Sunday, November 15, 2015
Lagi Wanita Kulit Hitam England Ini Hina Muslimah, Di London.
LONDON: Seorang wanita kulit hitam Inggeris yang melontarkan kata-kata kasar kepada seorang Muslimah yang sedang hamil dan dua teman-temannya di sebuah bus London telah diseret ke penjara.
Sebagaimana dilapor oleh The Guardian, Simone Joseph, menuduh Muslimah tersebut menyokong Negara Islam (ISIS) dan menyembunyikan bom di roknya, telah menyerahkan diri ke pihak berkuasa setelah rakaman kata-kata makiannya yang panjang tersebar luas di internet.
Saat suasana semakin memanas. pemandu bas tersebut berusaha campur tangan, wanita Inggeris itu mengarah Muslimah itu kembali ke negara asal di mana mereka "mengebom setiap hari", sebagaimana dilapor oleh Ibtimes.
Wanita Inggris itu terus mengejek Muslimah itu dan mengatakan "pulanglah dan buatlah bom kamu di internet". Dia juga menuduh wanita itu tidur dengan suami yang sama, menyebut mereka "menjijikkan".
Di akhir rekaman itu, wanita yang menghina itu dilihat mengeluarkan telefonnya, dan merakam setiap penumpang. Ketika dicabar oleh salah satu Muslimah bahawa dia telah melakukan penghinaan, wanita Inggeris kulit hitam itu berteriak:
"Sentuh saya.. dan saya akan memukul wajahmu, sentuh saya lagi dan saya akan memukul kepalamu, tikus pasir yang kotor."
Dia jatuhi hukuman penjara selama 16 minggu, ditunda selama 18 bulan, di pengadilan Hendon pada Jumaat (13/11/2015), lapor The Guardian.
Setelah menonton rakaman kata-kata kasarnya sendiri - yang disaksikan oleh anaknya - Joseph mengatakan bahawa dia muak dengan kelakuannya sendiri.
Sebuah surat dari pihak korban, Hanane Yakoubi, yang sedang hamil selama 34 minggu, dibacakan di mahkamah.
"Saya mengalami susah tidur di malam hari dan setiap kali saya pergi keluar saya takut sesuatu yang serupa akan terjadi, seperti yang telah terjadi sebelumnya, kerana saya seorang Muslim," bunyi surat itu.
"Saya tidak dapat minum ubat untuk [mengatasi susah tidur] ini kerana saya sedang hamil dan kerana saya tidak dapat bercakap bahasa tempatan, saya tidak tahu bagaimana untuk meminta bantuan."
Joseph terus menundukkan kepalanya saat rakaman itu diputar di mahkamah, menyeka matanya saat teman dan keluarga menonton. Rekaman itu menunjukkan kepadanya saat ia menyebut Muslimah itu "ember pasir" dan "tikus pasir" dan mengatakan kepada mereka:
"Saya tidak sehina seperti bangsa kamu [Muslim] kerana kamu sangat kasar. Kamu datang ke Inggeris dan kamu sama sekali tidak bersopan santun, kutu jalanan!
Kata 'sial' berulang kali dilontarkan kepada Muslimah itu.
"Kembalilah ke negara hina kamu, di mana mereka mengebom setiap hari. Jangan datang ke negara ini di mana kami merasa bebas. "
Dalam rekaman yang diambil di barat laut London pada 13 Oktober, Joseph mencaci maki Muslimah itu dan mengatakan: "Kamu beruntung saya tidak menendang rahim kamu, dan kamu tidak akan dapat bayi lagi."
Tony Meisels, peguam Joseph, mengatakan: "Ini adalah insiden yang menjijikkan dan sangat tidak menyenangkan, dimana setiap anggota masyarakat yang berpikiran benar akan berpikir begitu dan klien saya mengakuinya dengan jelas."
"Dia benar-benar malu atas apa yang telah terjadi dan ingin meminta maaf kepada pelapor, kepada orang-orang di bas dan kepada masyarakat luas." Kata Meisels.
Hakim Marion Stern, mengatakan: "Meskipun kami memahami dan menerima bahawa kamu menyesal, namun demikian, ini adalah insiden menjijikkan. Kejadian ini berlangsung di bas awam di ruang tertutup di hadapan masyarakat umum dan anak-anak. "
Hakim itu mengatakan hukuman Joseph ditunda kerana memperhitungkan perilaku baik Joseph sebelumnya Yusuf dan fakta bahawa dia menunjukkan penyesalan. Joseph diperintahkan untuk membayar kompensasi sebesar £ 500 ke Yakoubi dan biaya pengadilan sebesar £ 180, selain itu dia perlu menyelesaikan pekerjaan sukarela tanpa digaji selama 60 minggu.
(IH/arrahmah.com)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Simone Joseph adalah betina hitam yang tidak sedar diri dari Afrika. Perpindahan betina hitam dari hutan Afrika ke bandaraya London menyebabkan betina hitam berubah menjadi beruk betina yang berlagak lebih hebat dari orang kulit putih! Sepatutnya beruk betina hitam itu pulang ke Afrika kerana sifat perkauman beruk betina hitam itu hanya sesuai untuk kehidupan dalam hutan Afrika bersama chimpanzee.
Selama ini kaum jantan dan betina hitam sibuk menipu orang ramai melalui internet menyebabkan kerugian besar. Mereka juga menipu perempuan bodoh supaya mengedar dadah di seberang laut. Sepatutnya spesis hitam ini dikurung dalam zoo sahaja.
Post a Comment