Wednesday, November 11, 2015

Mufti P.Pinang Mahu Vape Diharamkan, Tapi Kera-jaan M'sia Pekak..


GEORGETOWN - Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa kerajaan akur dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan rokok elektronik atau vape.

Tegasnya, ia berikutan penggunaan vape itu diputuskan sebagai haram melalui mesyuarat yang diadakan pada Ogos lalu.

"Keputusan itu dibuat mengikut hukum syarak dan ia juga berdasarkan kepada kaedah-kaedah fiqh yang tertentu. Antara kaedah termasuk mendahulukan kepentingan umum daripada kepentingan individu atau segelintir manusia dan mengelak kemudaratan diutamakan di atas memperoleh kepentingan.

“Saya juga memohon jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan bagi mengkaji dan menangani isu ini supaya melihat ia dari pelbagai sudut yang berkaitan,” katanya.

Menurutnya, ia termasuk dari sudut ancaman penggunaan vape terhadap kesihatan masyarakat seperti kesan buruk kepada wanita hamil dan kemungkinan berlaku kelahiran bayi pramatang atau kecacatan bayi.

“Kerajaan Malaysia patut mengikut jejak langkah beberapa negara tertentu yang mengharamkan penggunaan vape seperti Singapura, Brunei, Hong Kong dan Britain,” katanya.

Wan Salim berkata, tidak menjadi kepentingan buat kerajaan untuk mengikut kehendak peniaga yang terlibat.

“Jika terbukti vape mengandungi bahan-bahan yang membahayakan kesihatan, maka kerajaan tidak harus teragak-agak untuk mengharamkannya.
“Ia adalah demi kesihatan rakyat, walaupun ditentang atau dirayu, tidak sewajarnya mereka yang ingin mengaut keuntungan ini diberi kelebihan,” katanya. (SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Telah diramalkan, sama saja seperti arak, rokok atau judi, kerajaan Malaysia pimpinan UMNO tidak akan mengharamkan vape.  Ini, kerana..
  • kerajaan Malaysia lebih pentingkan ekonomi dari kesihatan rakyat, 
  • atau lebih pentingkan ekonomi dari 'soal halal-haram' dalam agama yang menjadi pegangan majoriti rakyat. 
  • Ekonomi lebih utama dari segala-galanya pada kerajaan sekular ini, yang tiada pedulikan hari akhirat.
Kerajaan Malaysia, sama seperti kapitalis-kapitalis dunia lain sanggup membunuh jutaan rakyatnya sendiri melalui rokok, yang dibenarkan, tidak dilarang di negara masing-masing. Kerana keuntungan cukai rokok yang sedikit, sanggup mengorbankan kesihatan rakyat jelata hingga mendatangkan kerosakan lebih besar. 

Kerana itu, wang yang mengalir keluar negara dan masuk ke poket kapitalis lebih banyak dari cukai yang diperolehi untuk menolong rakyat. Ertinya teori ekonomi tersebut tidak menguntungkan rakyat dan negara. Begitulah yang sedang dan akan terjadi pada vape. Itu kerja bodoh!

Dan kera-jaan Malaysia tetap pekak, tidak prihatin pada rakyatnya sendiri.
Bagaimana solusinya? Kembalilah kepada dasar kebajikan pemerintahan Islam, seperti di zaman kegemilangan Rasulullah SAW, Khalifah Ar-rasyidin, dan selanjutnya. 

5 comments:

Anonymous said...

Sama aje rokokpun haram buat dek juga.vape tu buat org lebih berlagak mcm hebat n kaya sgt dgn asap berkepul kepul.budak budak muda makin byk yg suka benda tak ada faedah.saja utk suka suka bergaya.bahaya dia org tak fikir sgt.husam tu kenapa meroyan.kesian dia ditingalkan oleh kawan kawannya.agaknya dia kata dr jd org terbuang lebih baik jd duri dlm daging.padahal dia telah lakukan pengkhianatan berganda krn niatnya yg dikatakan suci.selama mana dia tu dapat berkokok dlm kesakitan n serba salah.pan hanya diterima oleh dap n pkr krn agenda politik masing masing selain org org berkepala sekular dgn keimanan yg berkabut akibat gila kuasa.pas berpegang pd jln islam dgn keputusan bersama n ia bkn krn keinginan tghh seorang.ia berbeza dgn najib yg hanya dia yg tahu ttg duit bilion bilion nya.org yg menyamakan dua pimpinan ini hanyalah org yg kekurangan idea utk menyerang pas.

mansor said...

kerajaan malaysia ni bengong, menteri2nya pun bengong

Unknown said...

Nanti hadi jd penasihat baru najib ikut

Anonymous said...

Kawe dop sabor nok tunggu cam mano TG H.HADI menasihat BN NAJIB.... esp... dlm bab2 kemaslahatan ummah dang negara. ..
Hendaknya lepass dengar n ikut NASIHAK T.G H.HADI...... B.END AKAN HARAMKAN VAPE..... HARAMKAN YG HARAM DAN HALALKAN YG HALAL...

Anonymous said...

.......Bang Jib kena ikut nasihat TOK GURU kita..... halalkan yg halal.... termasuklah menghalalkan AMANAT TUAN GURU HAJI HADI AWANG YG DIBACAKAN DI KG. BANGGOL PERADONG.. KT

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails