Saturday, November 14, 2015

Tragedi Berdarah Paris Babit 8 Penyerang 6 Lokasi

PARIS – Lebih ratusan maut dalam serangan-serangan yang dipercayai dilancarkan secara terselaras di Paris, termasuk serangan tembakan di sebuah konsert rok, dan serangan bom nekad berhampiran stadium negara.
Menurut polis, siri serangan berdarah dilancarkan di sekitar enam lokasi di ibu kota Perancis, yang baru sahaja pada Januari lalu dilanda beberapa serangan pengganas berasingan.
Lapan penyerang yang dipercayai anggota militan maut – tujuh daripada mereka mati akibat bahan letupan pada diri mereka, menurut sumber.
Serangan paling berdarah berlaku di dewan konsert Bataclan di timur Paris, di mana menurut polis, sekitar 100 orang dibunuh.
Lelaki berpakaian serba hitam membawa senapang AK-47 menyerbu dewan konsert dan melepaskan tembakan ke arah ratusan orang yang sedang menyaksikan konsert kugiran rock Amerika Syarikat, Eagles of Death Metal.
Para saksi mendakwa para penyerang melaungkan slogan-slogan keagamaan dan mengecam tindakan ketenteraan Perancis di Syria.
Empat penyerang terbunuh apabila polis menyerbu Bataclan, yang terletak hanya 200 meter dari bekas pejabat majalah biadap kontroversi Charlie Hebdo yang disasarkan pihak pengganas pada Januari lalu.
Tiga daripada mereka meletupkan diri mereka sendiri, dan seorang ditembak polis.
“Darah berlumuran dan mayat-mayat bergelimpangan di merata tempat. Kami dengar orang ramai terpekik-pekik ketakutan. Semua orang cuba melarikan diri.
“Mereka menahan 20 tebusan,” kata Pierre Janaszak, seorang penyampai radio yang berada di konsert itu dan menyembunyikan diri bersama orang lain di sana. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

Kita mesti tanya kenapa mereka bertindak demikian.
Pokok takkan bergoyang kalau tak da beruk yg goncang

Anonymous said...


'False Flag Operation' adalah operasi rahsia yang dirancang dan dilaksanakan untuk menipu orang ramai supaya mereka menyangka dan mempercayai bahawa serangan itu dilakukan oleh pihak lain bukan pihak sebenar yang telah merancang dan melaksankan operasi atau serangan tersebut.

Contoh-contoh operasi false Flag:

(1) The Lavon Affair code named Operation Susannah:

Dalam tahun 1954, tentera pengganas Israel (IDF) menggunakan orang-orang Yahudi Mesir untuk menyamar sebagai ahli-ahli Ikhwan Muslimin dan menyerang dan mengebom kepentingan-kepentingan Amerika Syarikat(AS) dan British di Mesir supaya kerajaan AS dan British bersimpati dengan Israel dan memusuhi Mesir dan Israel berharap operasi Israel ini akan menyebabkan tentera British akan menduduki Terusan Suez dalam tempoh jangka masa yang lebih lama.

Beberapa agen Israei dan Yahudi Mesir telah berjaya ditangkap. Yosef Carmon dan Meir Max Bineth telah membunuh diri dalam penjara. Moshe Marzouk and Shmuel Azar dihukum mati. Agen-agen Israel dan Yahudi Mesir lain telah dipenjarakan.

(2)Serangan 11 September 2001

9-11 adalah false flag operation yang dirancang dan dilaksanakan oleh Israel ke atas negara Amerika Syarikat (AS) menyebabkan orang ramai di seluruh dunia menyangka dan mempercayai serangan 9-11 itu dilakukan oleh orang Islam.

Sebenarnya Serangan 11 September 2001 dilaksanakan oleh Israel dengan kerjasama kerajaan AS supaya semua rakyat AS dan Eropah dan sekutu mereka menyokong penuh tindakan kerajaan AS dan NATO menyerang, memusnahkan dan menjajah Iraq, Afghanistan dll untuk melindungi Israel dan merompak pelbagai sumber-sumber asli seperti minyak di negara Timur Tengah (Middle East), menindas, menyiksa, merogol dan membunuh berjuta-juta orang awam Islam yang tidak bersalah dan menubuhkan kerajaan boneka yang menjadi talibarut AS, Israel dan NATO.

Serangan ke atas Perancis adalah disyaki operasi false flag pihak Israel semasa pelarian Islam membanjiri Eropah dan negara Eropah bersimpati dengan negara Palestin.

Orang-orang Islam mestilah berhati-hati dengan tipu helah, muslihat dan propaganda musuh-musuh Islam yang cuba melaga-lagakan orang kafir dengan orang Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails