Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengakui wujud masalah dalaman partinya dengan PKR mutakhir ini.
“Kami ada sedikit masalah, itu biasa. Walaupun ada masalah, saya percaya dan yakin Pakatan Harapan akan terus kekal berbanding Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu program solidariti bersama Lim Kit Siang dan Pakatan Harapan di Alor Setar, Kedah semalam.
Dalam program itu, Lim turut melawat Pasar Koboi di Alor Setar, kira-kira jam 9 pagi dengan diiringi Penolong Setiausaha Kebangsaan Wanita DAP, Young Syefura Othman; Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew dan Pengerusi Parti Amanah Negara Kedah, Dr Ismail Salleh.
Tiada wakil PKR yang hadir bersama program Lim itu.
“Mereka tidak hadir bukan sebab masalah komunikasi tetapi wakil PKR hadiri sidang Parlimen. Mereka akan hadir program ceramah pada waktu malam.
“Program anjuran Pakatan Harapan ini adalah bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kita kuat dan sentiasa bersama untuk lebih berjaya dalam PRU14,” katanya.
Menurut Lim, penubuhan Pakatan Harapan adalah sebagai persiapan awal membentuk gabungan lebih mantap untuk menghadapi pilihan raya selepas PR terbubar.
“Pakatan Rakyat hancur kerana PAS tidak mahu ikut dasar-dasar bersama dan prinsip konsenses yang kita persetujui.
“Kita yakin Pakatan Harapan boleh mengisi kekosongan politik yang ada khasnya selepas pilihan raya untuk menggantikan BN,” katanya lagi.
Mengulas ketidakhadiran Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam majlis pelancaran Pakatan Harapan peringkat negeri Perlis baru-baru ini, Lim mengakui berlaku sedikit masalah.
“Saya rasa itu hanya disebabkan masalah komunikasi, tiada sebab lain,” katanya lagi

ReplyDeleteTerdapat sebilangan kecil orang-orang Melayu yang sanggup menjadi balaci untuk diperkudakan oleh sifu-sifu Roket penang mali dan gelang mali. Mereka ini sepatutnya tidak boleh bersekongkol dengan parti roket yang menentang hukum Allah, mencemuh khutbah Jumaat dan dengki kepada hak keistimewaan orang Melayu. Bukankah ini membuktikan mereka telah menjadi pengkhianat kepada Islam dan bangsa mereka sendiri?