Sunday, November 22, 2015

Wow, Pramugari Cantik, Bertudung, Asal Malaysia Ini Jadi Sensasi..

radiah2
RIYADH, Radiah Binti Sarip, mungkin ramai yang tidak kenal, namun kemunculan pramugari ini menerusi laman Instagram baru-baru ini mencetuskan sensasi pengguna media sosial.
Gadis berusia 24 tahun yang kini berkhidmat dengan syarikat penerbangan kebangsaan Saudi Arabian Airlines itu mula terkenal kerana kecantikan rupa paras semula jadinya menjadi perbualan ramai netizen di seluruh dunia.
Graduan dari Universiti Malaysia Pahang ini khabarnya pernah bertugas sebagai model fesyen berhijab di negara kelahirannya, Malaysia namun kini dilaporkan menetap di Jeddah dekat sini demi tuntutan kerjayanya tersebut.
radiah1
Foto-foto dirinya lengkap bertudung dengan memiliki postur badan bertubuh tinggi benar-benar menjadi contoh kepada ramai remaja perempuan Muslim untuk ‘berhijrah’ mengenakan hijab sebagai gaya hidup wajib seharian.
Radiah sendiri terbukti menyerlahkan teladan apabila membuktikan kecantikan seseorang wanita bukan terletak pada keseksian pakaian yang mencolok mata lelaki, sebaliknya masih jelita waima dalam usaha memakai busana patuh Syariah.
Saudi Arabian Airlines sendiri malah terkenal di seluruh dunia sebagai antara syarikat udara komersial yang patuh Syariah selain Royal Brunei Airlines, Iran Air serta paling baharu, Rayani Air Malaysia.
Bila lagi syarikat penerbangan di Malaysia, negara umat Islam, ingin mengikut jejak-jejak murni tersebut, supaya dunia tahu, pakaian berasaskan Islam, tetap sesuai di segenap masa, suasana dan tempat. Hanya puak-puak bengong agama, otak dijajah saja yang masih tidak mahu faham keindahan Islam!  (IH) 

3 comments:

Anonymous said...


Jika Saudi Arabian Airlines, Royal Brunei Airlines, Iran Air serta paling baharu, Rayani Air Malaysia patuh Syariah, mengapa syarikat penerbangan dalam negara umat Islam tidak boleh? Bukankah orang tua telah berkata "Kalau mahu seribu daya kalau tak mahu seribu dalih"?

xairlinepilot said...

Menyesal la puls resigned SV....


hanimasra said...

kecantikan wanita..kurni Allah..terhadap hambanya..wajar dimanfaatkan mengikut syariat islam..namun indah lagi bidari syurga hinggakan kalau mereka muncul di muka bumi kita..akan pudarlah sinar surya..cantik di dunia hanya sementara..bila dah beranak dan usia meningkat..sedikit demi sedikit akan sirna..ditelan masa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails