Monday, November 23, 2015

Obama AS Termasuk M'sia Komited Perangi Negara Islam -mStar.

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengulangi komitmen negaranya untuk memerangi Negara Islam (IS) dan aktiviti keganasan. Obama menyifatkan IS sebagai organisasi kejam dan berkata AS dan rakan-rakan gabungannya termasuk Malaysia, tidak akan berhenti sehingga ia dihapuskan.
"Kami akan buru pemimpin mereka dan musnahkan rangkaian mereka," katanya pada sidang media di Ritz-Carlton Kuala Lumpur di sini pada Ahad.
Obama yang berada di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-27 berkata, dia dikritik kerana lawatannya ke Asia apabila sebuah akhbar menyifatkannya sebagai "gangguan Obama terhadap Asia".
"Rantau ini tidak diganggu," katanya.

Obama menegaskan bahawa keselamatan dan pertempuran global terhadap keganasan adalah agenda utama dalam perbincangannya dengan pemimpin-pemimpin di rantau ini. Katanya, beliau menjemput semua 10 pemimpin Asean ke Washington tahun depan untuk meneruskan perbincangan mengenainya.

Jelas Obama kesemua pemimpin berkenaan telah menerima jemputannya (mStar)

1 comment:

Anonymous said...


Rejim Amerika Syarikat(AS) yang menyokong rejim pengganas Israel adalah bapa kepada semua rejim ditaktor kuku besi yang menjadi boneka rejim AS. Rejim AS telah melakukan pelbagai jenayah perang yang amat zalim, sadis dan dahsyat terhadap orang-orang Islam dan orang-orang kafir di Korea, Vietnam, Laos, Cambodia, Indonesia, Filipina, Afghanistan, Iraq, Libya, Somalia, Libya, Syria, Yaman, Sudan, Pakistan, Congo, Grenada, Panama, Nicaragua, El Salvador dll.

Keganasan AS telah menyebabkan penyiksaan, rogol dan pembunuhan berjuta-juta manusia yang tidak bersalah di berpuluh-puluh negara asing. Rejim AS juga telah menggunakan senjata senjata kimia dan biologi untuk menghapuskan manusia yang menentang tentera pengganas AS di:

Bahamas (late 1940s-mid-1950s)
Canada (1953)
China and Korea (1950-53)
Korea (1967-69)
Vietnam, Laos, Cambodia (1961-1970)
Panama (1940s-1990s)
Cuba (1962, 69, 70, 71, 81, 96)
Iraq (1990-2007) - 1.2 juta rakyat Iraq terbunuh.

Bahkan rejim AS telah membunuh ramai rakyat AS sendiri dengan menguji senjata biologi dan kimia ke atas penduduk:

Watertown, NY and US Virgin Islands (1950)
SF Bay Area (1950, 1957-67)
Minneapolis (1953)
St. Louis (1953)
Washington, DC Area (1953, 1967)
Florida (1955)
Savannah GA/Avon Park, FL (1956-58)
New York City (1956, 1966)
Chicago (1960)

Rejim AS juga telah menggunakan CIA dan campurtangan tentera pengganas AS untuk menumbangkan kerajaan-kerajaan demokrasi seperti kerajaan Presiden Morsi di Mesir dan menggantikan kerajaan demokrasi dengan rejim-rejim kuku besi untuk menindas rakyat sendiri untuk menjaga kepentingan rejin AS.

Sekarang bapa pengganas membuat drama baru mengajak boneka-bonekanya menentang IS yang telah ditubuhkan, dilatih dan disokong oleh AS, Israel dan NATO sendiri. Inilah lawak jenaka 2015 !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails