Wednesday, November 25, 2015

Selepas Insiden Paris, Masjid Mereka Dibakar, Tapi Dipelawa Solat Di Gereja..

OTTAWA: Budaya anti-Islam kini menular ke salah sebuah kawasan di Ottawa, iaitu Peterborough, Ontario selepas insiden yang meragut ramai rakyat Paris, minggu lalu.

Sebuah masjid tunggal di situ, Al Salam pada minggu lalu dibakar sehingga menyebabkan tempat beribadat itu rosak sepenuhnya. Hampir 1,000 ornag Islam di kawasan itu tidak dapat menunaikan ibadat, dan sehingga kini suspek yang melakukan perbuatan itu masih diburu pihak berkuasa.
Namun apa yang menyentuh hati adalah pihak bukan Islam di sana mempunyai nilai kemanusiaan yang amat tinggi apabila bersama-sama membantu mengutip derma untuk urusan ubah suai masjid berkenaan.

Bukan itu sahaja, nilai kemanusiaan masyarakat Peterborough juga melampaui pegangan agama masing-masing, apabila masyarakat beragama Kristian dan sinagog Yahudi di sana berbesar hati menawarkan kemudahan kepada masyarakat Islam untuk beribadat di ruangan bangunan rumah ibadat mereka.

Tanpa prejudis, masyarakat Islam Peterborough menerima pelawaan tersebut dengan solat berjemaah diadakan di gereja United Church, manakala solat Jumaat pula dilakukan di kawasan berumput di depan masjid mereka yang terbakar itu.

“Saya telah memaaafkan pelaku kebakaran tersebut. Saya sudah lama menetap di komuniti ini. Kami saling .menghormati dan menyayangi antara semua pihak,” kata Shazim Khan, imam masjid Al Salam (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

1 comment:

Anonymous said...


Dunia yang sementara ini adalah penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir. Syurga yang kekal abadi adalah sebaik-baik pembalasan untuk orang-orang yang beriman kepeda Allah dan Rasul-Nya sedangkan orang-orang kafir akan disiksa dalam neraka yang kekal abadi. Maka teramat rugilah orang-orang kafir dan teramat beruntunglah orang-orang yang beriman.

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, serta mereka memusuhi Rasul Allah setelah ternyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dibawanya), mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan (sebaliknya) Allah akan menghampakan perbuatan dan amal-amal mereka."(Muhammad 47:32)

Wahai orang-orang Islam bersabarlah menghadapi ujian dari Allah:

"Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu."(Muhammad 47:31)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails