Pulau Deception, Antartika. (Shutterstock)
Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
ILMUAN Amerika Syarikat memberi amaran permukaan laut dunia akan naik lebih cepat selepas fakta ais di Antartika mencair lebih cepat. Pulau-pulau kecil di dunia pun terancam tenggelam.
Kajian itu menyebutkan jika selama 18 tahun terakhir, permukaan Antartika hilang sebanyak 310 km padu tiap tahun. Saat ini sudah 18 peratus yang hilang. Antartika pun semakin menipis. Kebanyakan ais yang hilang paling banyak di timur dan barat Antartika.
REUTERS - GAMBAR fail bertarikh 23 Januari 2010 menunjukkan seekor penguin Adelie berdiri di atas sebuah blok ais yang semakin cair di Antartika.
Antartika kian mencair.
"Ini adalah kepedulian yang nyata kerana tahap tinggi seperti penipisan tidak dapat dipertahankan lebih lama. Sebab di mana lapisan ais Antartika telah runtuh ini telah mencetuskan peningkatan pesat kenaikan paras air laut dunia," jelas beliau.
Sementara Ilmuan Perubahan Iklim dari British Antarctic Survey (BAS), Paul Holland menyebutkan permukaan laut saat ini naik hingga 3.5 meter pertahun. Dia meramalkan di tahun 2100, kenaikkan permukaan laut 70 cm pertahun. Itu menyebabkan suhu permukaan laut akan bertambah.
"Apa yang manusia perlu tahu adalah apa kenaikan permukaan laut pada tahun 2100? Dan sumber terbesar dari ketidakpastian apa yang akan terjadi pada lapisan ais?" paparnya.
Sementara Petra Tschakert, profesor asal Penn State University mengkritik standard sekatan pemanasan global yang ditetapkan PBB. Sejak tahun 1970, suhu global ditambat tidak boleh naik di atas 2 darjah celsius. Menurutnya itu terlalu besar. Kata dia ambang batas pemanasan global harus dibawah 2 darjah celcius, atau sekira 1.5 darjah.
"2 darjah Celsius memberikan tahap bahaya yang benar-benar tidak mencukupi. Memandangkan kesan yang sudah diperhatikan pada ekosistem, makanan, mata pencaharian, dan pembangunan yang berterusan," tulis Tschakert dalam kajian beliau.
Makanya, 5 Disember lalu PBB sudah menyiapkan bahan untuk puncak mesyuarat perubahan iklim di Paris Desember mendatang. Ada 200 negara yang ikut serta dan berunding mencari cara untuk mengurangkan pelepasan karbon penyebab makin dekatnya ancaman perubahan iklim melalui pemanasan global. (The Guardian)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
No comments:
Post a Comment