Friday, November 06, 2015

Sokong Kenyataan ADUN DAP Pertahan Pas Supaya Kekal Di S'gor.


KL: WEBLOG Ibnu Hasyim menyokong kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP mempertahan Pas supaya kekal dalam kerajaan negeri Selangor.

"Saya setuju dengaan wakilnya, Datuk Teng Chang Khim yang menyebutkan, permintaan supaya parti Islam itu disingkirkan dari kerajaan negeri bukan isu yang besar kerana kenyataan itu tidak mewakili pimpinan DAP Pusat." Kata editornya Dr Hj Mohd Hashim.

“Apa lagi bila Datuk Teng mengatakan, hal itu adalah pandangan perwakilan dan tidak mencerminkan pandangan kepimpinan pusat dan kepimpinan DAP Selangor.” Kata Dr Hj Mohd Hasyim lagi.

Datuk Teng Chang Khim yang berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Negeri Selangor pada Khamis semalam juga menambah tidak ada sebab untuk Pas disingkirkan daripada kerajaan Selangor kerana ketiga-tiga parti (Pas, DAP, PKR) terikat dengan manifesto dan janji (Pakatan Rakyat) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Tambah  Datuk Teng lagi,

“Semua pihak perlu matang dalam berpolitik menggunakan pendekatan pragmatik.
“Sekarang, mandat itu masih dengan kita, melainkan kita mahu bertindak secara tidak bertanggungjawab dengan membubarkan dewan.
“Saya yakin, rakyat juga tidak berhasrat untuk melihat dewan ini dibubarkan.” 

Mengulas lanjut, Chang Khim juga mengesahkan pentadbiran kerajaan Selangor gabungan Pas, DAP dan PKR ketika ini masih dalam keadaan baik, malah keadaan politik negeri juga stabil.
(IH/FMT)

2 comments:

Anonymous said...


Malangnya sifu-sifu roket berfikiran sempit seperti katak di bawah tempurong kerana mereka memusuhi parti Islam PAS kerana parti Islam mahu melaksanakan hukum Allah di negara ini dan mereka juga mahu menghapuskan keistimewaan orang melayu sebagai penduduk asal (bumiputera) negara ini maka wajarlah semua orang Islam memulaukan (boycott) roket ini yang menentang hukum Allah.

Macai-macai liberal mengaku beragama Islam tetapi pada masa yang sama mereka menyokong roket menentang perlaksaan hukum Allah di negara ini. Bukankah ini satu bentuk kemunafikan?

Anonymous said...

Kelantan pn munafik. Bila nk laksana hudud? Dah 25 thn perintah. Mana hudud. Sembang je. Haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails