Thursday, November 05, 2015

Rakam Wanita Mandi, Ini Padahnya...

PETALING JAYA - Seorang lelaki bukan saja gagal merakam adegan seorang wanita yang sedang mandi, malah 'terperangkap' oleh telefon bimbitnya sendiri yang digunakan untuk merakam.
Panik bila menyedari wanita tersebut mengesan sebuah telefon dalam mod rakam di tingkap bilik air rumahnya di sebuah kondominium di sini Ahad lepas, lelaki itu melarikan diri tanpa sempat mengambil telefonnya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Zaini Che Din berkata, suspek berusia 40-an ditahan polis keesokan harinya (Isnin) di kediamannya di Seksyen 12, di sini, berdasarkan gambar salinan kad pengenalannya dalam telefon bimbit berkenaan.
"Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.03 pagi hari tersebut."
"Sebaik saja menyedari adegan beliau sedang dirakam, mangsa merampas telefon berkenaan dan menjerit beberapa kali menyebabkan suspek terus melarikan diri," katanya.
Dalam satu kenyataan hari ini Zaini berkata, suspek bila disoal, menjelaskan beliau kehilangan telefonnya di tempat kejadian sewaktu melawat rakannya yang tinggal di kondominium yang sama.
Beliau bagaimanapun tidak membuat laporan polis berkenaan kehilangan itu.
Suspek direman empat hari bermula semalam dan barang bukti telah dirampas dan dihantar ke jabatan forensik untuk analisis, kata Zaini. - Bernama
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dilarang mengintai..
Dari hadis Abu Hurairah RA Rasulullah SAW bersabda:
لَوْ أَنَّ رَجُلًا اطَّلَعَ عَلَيْكَ بِغَيْرِ إِذْنٍ، فَخَذَفْتَهُ بِحَصَاةٍ، فَفَقَأْتَ عَيْنَهُ مَا كَانَ عَلَيْكَ مِنْ جُنَاحٍ
  • "Jika ada seseorang mengintaimu tanpa izin, lalu engkau membalingnya dengan batu sampa“i terkena pada matanya, maka tidak ada dosa atasmu.” (Shahih Al-Bukhari, no. 6888, 6902. Muslim, no. 2158, lafaz muslim)

Dari hadis Abu Dzarr RA Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ كَشَفَ سِتْراً فَأَدْخَلَ بَصَرَهُ فِي البَيْتِ قَبْلَ أَنْ يُؤْذَنَ لَهُ، فَرَأَى عَوْرَةَ أَهْلِهِ، فَقَدْ أتَى حَدّاً لاَ يَحِلُّ لَهُ أنْ يَأْتِيَهُ، لَوْ أَنَّهُ حِينَ أَدْخَلَ بَصَرَهُ اسْتَقْبَلَهُ رَجُلٌ، فَفَقَأَ عَيْنَهُ مَا عَيَّرْتُ عَلَيْهِ، وَإِنْ مَرَّ رَجُلٌ عَلَى بَابٍ لا سِتْرَ لَهُ غَيْرِ مُغْلَقٍ، فَيَنْظُرُ لا خَطِيئَةَ عَلَيْهِ، إِنَّمَا الْخَطِيئَةُ عَلَى أَهْلِ البَيْتِ
  • “Siapa yang menyingkap tirai rumah orang lain, kemudian dia melihat ke dalam rumah tersebut sebelum dia mendapat izin, lalu dia melihat pula aurat penghuninya, maka benar-benar dia telah melanggar ketentuan yang tidak halal baginya untuk melanggarnya. Seandainya ketika dia melihat ke dalam rumah tersebut lalu seorang penghuni rumah bertindak padanya, kemudian mencederakan matanya maka aku tidak mencela penghuni rumah tersebut. Adapun jika seseorang melintasi rumah yang tidak memiliki tirai (penutup) serta tidak ditutup, lalu dia melihat (tanpa kesengajaan) maka tidak ada dosa baginya, akan tetapi dosa adalah bagi penghuni rumah (kerana kecuaiannya yang tidak memasang tirai atau menutup rumah mereka – pent.).” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2707. Lihat: As-Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah, no. 3463)
Wallaahu a’lam.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails