Thursday, November 19, 2015

Seret Perang Syria Ke P'cis, Kejayaan ISIS, P'cis Resah.

Di tengah semakin panasnya Perancis melawan ISIS, Presiden Francois Hollande di depan Parlimen di Istana Versailles, Hollande berpidato dengan geram dan bersumpah akan membasmi ISIS.

ISIS adalah mastermind atau otak serangan keganasan Paris pada hari Jumaat, 13 November 2015. Salah satu perancang serangan itu adalah warga Belgium yang tinggal di Syria.

"Perancis kini dalam keadaan perang ..., tapi kita tidak berperang dengan peradaban awam kerana para pembunuh pengganas itu tidak mewakili perabadan mana pun," kata Hollande pada Isnin, 16 November seperti dilapor The Guardian. Perancis kini resah.

Sehari selepas jet-jet Perancis menggempur pangkalan ISIS di Raqqa, Hollande menegaskan bahawa serangan udara akan terus dipertingkatkan seiring dengan kedatangan kapal induk Charles de Gaulle di timur Laut Mediterranean.

Hollande juga mengatakan dalam beberapa minggu ke depan ia akan bertemu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Presiden Rusia Vladimir Putin demi mengukuhkan pakatan melawan ISIS.

Di Paris, menurut Menteri Dalam Negeri Bernard Cazeneuve, polis telah berjaya menemui beratus-ratus senjata dan peluru di 160 lokasi serbuan yang dilakukan polis anti-keganasan. Sebanyak 23 orang telah diselamatkan, sementara 104 orang mendapat tahanan rumah.

Hollande menggambarkan serangan berdarah dan bom bunuh diri yang terjadi di bar, restoran, stadium serta gedung konsert yang membunuh 129 orang adalah serangan 'mengajak perang'.

"Mereka membuat keputusan dan merancang keganasan di Syria. Mereka menyiapkan dan mengatur rancangan keganasan di Belgium lalu masuk ke tanah kami, Perancis," kata Hollande.
Hollande juga menetapkan status 'negara dalam keadaan bahaya' hingga tiga bulan akan datang. Ia pun menuntut perubahan undang-undang yang membuat pihak keselamatan menambah kekuatan perang melawan keganasan.

Selain itu, kekuatan polis ditambah sehingga 5,000 anggota. Sebanyak 2,500 kakitangan undang-undang, termasuk hakim dan pendakwa serta seribu pegawai Kastam, akan diambil bekerja dan pemotongan jumlah tentera akan dihentikan.

Menutup ucapannya, Hollande menegaskan bagaimanapun musuh-musuh dan penjahat berjaya memporakperandakan negerinya, Perancis tidak akan berubah.

"Para bertamadun itu boleh menyerang kami, tapi jiwa Perancis tidak akan berubah. Pengganas tidak boleh menghancurkan Republik (Perancis). Tapi Republik boleh menghancurkan keganasan," ujar Hollande. (IH / GUARDIAN)

1 comment:

Anonymous said...

Keluarga mana yg tak marah bila sanak saudaranya terbunuh dlm pengeboman sebelum2nya. Mereka tidak berdosa. Mereka orang awam. Tetapi dibunuh. Jadi jgn salahkan mereka2 yg ingin membalas dendam. Jika mereka bisa membunuh org awam tanpa rasa bersalah dlm pengeboman itu, maka adalah tidak salah juga org awam di Perancis itu juga menjadi sasaran. Mereka tidak akan membunuh jika tidak kerana ketiadakadilan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails