Friday, November 27, 2015

Lim Akui Wujud Masalah DAP Dengan PKR

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, hari ini mengakui wujudnya masalah parti itu dengan PKR dalam beberapa perkara.
Namun katanya, masalah itu adalah biasa sahaja dan tidak akan menjejaskan hubungan dalam Pakatan Harapan serta percaya gabungan itu mampu kekal sehingga pilihan raya umum ke-14.
“Kami ada sedikit masalah, itu biasa. Walaupun ada masalah, saya percaya dan yakin Pakatan Harapan akan terus kekal berbanding Pakatan Rakyat,” katanya di Alor Setar yang dipetik oleh portal Sinar Harian.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini menolak alasan PKR berhubung tindakan lima ADUN parti itu yang memutuskan untuk berkecuali berhubung usul Umno mengenai projek penambakan laut pada sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini sebagai "mengikut suara hati".
Malah, Lim menyifatkan membayangkan tindakan mereka itu sebagai rampasan kuasa dalam PKR Pulau Pinang.
Pada program melawat Pasar Koboi di Alor Setar, yang bermula kira-kira jam 9 pagi tadi, Sinar Harian melaporkan tiada wakil PKR yang hadir.
Lim hanya diiringi pemimpin DAP, termasuk Penolong Setiausaha Kebangsaan Wanita DAP, Young Syefura Othman; Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew dan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH), Dr Ismail Salleh.
“Mereka tidak hadir bukan sebab masalah komunikasi tetapi wakil PKR hadiri sidang Parlimen. Mereka akan hadir program ceramah pada waktu malam.
“Program anjuran Pakatan Harapan ini adalah bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kita kuat dan sentiasa bersama untuk lebih berjaya dalam PRU14,” katanya dipetik portal itu.
Menurut Lim, penubuhan Pakatan Harapan adalah sebagai persiapan awal membentuk gabungan lebih mantap untuk menghadapi pilihan raya selepas PR terbubar.
“Pakatan Rakyat hancur kerana PAS tidak mahu ikut dasar-dasar bersama dan prinsip konsenses yang kita persetujui.
“Kita yakin Pakatan Harapan boleh mengisi kekosongan politik yang ada khasnya selepas pilihan raya untuk menggantikan BN,” katanya lagi.
Mengulas ketidakhadiran Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam majlis pelancaran Pakatan Harapan peringkat negeri Perlis baru-baru ini, Lim mengakui berlaku sedikit masalah.
“Saya rasa itu hanya disebabkan masalah komunikasi, tiada sebab lain,” katanya lagi. (MK)

6 comments:

Anonymous said...

Wawi sedang pening dgn hal anaknya keluarga lim n balaci ambil kesempatan lebarkan kuasa.tak lama hancur berantakan lah perebut perebut kuasa demi kepentingan sendiri itu.kita teruskan sj usaha menegakkan islam n negara.pan imayam telah ternyata wujud utk menegakkan keluarga lim shj.kenapa mereka diam membisu bila adun pkr menangis.hipokrit pengkianat akan kejuram

IrWrWs said...

Walau sekejam mana pun sikap lge percayalah parti balacinya akan sentiasa membetulkan segala tindakan beliau..

Anonymous said...

Nak harap kan PAS..
uh..uh..uhhhhh
hidup segan..mati tak mahu..

Anonymous said...

Yg tak bermasalah dg DAP cuma PAN. Lihatlah, bagaimana PAN dn ngo Ikram telah menghancurkan Ahmad Awang. Dipesongkan fikrah islamnya kpd islam liberal plural. Seorang ulama yg berpuluh tahun memperjuangkan hudud dn islam tiba2 tersungkur dgn menghalalkan dn bersama2 dgn DAP menentang percubaan PAS mendaulahkan hudud.

Anonymous said...

Nak harap PAN jaga Islam? Hudud pun tolak. Asyik bersukaria dg LGE, LKS, DAP mencaci usha orang mendaulahkan Islam. Kesian ....

Anonymous said...

lu bilang PKR tak join lu punya program sebab PKR hadiri parlimen... maknanya lu monteng parlimen la ya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails