PETALING JAYA - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menerima tamparan apabila DAP Selangor memberi kata dua untuk memecat wakil rakyat Pas dari pentadbirannya.
Ini berikutan seorang perwakilan pimpinan tertinggi parti itu memberi tempoh memecat wakil rakyat Pas daripada Kerajaan Selangor atau DAP sendiri akan keluar dari pentadbiran kerajaan negeri itu.
Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong berkata, Pas sudah memungkiri janji dalam Pakatan Harapan dan mahu pimpinan tertinggi DAP memberi tempoh kepada Mohamed Azmin untuk pecat wakil rakyat Pas atau DAP keluar dari pentadbiran kerajaan negeri.
.
"Sekiranya Azmin gagal memecat wakil rakyat Pas Selangor, pimpinan DAP harus tidak teragak-agak keluar daripada Kerajaan Selangor.
"Bagaimanapun terpulang kepada pimpinan tertinggi DAP menetapkan tempoh masa kepada Azmin, tetapi ia harus dilaksanakan dengan segera," katanya semasa sesi bahas dalam Konvensyen Tahunan Negeri Selangor 2015 di Petaling Jaya, hari ini.
Dalam pada itu, DAP Selangor mendapat sokongan penuh daripada Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berhubung keputusan parti itu yang mahu bertanding merebut kerusi Pas pada PRU14.
Keputusan berkenaan diambil setelah mengambil kira kedudukan DAP yang masih bersama dalam pentadbiran Kerajaan Selangor untuk meneruskan perjuangan Pakatan harapan
Guan Eng berkata, tanpa DAP, Pakatan Harapan tidak boleh dilaksanakan, sebab itu DAP kena ada dalam Selangor.
"Kita kena pastikan beberapa dasar yang dibuat memihak kepada rakyat Selangor,” katanya
Kelmarin media melaporkan, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengumumkan persiapan meletakkan calon dan bertanding di lapan kerusi Dun di Selangor yang kini dipegang oleh wakil rakyat Pas.
Lapan kawasan itu Dun itu adalah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat (SH)
2 comments:
Yang amat jelas ialah Parti DAPig adalah parti perkauman yang mementingkan kaum sifu Penang mali. Pemimpin Malayu kalah teruk dalam pemilihan parti DAPig di Slgor kerana sikap perkauman DAPig. Pemimpin Imdia menang di tempat pertama tetapi dinafikan hak untuk menjadi pengerusi DAPig Slgor kerana sikap perkauman DAPig yang mementingkan kaum sifu sahaja.
Maka jelaslah DAPig memperalatkan kaum-kaum lain untuk menjadi barua, macai dan balaci DAPig. Kesian pemimpin bodoh parti Kuali Imayam PutuMayam kerana membirkan diri mereka diperkudakan oleh DAPig untuk memusnahkan parti Islam.
Berserabut betul dgn org jual togel ni.kita bincang masalah penting dia dok sibuk buat kerja haram.apa nak jd dgn org indonesia ni sudah tak kenal halal haram ke.tak apa sekarang masa mat min dan pas kena tampar nanti sampai lah masa mereka pula yg rasa penangannya.bg fliying kick sekali biar terus mampus
Post a Comment