Sunday, November 01, 2015

Zionis Cemas, Hamas Latih Kuasai Markas Zikim Dekat Israel?

Anggota pasukan Izzuddin al Qassam dalam perayaan 27 tahun Hamas

SEBUAH laman web milik Zionis-Israel, walla.co.il mendakwa bahawa sayap ketenteraan Gerakan Perlawanan Islam (Hamas), Brigade Izuddin Al-Qassam menayangkan sebuah video yang menceritakan tentang operasi menguasai markas Zikim milik tentera dekat Jalur Gaza.

Sebelumnya, markas milik Israel ini pernah deserang para pejuang Hamas melalui laut dalam pertempuran Ashful ma'kul (Dedaunan yang Dimakan Ulat). Dalam video itu muncul anggota Al-Qassam ketika sedang membuat latihan biasa (bukan operasi menguasai markas tentera).

Zionis berusaha menjejaki semua yang disebarkan dari latihan-latihan kumpulan perlawanan Palestin, khususnya latihan yang dilakukan oleh Brigade Al-Qassam, demikian dikutip PIC, Sabtu (31/10/2015).

Tidak lupa, Zionis memberinya judul-judul menyolok di media-media Israel, sebagai tanda jangkaan yang sangat kuat dan bentuk ketakutan penjajah terhadap perkembangan dan kemampuan pejuang Izuddin al Qassam di Jalur Gaza.

Keupayaan peluru berpandu

Sebelum ini, Hamas mengeluarkan kejayaan memproduk persenjataan buatan asli warganya yang dinilai makin berkembang.


Dikepung dan disekat, pejuang Palestin dimudahkan Allah menghasilkan peluru berpandu-peluru berpandu canggih [ilustrasi]


Radio berbahasa Ibrani di Israel melaporkan bahawa melihat sebuah pesawat tak berawak yang berasal dari Jalur Gaza memasuki wilayah Palestin yang diduduki. Mufakkiroh al-Islam, Isnin (14/7/2014).

Khabar terbaru menunjukkan, peluru berpandu asli buatan anak-anak Gaza dengan daya hancur dan daya lontar makin meningkat dan berkembang pesat, demikian kutip Hamas.ps, Senin (26/10/2015).

Pada Julai 2014, Zionis kembali dikejutkan dengan senjata-senjata terkini yang meluncur pada pertempuran Ashful ma'kul, tepat memperingati syahid nya Abdul Aziz Ar Rantisi, peluru berpandu terbaru dilancarkan dengan jarak jelajah mencapai 120 KM dan mampu menghentam Bandar Haifa.

Belakangan, Al-Qassam juga mengkhabarkan akan terus memberi kejutan pada Israel berkaitan beberapa kejayaan terbaru putra-putra Gaza. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

Gang PAN Kuali Imayam

Mat Sabu Putu Imayam Satuuuuuu

Mengapa Mat sabu dan Gengnya menyesal. Mereka menyesal kerana apa yang program tidak menjadi. Apatah lagi siri ceramah anjurannya tidak mendapat sambut menggalakan.




Memang.Begitulah bagi mereka yang duduk dalam parti baru. Lainlah ketika berada dalam pas. Bayangkan PAS adalah sebuah parti nombor dua di Malaysia ini.

PAN atau Amanah walaupun sudah lama ditubuhkan, tetapi parti cap cangkol itu tidak terkenal walaupun ada nama begitu lama.

Sambutan yang menggalakkan diberikan ahli PAS pada Mat Sabu bukan atas nama ia Mat Sabu. Tetapi atas nama parti Islam Semalaysia.

Lihat Ustaz Nahkaie Ahmad ketika masuk Umno. Pendek kata setiap ceramah anjuran umno sambutannya tidak sama macam dia berada dalam parti PAS.

Demikian juga dengan apa yang berlaku keatas Mat Sabu dan gengnya.Setakat hari ini Mt Sabu dan gengnya semacam teramat kesal dengan tindakan cabut lari dan tubuh parti lain.

Begitulah reality dalam arena politik di Negara satu Malaysia ini.Usah promosilah itu dan ini untuk raih rakyat jelata.Mereka tahu parti baru yang belum tahu fungsi itu tidak akan kemna pun.

Lebh lebih lagi rakyat jelata Negara satu Malaysia sudah lama mengenali Mat Sabu dan gengnya. Siapakah sebenarnya Mat Sabu dan gengnya.

Yang penulis Nampak, Mat Sabu dan gengnya gagal meraih sokongan rakyat jelata. Apatah lagi ahli pas yang sedia maklum mengenali peribadi sebenar dan geng ny

Anonymous said...


FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN ISRAEL

Rejim pengganas Israel dan tentera pengganas Israel IDF sedang menghadapi tentera Hamas yang amat menggerungkan tentera IDF berbanding dengan tentera Hamas yang bertempur dengan pengganas IDF sebelum ini kerana Tentera Hamas mempunyai :

(1) terowong-terowong yang membolehkan tentera Hamas memasuki negara haram Israel dan menyerang hendap pengganas Israel di dalam wilayah haram Israel sendiri. Tentera Hamas juga mampu menyerang semua sasaran yang berada dalam wilayah Gaza.

(2) taktik-taktik serang hendap yang canggih

(3) berbagai jenis peluru berpandu anti-kereta kebal. Tentera Hamas pernah memusnahkan 3 buah kereta kebal canggih Merkava milik Israel dalam tahun 2002 dan sebuah Merkava dalam tahun 2010. Beberapa kereta perisai pengangkut tentera(APC) IDF telah berjaya dimusnahkan dan sebilangan pengganas IDF terbunuh. Sebagai contoh, tentera Hamas berjaya memusnahkan sebuah APC IDF dan membunuh 7 pengganas IDF pada 20 Julai 2014.

(4) banyak roket-roket jarak jauh yang mampu memusnahkan sasaran jarak jauh.

(5) drone iaitu pesawat kawalan jauh yang mampu meninjau atau menyerang sasaran dalam wilayah haram Israel

Pengganas-pengganas veteran IDF berkata bahawa tentera Hamas sekarang adalah lebih hebat dari tentera Hamas tahun 2009 kerana tentera Hamas sekarang adalah lebih terlatih dan tersusun dan menggunakan berbagai taktik perang dan senjata yang pernah digunakan dalam peperangan bandar 2006 antara penggans IDF dan tentera Hezbollah di Lebanon. Dalam tahun 2006 tersebut, pengganas-pengganas IDF melarikan diri dari medan peperangan Lebanon ke israel kerana tentera Hezbollah berjaya membunuh ramai pengganas IDF.

Jika orang Islam seluruh dunia menyokong Hamas menentang rejim pengganas Israel, IDF boleh dikalahkan dengan mudah. Malangnya sebahagian pemimpin negara umat Islam menjadi barua rejim haram Israel dan Amerika Syarikat dan NATO.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails