Tuesday, December 01, 2015

PAS, Harum Manis Dan Kerja Ladang Di Australia.


CATATAN SANTAI IBNU HASYIM 

TERKEJUT aku, tiba-tiba kawan lamaku menelefon aku.  Dia kini tinggal di Kedah. Penelefonannya, kini menyingkap kembali kisah lama kami sama-sama berkerja untuk PAS dulunya, di Titiwngsa Wilayah Persekutuan. 


Tidak kering bibirnya menyebut-nyebut nama bekas YDP PAS Titiwangsa Hj Mohd Nor yang kini memegang jawatan PAS peringkat pusat, Cikgu Usof, Hidhir, Jamaludin Abdul Rahman (Din TeksI) dan ramai lagi rakan-rakan seperjuangan. Penelefonan yang membuat aku teruja kembali, terkenang semasa dulu.. kelopak mataku mula digenangi air tanpa ku sedari..


"Selepas aku pulang berkerja dari KL ke Kedah, aku menyepi sementara, perkukuhkan ekonomi, kekeluargaan, dan kini ingin aktif PAS kembali. Aku mula menerima beberapa jawatan dalam PAS peringkat tempatan. Kerana ini, aku telefon hang, nak mulakan perbincangan dan perjuangan seperti dulu lagi.. " Katanya melalui telefon.


"Aa.. Al-hamdulillah, apa yang menyebabkan hang naik syeikh nak aktif balik dalam PAS la ni?" Aku tanya.


"Banyak sebab. Antaranya kerana dalam PAS sekarang dah ada buah 'mempelam harum manis'. Kulitnya hijau, tetapi isinya kuning, ha ha ha! Padaku, adalah menjadi kewajipan aku menanganinya, sekurang-kurangnya untuk kawasan sekitarku.


"Mempelam harum manis" yang dibawa masuk dari Perlis itu, memang sedap rasanya. Buahnya diambil semasa tua, disimpan, bila masak baru dimakan, sedap! Tapi kalau diambil masa muda, memang rasa tak sedap. Apa lagi kalau buahnya masak dipokok, emm.. satu sen pun tak guna. HamPAS!!" Jelasnya macam berseloroh. 


Terpegun juga sekejab aku memikir takrifannya. Kulitnya hijau, tetapi isinya kuning. Apakah luar hijau itu simbolik lambang PAS dan isi kuning itu lambang Parti Amanah yang dianggap serpihan dari PAS? Dilarang ambil buah semasa muda, dan jangan biarkan sampai masak dipokok.. Apa ertinya itu?


"La ni, hang dok buat apa?" Dia tanya aku, mengalih topik perbincangan kepada hal lain pula.


"Oh. Aku hanya menulis dalam blog. Dakwah, sikit-sikit. Mengembara, kalau perlu. Atau membantu anak-anak muda mengembara, seperti yang dikehendaki oleh Islam." Jawabku.

"Tu pasai, hang kempen oghang pi kereja Australia." Tingkahnya, dan memberi ingatan. "Aku dengaq ghamai yang kena tipu di Australia. Nanti oghang ingat, hang pon penipu juga.." 


"Begini, biar aku jelaskan sikit." Kataku.


"Sekarang ramai rakyat Malaysia pergi kerja di Australia. Banci hujung tahun lepas menunjukkan pendatang pekerja-pekerja tanpa izin di Australia telah menunjukkan Malaysia menjadi negara kedua terbesar selepas negara China, dalam mengeksport pendatang tanpa izinnya ke sana." Kataku lagi. 


Tetapi fakta di bawah ini tidak sempat ku jelaskan melalui telefon. 


Ini faktanya..


Satu: Islam merupakan agama paling cepat pertumbuhannya dalam lima tahun di Australia, dengan peningkatan 39.9% dari 2006 ke 2011. Namun jumlah penduduk Muslim masih berkisar 500,000 jiwa alias hanya 2.2% dari total populasi di Negara Kangaro itu. Demikian fakta laporan International Centre for Muslim and non-Muslim Understanding (MnM) pada University of South Australia, mengutip hasil sensus penduduk 2011.


DuaDari sekitar 500,000 warga Muslim di Australia, persentase jumlah terbesar terdapat di daerah Broadmeadeows di pinggiran Kota Melbourne. Yakni  31.3% di daerah itu merupakan warga Muslim. Dari data daerah pemilihan selain Broadmeadows juga terdapat dua daerah pilihan di negara bahagian New South Wales iaitu Bankstown dengan 26.7 % dan Auburn yang memiliki 25.6 %. 


Tiga: Menurut Direktur MnM Prof. Riaz Hassan, dengan adanya tiga daerah pilihan Muslim di Australia di atas 25%, maka ahli politik Australia perlu menjadikan hal itu sebagai pertimbangan dan ambil perhatian.


EmpatDilaporkan juga, jumlah warga Muslim Australia yang bergabung ke 'kelompok teroris' ISIS sekitar 150 orang, atau sekitar 0.03%. Reaksi pemerintah Australia, kata Hassan, ialah menerbitkan undang-undang antiterorisme yang sangat kuat, dan membawa kesan sampingan terhadap warga Muslim kebanyakannya. 


Lima: Dijelaskan, dengan populasi Muslim terbesar dunia berada dekat Australia iaitu di Indonesia, maka sangat penting bagi masyarakat Australia untuk memahami Islam. 


"Masa ini 2.2 % populasi Australian adalah Muslim, menurut Sensus 2011. Menurut perkiraan, jumlah mereka akan berkisar 1.5 juta jiwa dalam 30 tahun mendatang," kata Hassan.


Demikian fakta tersebut. Kita kena ambil kesempatan dengan membantu perkembangan Islam itu. Ada yang mengkritik aku mengatakan,
"Sudahlah, negara kita menghadapi masalah pendatang tanpa izin yang memperkecilkan jumlah bangsa Melayu sedikit demi sedikit di negara sendiri, kamu pula kempen membawa keluar bangsa Melayu ke negara Australia dengan pelbagai alasan."


Ini jawabku.. Di dalam Al-Quran banyak ayat-ayatnya menyuruh umatnya mengembara atau berhijrah antara tempat dan negara. Kedatangan Islam ke Australia ini pun hasil dari pengembaraan atau hijrah puak-puak Islam ke negeri itu. 


Sejarah Islam di Australia memaparkan penglibatan 3 pengembara atau penghijrah yang mendakwahkan Islam ke sana  Iaitu.. 

  1. Pelaut Bugis dari Makassar,
  2. Penunggang unta dari Afghanistan dan,
  3. Aktivis Hak Asasi Manusia Amerika Syarikat  Malcolm X. 
Sila lihat: Inikah Rahsia Melancong Ke Australia, Demi Islam &... 

Biarlah kita berfikir secara mendunia, bukan hanya berfikir di bawah tempurung asobiah sempit, Malaysia dan Melayu sahaja, dengan meninggalkan perjuangan Islam yang globalisasi.


"Baiklah. kita tinggai sat bab tu." Kata kawanku lagi
"La ni, kita berjuang PAS pun macam dulu juga, perlu pakai duit sendiri untuk bergerak. Macam dulu jugak, aku selalu minta tolong hang, cuba hang tolong bantu pikiaq sikit, macam mana nak cari duit untuk kerja-kerja parti ini?

"Susah tu." Aku cuba-cuba fikir sebentar.


Tiba-tiba, 


"Ha! La ni aku sedang buat kerja dakwah, bantu kawan-kawan dan kaum keluarganya yang nak pi kerja di Australia. 


"4 Sebab mengapa mereka perlu pergi kerja ke Australia...

  1. Kerana kerja gaji agak besar berbanding Malayia. 1 hari kerja ladang purata kira-kira RM300 ke RM500. Ada lebih ada kurang, ikut keadaan. Kerja selain ladang pun boleh.
  2. Cari pengalaman, jauh perjalanan banyak pengalaman. Tambah pengalaman di luar negara. Pengalaman untuk bisnes pun ada.
  3. Sambut cabaran Al-Quraan menyuruh umat Islam mengembara. Kita akan dapat nikmat, khasiat dan hikmahnya.
  4. Bantu umat Islam Australia dengan pergi berkerja di sana. Kita akan berjumpa ramai lagi umat Islam dari negara lain di dunia. Ada Masjid Turki, Masjid Malaysia dan lain-lain. Semuanya membantu perkembangan Islam di sana.
"Jadi, tidak timbul soal penipuan macam yang hang sebut tu, kerana kita sendiri yang mengurusnya. Salah satu sebab kita pilih bidang ini, ialah kerana terlalu banyak penipuan. Maka kita sedang buktikan bahawa khidmat yang sedang kita lakukan ini tiada unsur-unsur penipuan.

"Jadi dengan 'khidmat pengambilan pekerja' ini, kita boleh bantu ahli-ahli jamaah kita yang tiada kerja, tiada pendapatan, yang ingin melancong sambil berkerja, berkerja sambil belajar, yang perlukan modal kewangan untuk berniaga  dan lain-lain. Apa lagi penganggor, atau mat rempit yang masih berkeliaran di kampong-kampong kalau ada..


"Begitu juga bagi aktivis-aktivis PAS macam hang, yang nak dapatkan kewangan parti boleh kita runding untuk laksanakan projek ini bersama. Ataupun kalau ada, bagi cawangan-cawangan atau kawasan PAS di mana saja yang kita rasa mampu nak laksanakan, ya, sila kita rundingkan." Kataku sebaagai penutup.

Jika berminat, sila hubungi..

IBNU HASYIM 014 2225865

Wasap no 0182018342 (Muaz Jabal) .

"Terima Kasih. Kita akan jumpa dan runding lagi." Katanya dan memberi salam melalui telefon.


Sekian, Wassalam.. 

Lihat keseluruhan..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

  
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

Tel 014 222 5865 (KL)       
30 Nov 2015 KL 


3 comments:

Anonymous said...

Dia beritahu hang tentang harumanis .harumanis muda dan harumanis tua.mengapa tak ceritakan pula tentnag kelapa muda.kulitnya hijua dan putih di dalam .tetapi santanya takda.isi hanya bolih buat jeli .bila nak makan kita tenyeh aje.kalau kelapa muda tak bolih buat benih pun .kalau kita baling kat semak kelapa tu busuk macam tu je.tetapi biji harumanis kita letak kat mana sekali pun dia tumbuh cantik aje.itulah harumanis .harga mahal jauh dari kelapa muda.

Anonymous said...

ha ha ha . lagi satu contoh baik.. kelapa n kepala

Anonymous said...

la ni org dok petikai ttg pengurusan la...dah bebuih dah org cakap..tak reti reti g..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails