SUKAN
KERANA politik masih bergolak dan masih tidak stabil, penyokong luar dilarang daripada menyaksikan beberapa perlawanan bola sepak terkemuka di Perancis. Ianya berlaku sehingga pertengahan Disember ekoran negara itu berada dalam keadaan cemas dan berjaga-jaga selepas Paris diserang dan menjelang Sidang Kemuncak Iklim yang akan datang.
"Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan perintah melarang peminat dari pasukan luar untuk perlawanan pusingan ke-15 Ligue 1 dan perlawanan pusingan ke-16 Ligue 2, hujung minggu ini," kata Liga Perancis (LFP) dalam satu kenyataan pada Khamis.

"Keputusan-keputusan ini adalah wajar disebabkan kekurangan pasukan polis dalam tempoh kecemasan dan penganjuran COP21 (Sidang Kemuncak Iklim)," kata kenyataan tersebut.
Sidang Kemuncak Iklim akan diadakan di ibu negara Perancis dari 30 November-Disember 11. (IH)
No comments:
Post a Comment