NEW YORK - Polis New York dan FBI pada Rabu (18/11) mengaku mengetahui beredarnya video baru ISIS mengandungi rencana serangan ke bandar berpopulasi ramai penduduk di Amerika Syarikat tersebut, layaknya yang terjadi Paris. Namun, kedua-dua badan tersebut mengatakan tidak ada ancaman tertentu.
"Beberapa adegan dalam video bukan rakaman baru. Video itu menegaskan mesej bahawa New York masih menjadi sasaran utama. Sementara tidak ada ancaman khusus terhadap bandar ini sekarang, kami akan tetap meningkatkan kewaspadaan," ujar wakil pesuruhjaya NYPD, Stephen Davis.
Sementara itu, FBI akan melakukan penyelidikan lebih lanjut berkaitan video tersebut. Video berdurasi enam minit tersebut memaparkan adegan seorang pelaku bom bunuh diri bersiap dan mengancing jaket kulitnya.
Namun, direktur SITE Intelligence Grou
Merujuk pada keterangan kumpulan pemantau militan, SITE Intelligence Group, video tersebut juga memperlihatkan beberapa keping gambar Times Square, persimpangan jalan di Midtown Manhattan yang terkenal di kalangan pelancong, dan pengebom bunuh diri memegang alat picu.
Video ini memang dilapor hanya berselang beberapa hari sejak rangkaian serangan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 120 orang melanda Paris pada Jumaat (13/11).
Insiden ini dianggap mengorek kembali luka lama warga New York berkaitan tragedi 11 September 2001, ketika kumpulan 'pengganas' merampas pesawat yang dihantamkan ke menara kembar World Trade Center. Lebih daripada 2,600 nyawa melayang dalam tragedi ini.
Namun, pengarah SITE Intelligence Group, Rita Katz, mengatakan, "Potongan gambar New York dalam video ISIS itu diambil dari video yang dikeluarkan oleh kumpulan itu pada April tahun ini. New York memang dan sudah pernah menjadi sasaran ISIS. Video ini seharusnya tidak menimbulkan panik , "kata Katz. -CNN
1 comment:
SITE Institute telah ditubuhkan dalam tahun 2002 oleh Rita Katz dan Josh Devon untuk menfitnah, memburuk-burukkan dan melabelkan orang Islam sebagai pengganas. Sebagai contoh, beberapa pertubuhan Islam dan pertubuhan kebajikan Islam telah menyaman Rita Katz kerana Rita Katz telah menfitnah pertubuhan Islam sebagai pertubuhan pengganas walaupun pertubuhan Islam tidak terlibat dengan sebarang jenayah (sumber: the New York Times reported September 23, 2004). SITE Institute menamatkan operasinya dalam tahun 2008 di mana sebahagian kakitangan SITE Institute menubuhkan SITE Intelligence Group.
SITE Intelligence Group adalah satu cawangan perisikan Mossad yang dipimpin oleh perisik Mossad yang bernama Rita Katz yang merupakan seorang perempuan Yahudi Zionis berasal dari Iraq yang pernah bertugas sebagai tentera pengganas IDF (Israeli Defense Forces). Bapanya adalah perisik Mossad Israel yang telah ditangkap dan dihukum mati di Iraq.
SITE Intelligence Group bertanggung-jawab menyebarkan propaganda jahat Israel untuk menfitnah dan memburuk-burukkan agama Islam dan orang Islam sebagai pengganas dan melaga-lagakan orang kafir dengan orang Islam. Berhati-hatilah dengan 'berita' dan 'maklumat' yang disebarkan oleh badan Zionis ini.
Middle East Media Research Institute (MEMRI) adalah pertubuhan Zionis yang menyebarkan dakyah Israel. MEMRI ditubuhkan dalam tahun 1988 oleh Yigal Carmon,bekas perisik tentera Israel dan and Meyrav Wurmser seorang Yahudi Israel.
Wahai orang-orang Islam berhati-hatilah dengan propaganda Israel yang disebarkan oleh SITE dan MEMRI !
Post a Comment