Thursday, November 19, 2015

Mengapa AS Tidak Mampu Kalahkan ISIS? Ini Jawab Obama -CNN


Presiden Barack Obama dihujani soalan soal mengapa Amerika Syarikat (AS) tidak boleh mengalahkan ISIS atau menurunkan pasukan ke Syria untuk memberantas Negara Islam itu, seperti yang sebelum ini dilakukan Presiden George W Bush saat memerintahkan menceroboh Iraq tahun 2003.

Bercakap usai mesyuarat Sidang Kemuncak G20 di Antalya, Turki, Isnin (16/11), Obama mengatakan bahawa strategi penurunan pasukan untuk mengalahkan ISIS adalah sebuah kesalahan.

Pencerobohan AS ke Iraq sendiri yang dilandasi laporan perisikan palsu soal senjata pemusnah besar-besaran milik Saddam Hussein masih menyisakan masalah hingga saat ini, di antarnya muncul kelompok perlawanan bersenjata, yang boleh dipanggil menjadi cikal bakal ISIS.

"Amerika Syarikat mempunyai pasukan darat terbaik di dunia, kami punya tentera terbaik. Soal penurunan pasukan telah dibincangkan, tapi pandangan saya lain, itu adalah kesalahan," ujar Obama.
"Bukan kerana kami tidak boleh menguasai Mosul, Raqqa atau Ramadi, tapi kita akan melihat pengulangan atas kesalahan yang sama. Jika tidak ada masyarakat tempatan yang menolak ideologi ekstrem, maka (penurunan pasukan) akan menjadi okupasi yang kekal," lanjut beliau.

Selain itu, kata Obama, dengan menurunkan pasukan seperti yang dilakukan Bush terhadap Iraq bererti AS telah memperlakukan ISIS sebagai sebuah negara yang harus diceroboh. Sedangkan negara-negara di seluruh dunia tidak mengakui tuntutan Abu Bakar al-Baghdadi yang mengisytiharkan kekhalifahan ISIS.

"ISIS bukanlah musuh tradisional ketenteraan yang boleh dikalahkan dengan mengambilalih wilayah mereka. Penurunan pasukan tidak mengatasi masalah, tapi kita harus menghapuskan pengaruh mereka," lanjut Obama.

AS, menurutnya, mempunyai cara lain untuk mengatasi ISIS, paling hebat adalah serangan udara.

"Hingga saat ini tidak kurang dari 8,000 serangan udara dilakukan, menewaskan komander ISIS, sehingga kelompok ini dapat dipukul mundur di Sinjar, Ramadi dan Syria. Kami juga memukul mundur ISIS di sempadan dengan Turki dan kami menyokong kekuatan pembangkang di Raqqa," lanjut Obama.

Strategi AS juga meliputi latihan bagi kumpulan bersenjata sederhana yang menjadi rival ISIS dan pasukan Bashar al-Assad di Syria. Latihan juga diberikan kepada tentera Iraq. Serangan udara AS juga memutuskan laluan bekalan ISIS sehingga mengurangkan kemampuan kewangan kumpulan bersenjata itu.

"Jadi tidak ada kesalahan strategi. Strategi ini akan bekerja, tapi perlu waktu," kata dia. (CNN)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

No comments:

Post a Comment