Wednesday, November 18, 2015

Tutup Masjid, Cadang B/Calon Presiden AS & PM Perancis.

Bakal calon presiden AS dari Partai Republik, Donald Trump. 

Musibah pembunuhan beramai-ramai di Paris hari Jumaat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 129 orang mulai memberi kesan pada kaum Muslim. Beberapa ahli politik dan pemimpin Eropah merancang menutup masjid. Di antaranya cadangan datang dari Donald Trump dan Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls.

Bakal calon presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Republik, Donald Trump, hari Isnin, berkata, AS perlu "benar-benar melakukan pertimbangan" untuk menutup sejumlah masjid sebagai sebahagian daripada usaha mencegah serangan garis keras di negara itu.

"Kita perlu mengawasi dan meneliti masjid-masjid itu, kerana banyak perbincangan berlaku di tempat-tempat itu," kata Trump dipetik stesen televisyen MSNBC.

Sementara itu, Perdana Menteri Perancis Manuel Valls mengatakan, Isnin, masjid-masjid dan kelompok radikal yang menyerang nilai-nilai negaranya perlu ditutup.

Ditanya lagi sama ada penutupan masjid itu bakal melanggar kebebasan beragama, Trump punya jawapan tersendiri. 

"Aku tidak suka lakukan hal itu. Tapi ini adalah sesuatu yang perlu benar-benar dipertimbangkan. Kerana beberapa idea kebencian dan paham radikal datang dari tempat-tempat itu, "

Atas komen Trump, komuniti Muslim di Amerika pun mengaku dan naik berang. Mereka begitu kecewa bagaimana mungkin calon calon Presiden Parti Republik boleh memberi pendapat yang makin menguatkan ketakutan awam atas agama Islam itu. Namun senada dengan Trump, Peter King, calon-calon lain calon Presiden Parti Republik juga memberikan komen yang tak kalah pedasnya.

"Trump bercakap sebelum dia tahu apa yang dia omongkan. Aku juga sudah mendapat kritikan dari komuniti Muslim. Tapi sebenarnya adalah tak mungkin untuk menutup masjid-masjid. Kita punya masalah di negeri ini dan itu adalah Muslim. Kamu tahu, Presiden kita salah satunya, "ungkap King tanpa menyedari bahawa Presiden Obama beragama non Muslim.

Bakal calon presiden Amerika Syarikat dari Parti Republik, Donald Trump, dikenal kerap mengeluarkan kenyataan kontroversi.

Sejak awal mencalonkan diri sebagai calon-calon dari Parti Republik, ia kerap melontarkan komen keras berkaitan persoalan pendatang, hingga akhirnya ia sukar tackle suara dari kumpulan minoriti, termasuk pada kaum Muslim. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pemimpin-pemimpin Barat dan Eropah masa kini perlu sedar, merekalah yang memulakan perang dengan Islam, memulakan perang 'hina agama Islam'... inilah lanjutan dan akibatnya.

Sanggupkah mereka tarik balik penciptaan Islampobia di Eropah? Itulah sebenarnya kunci perdamaian.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

2 comments:

  1. Sebenarnya pemimpin Barat (AS dan Eropah) adalah munafik-munafik yang berpura-pura menghormati kebebasan beragama dan pada masa yang sama mereka membenarkan dan menyokong pelampau-pelampau Zionis Yahudi dan Kristian menfitnah dan menghina Allah dan RasulNya, Islam dan orang Islam secara terbuka. Sebagai contoh: Salman Rushdie telah menulis Satanic Verses untuk menghina dan menfitnah Islam dan orang Islam. Tanpa merasa segan dan malu, kerajaan Barat telah melindungi syaitan ini. Bahkan Queen Elizabeth II telah menganugerah ' Knight Bachelor ' kepada syaitan ini.

    Bahkan pemimpin-pemimpin Barat bersubahat dengan rejim Israel dan Mossad melaksanakan berbagai operasi 'false flag' untuk membunuh rakyat kafir dan rakyat Islam dan memusnahkan sasaran awam dalam negara Barat dimana media massa Zionis dan pemimpin kerajaan Barat akan menfitnah orang Islam sebagai dalang serangan dan pengganas. False flag operations ini dijadikan alasan untuk negara Barat menyerang negara umat Islam.

    Al-Qaeda dan ISIS telah ditubuhkan, dilatih dan disokong oleh Amerika Syarikat, NATO dan Israel untuk melemahkan negara umat Islam dan Al-Qaeda dan ISIS dijadikan alasan oleh negara Barat dan Israel untuk menyerang dan menjajah negara umat Islam seperti Iraq, Afghanistan, Somalia, Libya dll. Bahkan tentera ISIS yang cedera dalam pertempuran menentang pejuang Islam tulen telah diberi rawatan perubatan percuma dalam Israel oleh rejim Israel dan dibenarkan menyertai semula pertempuran sebaik sahaja tentera ISIS sembuh dan sihat..

    The ISIS Islamic Terrorists are Supported by the US, Israel and Saudi Arabia
    http://www.globalresearch.ca/the-isis-islamic-terrorists-are-supported-by-the-us-israel-and-saudi-arabia/5396171

    Contoh operasi flase flag yang dilaksanakan oleh rejim Israel dengan kerjasama atau tanpa kerjasama kerajaan Barat untuk menfitnah orang Islam:

    Serangan 11 September (USA), January 2015 Île-de-France attacks (Peranchis) 7-9 January 2015, November 2015 Paris attacks 13-14 November 2015, 2005 7 July, The 7 July 2005 London bombings dll

    ReplyDelete

  2. Serangan negara Amerika Syarikat, NATO dan Israel ke atas agama Islam, orang Islam dan negara umat Islam pada zaman ini adalah lanjutan dari Perang Salib yang bermula pada tahun 1096 hasil hasutan jahat Pope Urban II dan kuncu-kuncunya seperti Peter the Hermit dan gereja Kristian.

    Hasilnya ialah penindasan ke atas orang Islam yang berada di negara Barat dan serangan dan penjajahan berterusan ke atas umat Islam dan negara umat Islam oleh negara-negara Kristian yang dikawal oleh pemimpin-pemimpin Zionis Yahudi.

    Yang paling beruntung ialah Yahudi Zionis dan rejim Israel yang menjadi batu api menghasut orang Kristian menyerang orang Islam untuk melindungi negara pengganas Israel.

    ReplyDelete