Thursday, November 19, 2015

Sampai Hati DAP Buat Begitu Kepada ADUN PKR P.Pinang?

ADUN PKR menangis dalam Sidang DUN P. Pinang   Dr. Norela gagal menahan perasaan selepas soalan yang membabitkan kawasannya tidak dijawab.

PETALING JAYA: Tangisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Penanti, Dr. Norela Ariffin mengejutkan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Dia dikatakan tidak dapat menahan perasaan sebaknya, mendakwa kerajaan negeri telah mengabaikan kawasannya. Reaksi itu berlaku selepas soalan yang dikemukakannya tidak dijawab.

“Saya tidak faham kenapa kerajaan negeri tidak mendengar masalah rakyat,” katanya yang dipetik daripada Utusan Online.

Aksi Dr Norlela itu kemudian ditenangkan ADUN Berapit, Lydia Ong. 
(Diangkat dari FMT)

7 comments:

  1. Betul tu sama yg berlaku dgn jkkk pas tu bezanya depa tak menangis n pas tak joint dap.begitupun pas masih dgn pkr tentulah masih ada sedikit sangkut paut.ah tersangkut juga dgn dap yg berlagak.jkkk dilantik oleh rakyat n disetujui kerajaan dap yg kemudiannya tak setuju pula krn politik yg berubah.politik berubah tp rakyat tak berubah.rakyat yg pilih jkkk spt rakyat pilih kerajaan.halau la barang kali kamu yg akan kena halau nanti.ingat kuasa duit kamu lebih besar dr kuasa Allah.what you give you will get back.jgn amalkan politik mafia

    ReplyDelete
  2. PAS PIS PUSSSSSSSS...
    SIAPA MAU CAYA PAS...
    PAS PI MAMPUSSSSSS...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukenye die ... maklum le dah puas jilat najis LGE dn LKS. Ha, jilat lagi, jilat, jilat, kan sedap. Mamat ni kalau tak budak Pan, tentu budak Pkr .... Cian nye die .... gi peluk mat sabu kamu tu ....

      Delete
  3. Sebelum berkuasa parti roket sudah berani mempertikai dan berusaha menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu sebagai penduduk asal (bumiputera) negara ini. Hairan juga sebilangan kecil orang Melayu sanggup diperalatkan menjadi balaci roket untuk menghapuskan hak keistimewaan diri sendiri. Adakah mereka ini pengkhianat?

    Sebelum berkuasa parti roket sudah mendedahkan kesombongan roket terhadap parti-parti sekutunya kerana parti roket cuba berlagak seperti bos. Adakah pemimpin-pemimpin parti-parti tersebut mempunyai maruah diri dan parti?

    Sebelum berkuasa parti roket menghina dan cuba memusnahkan sekutu sendiri kerana parti Islam tersebut mahu melaksanakan hukum Allah di negara ini. Bahkan parti roket sanggup memusnahkan pakatan pembangkang semata-mata kerana mahu menonjolkan dirinya sebagai hero orang kafir. Bayangkan apa akan berlaku kepada parti-parti sekutu parti roket jika parti roket berkuasa di negara ini?

    Sebelum berkuasa parti roket sudah berlagak sombong dan bongkak campurtangan dalam urusan agama Islam dan mempertikai khutbah Jumaat. Ini menunjukkan parti roket tidak menghormati kebebasan beragama. Bayangkanlah apa akan berlaku jika parti roket diberi kuasa memerintah negara ini!

    Sebelum berkuasa parti roket sudah berani menentang perlaksanaan hukum Allah untuk orang Islam di negara ini. Apakah agama pemimpin-pemimpin dan pengikut-pengikut parti roket sehingga mereka berani campurtangan dalam urusan agama Islam dan orang Islam?

    Malangnya terdapat sebilangan kecil manusia yang mendakwa diri mereka beragama Islam tetapi mereka rela menjadi balaci menyokong parti roket yang menentang perlaksanaan hukum Allah di negara ini. Bukankah mempertikaikan hukum Allah boleh menyebabkan kufur akidah (murtad)?

    Bolehkan anda bayangkan apa akan berlaku jika parti roket berkuasa di negara ini? Bayangkan nasib orang Melayu yang sedang ditindas dan dinafikan hak asasi kemanusiaan oleh kera-jaan Singapura kerana orang Melayu tidak mempunyai kuasa politik di Singapura.


    ReplyDelete
  4. SAMBUNGAN......


    ORANG ISLAM TIDAK BOLEH MELANTIK ORANG KAFIR MENJADI PEMIMPIN

    Sebagai orang Islam kita tidak boleh mengundi orang kafir menjadi pemimpin kita kerana orang kafir tidak beriman kepada Allah dan RasulNya. Tegahan mengambil orang kafir sebagai pemimpin atau teman rapat dengan mengenepikan orang Islam dapat dijelaskan melalui firman Allah yang bermaksud:

    "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?" (An-Nisaa' 4:144)

    "Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."
    (A-li'Imraan 3:28)

    "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim." (Al-Maaidah 5:51)

    "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman."(Al-Maaidah 5:57)

    PERINGATAN UNTUK ORANG ISLAM:

    "Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)."(Al-Maaidah 5:55)

    LAKSANAKAN HUKUM ALLAH JIKA TUAN PUAN MAHU NEGARA KITA DIBERKATI ALLAH.

    ReplyDelete

  5. Assalamualaikum Tuan Ibnu Hasyim,

    Dengan segala hormatnya saya mohon Tuan sudi delete iklan judi Pak Kusniadi November 19, 2015 at 10:57 PM dalam ruang komen.

    Syukran.

    ReplyDelete
  6. Apa tindakan yb RASHID Dan yb malik kasim Dan yg Dr afif dlm isu ni? Sepatutnya kedua dua exco Dan TKM ni membantu adun penanti ni. Mungkin sbb dah dpt kedudukan Dan pangkat mereka lupa Dan biarkan kawasan penanti. Jgn lah terlalu nk bodek LGE sampai tergamak biarkan kawasan mengundi melayu sengsara. TKM 1 bertanggung jwb bntu smua kawasan Dan bukan hanya nk bodek Dan jaga hati org cina saja..Kamu semua akan dipertanggung jwb d akhirat kelak kerana tidak amanah dlm kerja Dan membantu DAP menolak hukum Allah.

    ReplyDelete