Tuesday, November 17, 2015

Video Ini Buktikan AS Latih ISIS?

Latihan ISIS pakai khemah US. © 2015 youtube.com

SEBUAH video di laman perkongsian video Youtube memperlihatkan adegan para militan kumpulan yang digelar 'keganasan' Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) latihan setiap harinya. Namun ada yang janggal dari video tersebut, di mana ada tulisan 'US' di khemah para militan.

Tulisan ini terlihat jelas dalam adegan awal latihan para militan. Tentunya kita bertanya apa kepentingan Amerika Syarikat dengan ISIS?

Sebuah laman web berita, globalresearch.ca mengatakan ISIS merupakan buatan AS itu, sama dengan kumpulan keganasan lain, Al-Qaeda.

"Sama seperti Al-Qaeda, ISIS dibuat AS. Instrumen keganasan yang dirancang untuk membahagi dan menakluk minyak di Timur Tengah dan untuk melawan pengaruh Iran tumbuh di kawasan tersebut," seperti dikutip dari globalresearch.ca, Sabtu (14/11).

Laman web itu menyebut Badan Perisikan Pusat AS (CIA) yang pertama kali bersekutu dengan pelampau Islam selama era Perang Dingin. Ketika itu, AS melihat dunia dalam hal agak sederhana.

Saat itu, negara super power itu terlibat perang melawan Kesatuan Soviet. ISIS dibuat dengan nama berbeza dengan Al-Qaeda lantaran difokuskan untuk berada di Syria. Sementara saudaranya itu tertumpu di Iraq.

Video di tengah padang pasir ini seperti menjawab soalan atas isu yang beredar jika ISIS disokong oleh Amerika Syarikat. Dalam video memang hanya diperlihatkan bagaimana para militan berlatih.

Militan dilatih ketahanan tubuh di gurun pasir. Mereka ditendang, dipukul, diteriaki tab latihan tentera.

Video yang dimuat naik pada 13 Oktober 2014 ini, sudah dilihat lebih daripada satu juta penonton Youtube.

Berikut ini video di mana tulisan US ada di khemah ISIS.



1 comment:


  1. Terima kasih Tuan Ibnu Hasyim kerana mendedahkan ISIS sebagai balaci rejim Amerika Syarikat yang ditugaskan melaksanakan kerja-kerja kotor Amerika Syarikat. Semoga pemuda dan pemudi kita tidak menyertai ISIS !

    ReplyDelete