Tuesday, November 03, 2015

Vape: Pandangan Wanita Hindu Ini Terhadap Islam..

PENGGUNA
INI pandangan seorang individu bukan Islam terhadap seorang muslim yang menghisap vape Seorang pengguna Twitter memuat naik satu keratan status FB yang memaparkan pandangan & nasihat rakannya; seorang wanita beragama Hindu; tentang muslim yang menghisap vape. 

Apa yang ditekankan oleh wanita berkenaan adalah tentang isu halal dan haram serta bagaimana dia sebagai seorang bukan Islam sedaya upaya cuba menghormati seorang muslim dalam isu halal dan haram.

Status penuh yang sudah dialih bahasa

Sebagai seorang yang beragama Hindu, saya cuba sedaya upaya untuk pastikan makanan yang dihidangkan di rumah untuk rakan-rakan muslim saya adalah halal (ya, termasuk memastikan perkakasan dapur untuk menyediakan makanan tidak tercemar). Dalam agama saya, ianya satu dosa untuk memberi makanan tidak halal kepada orang muslim sama seperti memberi makan daging kepada seorang vegetarian.

Jadi bagi saya, apabila fatwa mengatakan "rokok" & "vape" adalah haram... saya lihat mereka pada kategori yang sama bagi dadah, alkohol, daging khinzir, makanan kotor, daging yang tidak disembelih dan haiwan dua alam.

Apabila seorang muslim menghisap rokok atau meminum arak atau makan daging khinzir, saya masih lagi boleh menghormatinya sebagai seorang individu tapi tidak sebagai seorang muslim.

Beberapa tahun lepas, saya cuba untuk tapau sebungkus mee goreng 'halal' untuk seorang rakan muslim di sg long. Saya tanya peniaga adakah ia bebas dari daging khinzir, alkohol dan adakah ayam itu dari pembekal muslim yang halal. Peniaga Cina tua itu menjawab "haiya, itu lokok dalam dia minum. Babi halam sama mah. Apa lu susah melayu tada kisah punya".

Sekarang dengan vape... ingat sebagai seorang muslim, kamu sedang menerapkan satu contoh.

Bukan muslim yang membaca artikel tentang vape itu haram disisi Islam tidak akan menghormati kamu bila kamu menghisap vape. 

Jika kamu mahu orang bukan Islam untuk "cakna" tentang kehalalan makanan kamu, tunjukkan dahulu yang kamu menghormati kehalalan makanan kamu terlebih dahulu. (IH)

IRSYAD FATWA KE-63: HUKUM PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK / VAPOR

Mufti Wilayah Persekutuan
Hukum
Berdasarkan daripada kenyataan di atas dan juga nas yang dinyatakan maka kami berpendapat bahawa penggunaan rokok elektronik juga hukumnya adalah HARAM. Ini kerana seperti yang kami‘illahkan atau nyatakan sebab terhadap hukum merokok terpakai untuk isu rokok elektronik ini bahkan kami nyatakan sekali lagi beberapa alasan antaranya:
  • Qiyas kepada rokok sebenar[9].
  • Kenyataan pakar menunjukkan ia mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok itu sendiri. Ini merupakan asas pertimbangan yang amat kuat kerana mafsadahnya tidak boleh disangkal lagi serta mudaratnya telah diperakui oleh pakar dan badan-badan berautoriti.
  • Pembaziran yang berlaku samaada pada alat vape itu sendiri mahupun bahan cecair yang menjadi hisapannya. Dikatakan bahawa harga alat tersebut berharga sekitar ratusan ringgit dan abgi sesetengah jenis, ianya mampu mencecah hingga ribuan ringgit.
  • Meniru budaya yang bukan Islam.
  • Dilihat tidak bermaruah.
  • Sad al-Zari’ah (menutup jalan menuju kerosakan). Pihak polis kini sedang menggiatkan tinjauan dan siasatan terhadap lokasi-lokasi yang dikesan cuba mengadun sendiri perisa ganja dan ketum bagi memenuhi permintaan segelintir pengguna rokok elektronik[10]. Laporan dari pihak berkuasa juga menunjukkan bahawa penggunaan dadah sintetik dikalangan remaja sedang meningkat dan ini akan lebih memburukkan keadaan jika penggunaan rokok elektronik juga terdapat unsur-unsur dadah didalamnya.[11]. Langkah-langkah pencegahan perlulah dilakukan agar masalah ini tidak membarah dikalangan masyarakat Malaysia terutamanya buat para remaja.
Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah mengharamkan penggunaan rokok elektronik melalui fatwanya[12]. Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, keputusan itu diputuskan dengan mengguna pakai hukum menghisap shisha yang telah difatwakan sebelum ini[13]. Tambah beliau lagi, apabila telah cukup dapatan iaitu yang pertama membahayakan, kedua ianya membazir dan ketiga memudaratkan daripada segi kesihatan, maka apabila perakuan-perakuan ini sama, maka kita mengatakannya haram.
Terdapatnya fatwa ulama’ yang menyokong tentang pengharaman rokok elektronik ini. Justeru, kami berpendapat seperti itu juga dengan alasan yang diberikan di atas. Untuk ulasan pengharaman, sila rujuk Bayan Linnas Siri-18[14].
Fatwa Ulama’& Pendapat Ilmuan Islam
Kami nyatakan di sini fatwa yang dikeluarkan menyatakan hukumnya sama seperti hukum rokok biasa. Justeru, hukumnya adalah HARAM[15].
  • Sheikh Muhammad Saalih al-Munajjid di dalam jawapan beliau terhadap isu penggunaan rokok elektronik mengatakan bahawa rokok elektronik hukumnya adalah sama seperti rokok tradisional iaitu haram. Padanya tidak ada kebaikan bagi mereka-mereka yang ingin cuba meninggalkan amalan menghisap rokok beralih dari rokok tradisional kepada rokok elektronik kerana mudaratnya juga sama seperti rokok biasa berdasarkan laporan dari pakar[16].
  • Sheikh Uthman al-Khamis juga berpendapat bahawa rokok elektronik adalah haram kerana ianya memudaratkan[17]. Setiap yang memudharatkan, maka Islam terlebih dahulu akan menolaknya demi menjaga maslahah sekalian umat.
(Lanjutnya sila rujuk: http://www.muftiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=465:irsyad-fatwa-ke-63-hukum-penggunaan-rokok-elektronik-vapor&catid=48&Itemid=333


Lihat sebelum ini..

2 comments:

xairlinepilot said...

Assalamualaikum pak hj hashim,

Sy dpt tahu ada menteri di malaysia yg sokong Vape.... mcmna tu? Disini pun bersepah shisha, pak arab lg tu. Pening2....

xairlinepilot said...

Assalamualaikum pak hj hashim,

Sy dpt tahu ada menteri di malaysia yg sokong Vape.... mcmna tu? Disini pun bersepah shisha, pak arab lg tu. Pening2....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails