Tuesday, November 03, 2015

Setahun Peraturan Alkohol Di Sydney, Kes Kecederaan Menurun.

Pamabuk yang ditangkap polis Australia..

12 bulan sejak undang-undang alkohol atau minuman Keras yang baru dikuatkuasakan di pusat bandar Sydney, berlaku penurunan jumlah kes kecederaan berkaitan pengambilan alcohol, demikian laporan terbaru.

Penurunan yang dicatatkan dari dari data rumah sakit ini mencapai 25 peratus, kutip laman Radio ABC.

Peraturan alkohol telah dilaksanakan tepat 12 bulan lalu di pusat bandar Sydney, terutama di jalanan kawasan Kings Cross, Darlinghurst, Cockle Bay, the Rocks dan Haymarket. Dari data yang ada tercatat ada jumlah penurunan kes keganasan dan insiden berkaitan alkohol.

Tidak hanya itu, para petugas unit gawat darurat mengatakan ada sedikit bukti yang menunjukkan pengurangan kekerasan akibat alkohol, selepas pelaksanaan undang-undang yang baru.

Undang-undang alkohol yang diterapkan di bandar Sydney pada bulan Febuari 2014 menyebutkan mereka yang telah keluar dari bar pada pukul 01:30 pagi dilarang masuk kembali ke bar mana pun.

Tak hanya itu kedai-kedai minuman harus tutup selepas jam 10 malam. Dan semua pub, bar, kelab malam tidak boleh menghidangkan alkohol selepas pukul 3 pagi.

"Hal ini telah menunjukkan adanya penurunan sepanjang minggu, tapi penurunan paling ketara adalah selama akhir pekan," kata Profesor Gordian Fulde, Pengarah Unit Gawat Darurat dari Rumah Sakit St Vincent.

"Jumlah alkohol tertinggi berlaku hari Jumaat malam sampai Minggu pagi. Dan data dari mereka yang menderita luka-luka akibat alkohol telah menunjukkan penuruan hingga 25 peratus di akhir pekan. "
Tapi rupanya peraturan yang dikenal dengan istilah 'Lockout Laws' ini tidak menyelesaikan masalah pengambilan alkohol di kawasan pinggir bandar Sydney.

Sejumlah data dari rumah sakit dan polis menunjukkan tidak ada peningkatan luka parah dalam setahun sejak peraturan dikuatkuasakan.

Walaupun adanya jumlah penuruan, Profesor Fulde mengatakan belum ada kepastian sama ada peraturan perlu dikuatkuasakan juga di pinggir bandar Sydney dan kawasan lain di negara bahagian New South Wales.

"Bandar-bandar kecil lain mungkin punya masalah, tetapi tidak bermakna satu peraturan ini boleh menyelesaikan seluruh masalah," jelasnya.

Data yang telah diterbitkan di jurnal kesihatan, Medical Journal of Australia.

Australia mengakui, tahap kejahatan yang marak di Negeri Kanguru itu berkaitan dengan peningkatan penggunaan alkohol.

Penyelidikan bulan April 2015 yang dilakukan, penyelidik dari Universiti Flinders, Andrew Groves di Adelaide belum lama ini mendapati tahap jenayah di Australia berkaitan dengan pengambilan alkohol.

"Ini merupakan penyelidikan yang sangat baru, pada beberapa hal ini memberikan dasar mengingat hingga kini sangat sedikit kajian di seluruh dunia yang berkaitan dengan penyembuhan diri sendiri oleh mangsa jenayah," katanya yang dipetik laman Radio ABC.

Sebelumnya, Persatuan Perubatan Australia (AMA), pernah menggelar pertemuan peringkat nasional yang membincangkan soal alkohol selama dua hari dalam bulan Oktober tahun lalu di Canberra untuk mencari jalan keluar soal masalah berkaitan alkohol.

National Alkohol Summit yang digelar dengan menghadirkan wakil kerajaan, petinggi komuniti, ahli kesihatan dan perubatan, kepolosian, serta keluarga mangsa jenayah akibat alkohol melihat kesan buruk daripada pengambilan alkohol. (IH)

Kemen Weblog Ibnu Hasyim: Kerana itulah hikmahnya Islam mengharamkan arak. Cuma negara umat Islam yang bukan berpelembagaan Islam saja yang tak mahu ambil iktibar.



Peluang kerja di Australia, sekarang!
Hubungi..
IBNU HASYIM/Muaz Jabal - 014 2225865


Lihat keseluruhan kerja di Australia...
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

2 comments:

Anonymous said...


Setahun Peraturan Alkohol Di Sydney, Kes Kecederaan Menurun. Itulah kejayaan negara kafir. Mengapa pemimpin-pemimpin sekular di negara ini seolah-olah membiarkan remaja dan pemuda dan pemudi dan orang tua bebas meneguk arak, menghisap rokok dan vape dan berjudi dan melanggan ayam-ayam lokal dan import yang mempunyai pelbagai kuman dan virus sperti HIV?

Adakah cukai arak, hiburan, rokok, vape dan judi lebih penting dari keselamatan, kesejahteraan, kesihatan dan masa depan rakyat negara ini?

Anonymous said...

PERINGATAN UNTUK SEMUA MANUSIA


Rasulullah s.a.w bersabda:

“Allah melaknat arak, peminumnya, penghidangnya, penjualnya, membelinya, pemerahnya, meminta agar ia diperah, pembawanya dan orang yang ia dibawa kepadanya” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

Semua yang terlibat dengan aktiviti arak dinasihatkan menghentikan aktiviti arak mereka dan bertaubat sebelum terlambat. Sebenarnya mereka tidak tahu bila roh mereka akan dicabut oleh malaikat maut ! Sesungguhnya taubat ketika sakaratul maut tidak diterima Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails