Monday, November 09, 2015

Untuk Perhatian DAP, PAN, PKR. Perlukah Jawab Ini?


SEBUAH blog membuat kenyataan pagi ini, apakah perlu dijawab oleh puak-puak terbabit, atau dibiarkan sepi begitu saja?  Ini isi kenyataannya..

11 rancangan DAP menjelang PRU ke 14
1. DAP akan tentang PAS dalam apa sahaja yg ada kaitan dengan Islam
2. DAP akan tentang orang Islam mahu beramal dgn ajaran Islam termasuk hudud
3. DAP jadikan PAN boneka DAP, sponsor program PAN supaya PAN menjadi perisai dan peluru DAP (projek melayu Islam gaduh dgn melayu Islam)
4. DAP sudah jadi anti-Islam secara terbuka
5. DAP akan gunakan PKR sebagai batu loncatan untuk kuasai Parlimen (PKR lemah dan tidak dominan dalam Pakatan Harapan, serta akan tunduk keada tekanan DAP selepas PRU 14)
6. DAP akan gunakan PAN sebagai “penyambung galah” kpd DAP untuk mencapai sasaran mereka untuk kuasai Parlimen (PAN boneka DAP)
7. DAP akan manipulasi sentimen kaum Tioghua untuk kaut ahli MCA dan ahli Gerakan bagi menyolong DAP dalam PRU 14 agar BN tumbang.
8 DAP percaya DAP dilihat oleh orang Tionghua Malaysia sebagai hero orang tionghua Malaysia dan MCA serta Gerakan tidak lagi dilihat pembela orang Tionghua…..
9. DAP tak mahu ahli MCA dan Gerakan masuk DAP beramai-ramai kerana bimbang dituduh parti rasis cina
10. DAP akam gunakan Melayu dalam DAP untuk kaburkan masyarakat Melayu Islam; dan DAP akan terus sasarkan tokoh2 Melayu untuk masuk DAP
11. DAP cuba tawan Sarawak dalam PRN (kerana Sarawak lebih stabil dari Sabah) untuk membantu Obama USA menjadikan Sarawak sebagai pangkalan tentera Amerika bagi berhadapan dengan dgn kuasa besar iaitu Cina, Amerika sudah pun masuk ke Laut Cina Selatan untuk provokasi Cina. DAP sokong TPPA di Malaysia kerana PAP Singapura sokong TPPA dan ramai orang Tionghua Malaysia Singapura adalah ahi perniagaan yang mendapat banyak keuntungan dari TPPA biarpun negara ini akan dikuasi oleh kuasa asing……DAP bakal gadai negara kepada kuasa besar. PANXXX akan sokong DAP 100% kerana sudah termakan budi $$$$$$$$ dan terpaksa bayar body.

Begitu bunyi kenyataan tersebut. Ini pula kenyataan Pakatan Harapan menyerang PAS, sebelumnya..

KENYATAAN MEDIA: MESYUARAT PERTAMA MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan yang dianggotai oleh Setiausaha Agung daripada setiap parti – PKR, DAP dan PAN telah bermesyuarat buat pertama kali pada hari ini di ibu pejabat KEADILAN.

Perkara ini menyambung tradisi dari amalan Pakatan Rakyat sebelum ini bahawa pentadbiran dan perjalanan harian Pakatan Harapan diuruskan melalui sebuah Majlis Setiausaha.

Mesyuarat pada hari ini telah membincangkan dan menetapkan perkara-perkara berikut:

1. Mesyuarat Majlis Presiden yang pertama pada hari Isnin, 19 Oktober 2015 jam 11.30 pagi di Parlimen. Majlis Presiden Pakatan Harapan adalah badan tertinggi yang dianggotai oleh pimpinan tertinggi dari setiap parti yang menentukan dasar dan hala tuju Pakatan Harapan. Mesyuarat pada hari ini membincangkan perkara-perkara yang akan diangkat dalam mesyuarat Majlis Presiden pada hari Isnin 19 Oktober 2015.

2. Penubuhan dan pelancaran Pakatan Harapan di setiap negeri. Jadual Jelajah Pakatan Harapan yang bertemakan #bebasrakyat #bebasAnwar akan dimuktamadkan dan diangkat untuk kelulusan Majlis Presiden minggu depan.

3. Persediaan awal ke arah merangka satu Perjanjian Pakatan (Coalition Agreement) dan Dasar Bersama (Common Policy Framework) yang bakal ditandatangani ketiga-tiga parti juga perkara melibatkan pembahagian kerusi DUN dan Parlimen. PAN akan bertanding menggantikan kerusi PAS untuk berhadapan dengan UMNO dan jumlah kerusi akan dikurangkan untuk diagih kepada DAP dan PKR yang akan meletakkan calon Melayu khasnya kerusi Parlimen. Rakyat juga harus diberitahu bahawa PAS bukan lagi bersama Pakatan Harapan.

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan yakin tanpa PAS akan menjadi sebuah pakatan yang lebih kukuh dan bergerak bersama akan meningkatkan tekanan terhadap Kerajaan BN.

MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN
15 OKTOBER 2015
YB Rafizi Ramli, Setiausaha Agung KEADILAN
YB Anthony Loke Siew Fook, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP
Haji Mohd Anuar Tahir, Setiausaha Agung PAN
VideoPakatan Harapan tertubuh tanpa PAS

(IH)

7 comments:

  1. PAN tu bukan calang2 orang. Yang nak sangat Tppa ni umno ke dap. Yang sentiasa bercakap ttng kelebihan tppa tu dap ke? Zaman sekarang, dah ramai bermaklumat.

    ReplyDelete
  2. Brader.. macamane nko handle blog bawak keluar statement ntah dari mane sumber. Tak pasal-pasal je nko kene saman karang. Makan tak abis le jawabnye.. Aku dah perasan lame, nko pro PAS.. Sayang sangat dengan Haji Hadi. Aku pun dulu sokong kuat PAS. tapi Tuhan kurniakan akal untuk kita menilai sendiri kebenaran dan kebathilan.

    Apa yang sdare viralkan dalam blog kali ni tak lebih daripada usaha nak menutup kelompangan dalam parti PAS yang didedahkan oleh HUSAM dan ramai lagi.

    Sdare, Haji Hadi walaupon dia digelar ulama, tuan guru dan bermacam lagi pangkat pujian, hakikatnya Haji Hadi bukan maksum! Terimalah hakikat bahawa Haji Hadi telah tersasar dalam tanggungjawabnya mengemudi parti PAS.

    ReplyDelete
  3. Tuan Haji

    1. Semua yang ditulis mengenai DAP, PAN adalah tuduhan tanpa buk5i. Ia hanya khayalan minda penulis. Takde hujah menyokong. Penulis terperangkap dalam dunia khayalan yang tidak berjejak di alam nyata. Realiti.

    2. Bayangkan, tuduhan penulis kepada pemimpin PAN amat jahat. Seolah-olah PAN dipimpin ol3h pesakit-pesakit mental di hospital tanjung rambutan. Sedang realitinya, mereka inilah yang menjadi j3mbatan yang m3nghubungkan ulamak yang m3mpunyai masaalah memahami waqi semasa dengan realiti politik seb3nar.

    L8hat sekarang bila jembatan ini sudah tiada dalam PAS sekarang. PAS dibaway kepimpinan ulamak 100% tercungap2, terkapai-kapai kel3masan untuk berpaut dengan realiti politik yang real di depan mata. Dulu sombong kerana ada j3mbatan ini, sekarang asyik tersesat dijalanan dan simpangsiur realpolitik sebenar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Haji

      Jika kita lihat sejarah perjuangan PAS, PAS menjadi kuat dan keindahan Islam itu nampak setelah 50 tahun lebih, apabila gabungan erat golongan ugama dan profesional dijalin menjadi satu ikatan padu dibawah kepimpinan AUFN dan ATNA.

      Malah PAS dibawah ATGNA memimpin DAP dalam PR. DAP akan merujuk kepada ATGNA dahulu jika mereka mahu membuat sebarang cadangan untuk PR. DAP dan PAS dibawah ATGNA bukan xde isu yang mereka saling tak setuju, yang paling besar ialah hudud, tapi ia tidak menghalang PAS dan DAP bekerjasama dalam pelbagai isu yang common interest yang jauh lebih banyak dari isu yang mereka berbeda pendapat. Kebanyakan isu2 yg menjadi common interest ini adalah dari ajaran Islam. Kebetulan isu2 i i juga menjadi isu2 utama DAP. Disinilah kita nampak kesyumulan Islam itu sendiri dalam b3ntuk praktikal. Universalnya ajaran Islam sehingga apa yang utama dalam Islam juga merupakan nilai murni utama bagi orang kafir.

      T3ngok perbezaan dengan kepimpinan HH dan geng yang memimpin menggunakan kepimpinan ulamak 100%. Imej Islam pun dah dijangkiti oleh ekstrisme, backward, outdated dan macam2 lagi. Itu hakikat yg kita perlu terima, suka xsuka itulah reality Islam dan PAS hari ini jika dibandingkan semasa dibawah kepimpinan AUFN dan ATGNA.. Kita tinggalkan isu ini dulu kerana ia memerlukan satu perbincangan khusus kerana panjang perbahasannya. Kita bangkitkan di lain kali.

      Kita tinggal isu remeh temeh untuk menjadi permainan budak2 walaun dgn budak2 jebon. Kita move to more serius subject. Saya terfikir apa kah hikmah Allah menunjukkan flashes of kekuatan PAS dan keindahan Islam dibawah kepimpinan AUFN dan ATGNA dulu. Apa pelajaran yang Allah mahu kita belajar?

      Sekarang Allah menunjukkan sisi PAS dan Islam bila ia dikuasai oleh satu pihak sahaja, bukan lagi gandingan ulama dan profesional yang dikat kuat oleh ikatan Islam dibawah kepimpinan AUFN dan ATGNA. Kita lihat secara PAS bercelaru, berpecah belah, lemah, pengaruh semakin hilang dsbnya. PAS sekarang nanar dan sering tersesat di dalam rimba politik moden hari ini.

      Kita tolak sikap taksub parti, samada taksub PAS ke taksub Amanah ke? Perhatikan apa yqng berlaku dizaman AUFN dan ATGNA dengan PAS s3karqng? Adakah Allah mahu mengajar kita sesuatu? Jadi, apakah pelajaran yang Allah mahu kita belajar dalam memlerjuangkan ugamaNya?

      Saya tinggal lersoalan ini disini. Saya amat berharap ade respon dari tuan haji. Apa respon dari tuan haji tetap merulakan satu percambahan fikir kerana kita berjuang untuk mencapai perkara yang sama - Redha Allah.

      Delete
  4. Akhir akhir ini Penyokong Pas yg kunun isle isle isle dah suka MENCARUT la. Mungkin akibat pengaruh buruk pemimpin mereka yg SUKAAAA Mentolol, SUKAAA menjebon dan SUKAAAAA membarua kan jemaah dan sesama insan

    Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

    ReplyDelete
  5. Statement ni ntah dari mana asalusulnya.Inilah dakwadakwi yg selalu dibawa oleh UmNOngok bila melibatkan kaum cina. Pak Hasyim dah kena penyakit berukgila dan anjing2gila yg suka menyalak ditepi bukit kerana betinanya terlepas lari di balik bukit.Kalau tak suka dgn PAN kerana mabuk baiah dhn parti lebai malang janganlah buat
    rajin reka fitnah membakar api perkauman melayu-cina. Ada lagi Melayu Penang yg buduhsombong seperti Pascai Penang. 1 kerusi tapi masih dok menyibuk dgn kerajaan negeri yg dah jadi PAKATANHARAPAN. kesiann pak hashim...harap2 esok pak hashim jangan dok buduhh lagi..

    ReplyDelete
  6. PAK ANU HASYING INI SEMAKIN MELALUT LEPAS KENA TAMBAH DOS FHIL KHOYAL.....
    CAKAP TAH APA2.....


    SABOR JEE...LAHHHHH....
    DGN PENGIKUT TEGAR H.HADI....
    SAYA JUGA AHLI PAS TUMPAT KELANTAN TAPI MAKIN TERHAKIS KEPERCAYAAN KPD PAS TERUTAMA DI ERA KEPIMPINAN TG H.HADI...

    TAKBIR...3X

    ReplyDelete