Saturday, November 07, 2015

Terserah Kepada Polis Jika Mahu Tahan Saya - Tun M

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melambai kepada pengamal media selepas diambil keterangan oleh sepasukan polis dari Unit Siasatan Terkelas. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kepada pihak polis sekiranya mereka mahu menangkap beliau. 

Perkara ini dinyatakannya ketika selepas beliau diambil keterangan oleh sepasukan polis dari Unit Siasatan Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, di pejabatnya di Yayasan Al-Bukhary di sini, pagi tadi. 

"Mereka bertanyakan soalan dan saya tidak jawab dan saya tidak tahu apakah sebab saya disiasat dan saya serah kepada mereka. 
"Saya juga menyerahkan segala keputusan kepada mereka sekiranya mereka menahan saya," katanya ketika ditemui media. 

Dr Mahathir turut menafikan khabar angin kononnya akan meninggalkan parti UMNO. Sementara itu, peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, berkata Dr Mahathir disoal berhubung beberapa perkara, termasuk kehadirannya dalam menyertai Perhimpunan BERSIH 4, di ibu negara hujung Ogos lalu. 

"Tun diwakili oleh tujuh peguam, tiga daripada mereka berada bersama-sama ketika beliau diambil keterangan. 
"Pihak polis diketuai Superintendan Azham Othman bersama dua pegawainya merakam percakapan beliau dari jam 11 pagi hingga 11.45 pagi," katanya. 

Mohamed Haniff berkata, Dr Mahathir memberi kerjasama penuh semasa keterangannya diambil namun mengambil pendekatan untuk tidak menjawab beberapa soalan selepas dinasihati peguamnya. (BH)




Lihat lagi..
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.

E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.

1 comment:

Anonymous said...


Mengapakah orang-orang seperti Tun Dr Mahathir perlu ditahan sedangkan mereka adalah orang-orang yang mendedahkan pecah amanah dan salah-guna kuasa? Sepatutnya mereka ini diberi penghormatan kerana keberanian mereka menegakkan kebenaran !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails