Monday, November 23, 2015

Lagi Buli Pelajar Perempuan, Lemahnya Pendidikan Di M'sia..

RAKAMAN video seorang pelajar perempuan disepak, ditampar dan dimalukan rakan sebaya kini tersebar di laman sosial.
Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah sekolah menengah dekat Sematan, Sarawak.
Berdasarkan video berdurasi 2 minit 51 saat itu, mangsa kelihatan mendiamkan diri, menangis dan tidak melawan apabila diperlakukan sedemikian oleh dua pelajar perempuan lain yang nampak tidak berpuas hati dengannya.

Menurut pihak yang memuat naik video ini, mangsa didakwa telah memfitnah dua pelajar terbabit menyebabkan mereka berang dan nekad ‘mengajar’ mangsa di dalam kelas pada waktu rehat.

Video: Murid Tahun 6 Dibuli Beramai-Ramai Di Terengganu

Kejadian itu disaksikan beberapa pelajar lain termasuk beberapa pelajar lelaki namun tiada seorang pun yang tampil bagi membantu mangsa mahupun menghentikan perbuatan dua pelajar terbabit.

4 Ditahan Kes Buli Pelajar Sampai Berdarah Usus, Buah Pinggang

Mohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang terlibat sebagai pengajaran kerana budaya membuli di sekolah nampaknya semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. – MYNEWSHUB.CC Oleh: hzqahmd 
 Lagi buli pelajar perempuan, bukti lemahnya sistem pendidikan di Malaysia..

5 comments:

Anonymous said...

Macam mana kes pemimpin PAS yg membuli ahli dan pemimpin AMANAH dgn kata2 kesat yg tak sanggup saya dengar atau membacanya.....
...tidak sesuai dgn roh dan semangat islam yg dilaung2kan oleh partai PAS..
wallahualam. ...

Anonymous said...

Macam mana kes pemimpin Roket yg membuli parti-parti sekutunya dan menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam dan ahli-ahlinya dgn kata2 fitnah yg tak sanggup saya dengar atau membacanya.....Bahkan parti Roket telah menghasut orang ramai menentang perlaksanaan hukum Allah di negara ini dan mencemuh khutbah Jumaat dan merobohkan kampung-kampung Melayu. Sebenarnya balaci-balaci dan pemimpin Roket telah menipu orang ramai.

Tindakan roket yang bertentangan dgn propganda yg dilaung2kan oleh partai Roket dan balaci-balacinya..

PRU14 adalah titik permulaaan kekalahan parti Roket !

wallahualam. ...

Anonymous said...

Betui ke? Kalau perangai baik orang tak kata ....

Anonymous said...

PRU14... titik permulaan kekalahan PAS di Kelantan DN... dan saya serta ahli keluarga akan merealisasikan kekalahan tersebut dgn mengundi UMNO di DUN Limbungan Parlimen P.P.........
P.PINANG kita serah kpd Melayu Pulau yg dulunya membuli sesama Melayu... kini baru kau sedar...
MamPAS PAScai....di KDN.....

Anonymous said...

PRU14... titik permulaan kekalahan PAS di Kelantan DN... dan saya serta ahli keluarga akan merealisasikan kekalahan tersebut dgn mengundi UMNO di DUN Limbungan Parlimen P.P.........
P.PINANG kita serah kpd Melayu Pulau yg dulunya membuli sesama Melayu... kini baru kau sedar...
MamPAS PAScai....di KnDN.....
Baru TUANG PRESIDENG... sedar kesilapan duduk bangun kepimpinannya... perintah terengganu tk sampai sepenggal Trg terlePAS
Skrg.... barua jadi presideng.... kelantan pulak terlePAS...
Alahai...
hadi HADI HADI

wallahualam. .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails