Tuesday, November 17, 2015

PM Najib: Konsep Negara Islam Perlu Difahami. Dia Tu Faham Sangat?

Najib ketika bercakap pada sidang akhbar di akhir Sidang Kemuncak G20 di Antalya, Turki semalam.

ANTALYA, Turki – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru para pemimpin dan tokoh Islam dunia untuk menyebar luas ajaran Islam yang sebenar supaya konsep negara Islam dapat difahami bagi mengelak ramai terjebak menerima ideologi kumpulan militan Islamic State (IS).
Menurutnya, ideologi kumpulan IS tidak mencerminkan Islam yang sebenarnya.
“Konsep negara Islam dan IS yang sebenarnya harus difahami dan dihuraikan, sebab kalau kita tidak faham, kita boleh terjebak menerima ideologi atau kefahaman IS,” katanya pada sidang akhbar selepas sesi makan malam sempena Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) ke-10 di sini semalam sebelum berlepas pulang ke tanah air.
Perang mempertahankan Islam memang dibenarkan bahkan disusruh, mati syahid adalah perjuangan mulia.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dia tu faham sangat ke konsep negara Islam?Kalau faham mengapa tak buat di negara sendiri? Sepatutnya kalau takut ISIS wujud di Malaysia atau tak mahu bertembung dengan ISIS, buat cepet-cepat negara Islam sebenar. Contohnya, laksanakan 'Hudud'!
(Sila lihat Konsep Negara dalam Pemikiran Politik Ibnu Khaldun   http://download.portalgaruda.org/article.php?article=10288&val=1511(IH)

4 comments:

Anonymous said...

Eiikk?? Baru tahu ker?? Najib ni same le dengan Haji Hadi.. Presiden PAS yang admin puja, sanjung sangat tu? Beria-ia tak akan buat UG.. dulu siap dengan keluar amanat lagi kata UMNO kapir. Sekarang, tunggu masa je nak bersanding PAS dengan UMNO!!

Anonymous said...


Anon 9:55AM adalah di antara balaci-balaci sekular liberal yang sedang menfitnah pemimpin parti Islam kerana pemimpin parti Islam tidak mahu menjadi balaci sifu roket penang mali yabng menolak perlaksanaan hukum Allah di negara ini!

Fakta yang tidak boleh dinafikan ialah parti sekular dan parti Islam mempunyai matlamat yang berlainan atau berlawan maka parti Islam bergabung tidak akan bergabung dengan parti sekular yang mengasingkan dan menyisihkan peranan agama dari kehidupan dan urusan dunia.

Sebaik-baiknya Anon 9:55AM berhentilah dari menyebar fitnah dan pembawa kayu api.

Anonymous said...

Umno pencacai pas macai benda yg betul selalu nya di katakan fitnah cara yg selalu digunakan, terang benderang dah melayu umno.melayu pas kenyit mata nak bersatu atas melayu diselitkannya islam. Supaya nampak ikhlas sangat.

Anonymous said...

Tak nak bersatu tapi kenyataan membodek UMNO terlebih lebih skg

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails