KAMPAR – Seorang remaja berusia 13 tahun dirogol sebanyak dua kali oleh rakan yang baru dikenalinya menerusi aplikasi WeChat di sebuah tandas awam, di sini.
Kejadian berkenaan terbongkar selepas bapa mangsa terbaca mesej anaknya itu. Pelajar tingkatan satu itu menceritakan kejadian sebenar kepada bapanya yang kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Malim Nawar.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, siasatan telah dijalankan dan suspek berusia 23 tahun itu berjaya ditangkap, kelmarin.
“Hasil siasatan mendapati mangsa mengenali suspek pada 8 November lalu dan mula keluar bersama enam hari kemudian dengan menaiki bas awam ke Kampar seawal jam 8 pagi.
“Mangsa dirogol kali pertama pada 20 November lalu selepas suspek membawa mangsa ke tandas lelaki berhampiran,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata, pada awalnya mangsa menolak, namun suspek memujuk dan meyakinkan bahawa dia tidak akan meninggalkan mangsa selepas kejadian itu.
Menurutnya, kejadian kedua turut berlaku di tandas sama dua hari kemudiannya ketika mereka keluar bersama dengan menaiki bas.
“Setelah laporan dibuat, mangsa dibawa menjalankan pemeriksaan oleh Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
“Manakala, suspek direman beberapa hari untuk jalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan rogol,” katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perundangan jenayah zina atau rogol yang ada sekarang perlu di'Islam'kan. Umur 13 tahun tidak semestinya 'tidak baligh'. Hukum sebat tarbiah dikhalayak ramai, tidak semestinya boleh diganti dengan wang. Sebat yang berlaku di Malaysia sekarang adalah sebat yang zalim, bukan untuk mendidik.
Dan banyak lagi perlu diadili dan dibetulkan. (IH)
1 comment:
Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
rogol dipaksa ini macam setuju untuk dikuda
2 x 5
berulang pulak tu
ah banyak karut ini cerita
ikut hukum Islam kasi sebat depan khalayak ramai
Post a Comment