalau sedar benda tu buruk.. bagus la.
Kamu mahu makan nasi, kalau dalam pinggan yang kamu makan itu ada seketul najis?
Apa nak hairan kalau dunia hiburan banyak menggalakkan orang melayu terutamanya. Astro buat duit bertan-tan dengan menjadikan fomulae hiburan sebagai karier utama mereka lantaran tidak mempedulikan apa yang negatif buat remaja khususnya yang taksub kepada hiburan.
ReplyDeletejangan tego..inilah kehendak rakyat..inilah kehendak pemimpin atas nama industri hiburan..nanti kita dikata jumud..ortodok..purba..kolot dan macam-macam lagi..tak mau dengo nasihat alim ulama....mereka dikatakan asyik ingat neraka syurga saje..yang mau ikut..akan selamat dunia akhirat..yg.tak mau ikut..macam anak nabi NUH..tenggelam dalam bah besar..
ReplyDelete