Saturday, November 28, 2015

Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah Sokong Haram Pakai Tudung Di P'cis.


PARIS: Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah mempertahankan keputusan Perancis mengharamkan pemakaian tudung di negara tersebut, selepas menolak rayuan seorang pekerja wanita Islam yang diberhentikan kerana enggan membuka tudung, 15 tahun lalu.
Dalam penghakimannya, mahkamah itu memutuskan, kepentingan untuk Christiane melaksanakan hak tuntutan agamanya adalah jelas dan dia juga perlu mengikut kod pemakaian yang ditetapkan.
Dengan itu, mahkamah membuat keputusan untuk mengambil tindakan secara adil dan memberi keutamaan kepada keperluan meliputi kepentingan semua pihak di negara itu.
Menerusi laporan Mail Online, disiarkan Christiane Ebrahimian yang bertugas sebagai pekerja sosial di Jabatan Psikiatri di sebuah hospital di Nanterre diberitahu kontraknya tidak disambung selepas seorang pesakit mengadu dia enggan membuka tudungnya ketika diminta berbuat demikian dalam kejadian pada 2000.
Sebelum ini, Christiane pernah membuat rayuan di Mahkamah Pentadbiran Versailles Perancis dan Mahkamah Pentadbiran Rayuan, bagaimanapun ditolak.
Selepas gagal dalam dua rayuannya di Perancis, wanita berusia 60an itu membuat rayuan di Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah. Undang-undang pengharaman pemakaian tudung di negara ini mula dikuatkuasakan pada 2004 dan mendapat kritikan hebat daripada penduduk Islam yang membantah keras larangan tersebut.

Apakah Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah sudah memang tidak boleh diharap untuk memberi keadilan kepada orang-orang Islam di Eropah? (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

1 comment:


  1. Mahkamah-mahkamah di Barat adalah adalah mahkamah hipokrit (munafik) yang hanya berpihak kepada Barat dan kepentingan Barat. Pemimpin-pemimpin Amerika Syarikat dan NATO TIDAK PERNAH dibicarakan dalam mahkamah Barat walaupun mereka melakukan jenayah zalim, kejam dan sadis secara terbuka ke atas orang-orang Islam di Afghanistan, Iraq, Libya, Syria, Sudan, Somalia dll.

    Mahkamah-mahkamah munafik Barat ini hanya berminat membicarakan dan menghukum orang-orang yang berani menentang kezaliman penjajah AS dan NATO ! Sepatutnya negara-negara umat Islam menubuhkan mahkamah antarabangsa untuk membicarakan penjenayah-penjenayah Barat yang telah memusnahkan negara umat Islam dan membunuh berjuta-juta orang Islam yang tidak bersalah.

    Malangnya pemimpin-pemimpin sekular liberal hanyalah boneka AS dan NATO yang befungsi mengampu pemimpin Barat, menjaga kepentingan AS dan NATO dan menindas rakyat negara umat Islam.

    ReplyDelete