MERUJUK kepada berita: PAS Diresapi Militan ISIS, Perlu Satu Kajian Seri...
... menyebutkan Mohamad Sabu mendedahkan di antara punca Parti Amanah Negara (Amanah) ditubuhkan kerana bekas partinya PAS sudah diresapi pemikiran Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).
Beliau yang juga presiden kepada Amanah menuntut agar siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan negara ke atas penyusupan pemikiran Isis yang menyebabkan suburnya budaya “takfiri” dalam PAS.
Sekurang-kurang 5 komen ini didedahkan oleh Blog OMAKKAU!!!! mengenai hal tersebut..
Satu:
Timbalan PAN cuba nak perbetulkan kenyataan Presiden PAN yang tuduh PAS sudah diresapi ideologi IS.
Ideilogi IS juga boleh meresap dalam PAN -Salahuddin.
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (PAN) tidak menolak kemungkinan ideologi militan Negara Islam (IS) boleh meresap ke dalam parti itu dan merosakkan pergerakan mereka.
Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub, berkata pihaknya khuatir dengan ideologi IS yang dilihat berkemungkinan menyerang parti itu, berikutan ia sudah melanda banyak pergerakan kumpulan Islam di seluruh dunia, termasuk negara ini.
Sambil memperbetulkan kenyataan Presiden PAN, Mohamad Sabu yang mengatakan PAS diresapi pemikiran IS, Salahuddin berkata kenyataan itu sebenarnya meminta semua pihak, khususnya gerakan Islam berwaspada dengan ancaman budaya dan pemikiran gerakan militan berkenaan.
"Mat Sabu (Mohamad) sebut dalam konteks budaya dan pemikiran IS yang melanda hampir semua gerakan Islam di dunia dan Malaysia, perlu diwaspadai, itu yang dimaksudkan.
"Contohnya budaya 'takfiri' (iaitu) mengkafirkan orang, budaya yang menonjolkan bahawa parti mereka saja yang Islamik, kalau keluar parti masuk neraka atau halal darah mereka untuk dibunuh, ini budaya yang sedang dikhuatiri akan melanda mana-mana gerakan dan parti Islam termasuk kami," katanya pada sidang media PAN di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Setiausaha Agung PAN, Mohd Anuar Mohd Tahir; Ketua Angkatan Wanita PAN, Dr Siti Mariah Mahmud dan Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kenyataan Mat Sabu yang mendakwa pemikiran IS menyerap ke dalam PAS hingga tersuburnya budaya takfiri dalam parti itu, adalah kenyataan peribadi atau mewakili PAN.
Jelas sudah betapa antara Presiden PAN dan Timbalannya sudah tidak selari sehati sejiwa .. mencerminkan parti yang mendabik dada hebohkan kesatu dunia dipimpin oleh para individu yang profesional dan progresif lagi inklusif ternyata sembang kencang tapi habuk sikit pun tak lekat. Jadi ada kebenaran apabila Mat Sabu dikatakan menjadi jurucakap DAP demi menjaga hati lebih dari pada menjaga imej parti.
Dua:
Anonymous6 December 2015 at 16:17
MAT SABU HILANG "STEAM"!!! 
Mat Sabu baik punya fitnah PAS telah diresapi dengan fahaman ISIS. tak pasal - pasal je mat sabu meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal. Sampai tahap dia mendakwa kenyataan yang dibuat oleh Si Mat Sabu tu sebelum ini terhadap PAS hanya mengesahkan yang Presiden PAN tu bertindak sebagai jurucakap kepada DAPigs je.
Pa Mus yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat kata, tindakan itu adalah diantara strategi DAPigs untuk terus memburukkan PAS yang kini dianggap musuh nombor satu parti Chauvanist tu. Memetik sumber dalaman, Pak Mus kata, kenyataan Si Mat Sabu tu sebenarnya tidak dipersetujui sebahagian besar pimpinan utama PAN, tapi tetap terus membuat kenyataan tanpa merujuk kepada mereka.
Katanya, Si Mat Sabu dilihat lebih mementingkan survival politiknya sendiri berbanding kepentingan parti yang kini sudah kehilangan “steam” dan momentum selepas hanya beberapa bulan ditubuhkan.
"DAP di bawah Lim Guan Eng mahukan dominasi total ke atas pengundi Cina apatah lagi dalam suasana menghadapi pilihan raya negeri Sarawak. Oleh itu, Mat Sabu cuba mengaitkan PAS dengan Isis untuk menakutkan pengundi Cina.
"Khabarnya, Mat Sabu juga mendapat jaminan Lim untuk bertanding di satu kawasan selamat dalam PRU ke-14 akan datang, sama ada di bawah simbol Amanah atau DAP," katanya.
Pak Mus kata, Si Mat Sabu sedar kedudukannya sebagai Presiden PAN goyah kerana pengaruh kumpulan seperti Ikram, Alami dan lain-lain yang mula meresap dalam parti tidak senang dengan latar belakang Mat Sabu.
"Untuk menyelamatkan diri, Mat Sabu tidak kisah menjadi alat atau jurucakap DAP. Apa lagi persepsi umum sudah melihat Amanah tidak lebih daripada proksi DAP," katanya.
Walaupun tuduhan itu berniat jahat, kata Pak Mus, provokasi seperti itu tidak akan memberi sebarang kesan kepada PAS kerana masyarakat umum sudah memahami pendirian PAS.
"Sebaliknya ia akan mengesahkan pandangan rakyat yang Amanah dan Mat Sabu adalah proksi DAP sebagai satu realiti, bukan lagi sekadar satu persepsi," kata Mustafa.
Dalam erti kata mudahnya, Si Mat Sabu tu hanya membuat dakwaan terhadap PAS sebagai sebuah parti yang diresapi ISIS hanya sekadar satu tindakan untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri je!!! Bukannya dibuat untuk parti!!!
Tiga:
Anonymous6 December 2015 at 16:25
Syiah Menguasai PAN AIDCNews – 10/9/15
Kemasukan aktivis ‘Abu Turob’ ke dalam Parti Amanah Negara (PAN) mengukuhkan lagi persepsi yang mendakwa parti itu didominasi kumpulan Syiah Malaysia.
Menurut PASMA Malaysia, ‘Abu Turob’ adalah pengasas Syiah Kelantan dan ulama syiah Malaysia. 
“Alhamdulillah…
“Akhirnya Abu Turob (pengasas SYIAH Kelantan dan ulama syiah malaysia) bersama PAN (Amanah).
“Admin menyeru semua penganut ajaran SYIAH agar bersama PAN dan DAP memperjuangkan Islam sebenar di bawah pimpinan Tuan Guru Mat Sabu. Hidup Syiah. Takdir,” dedahnya.
Hazwan Faisal pula menjelaskan nama sebenar Abu Turob adalah Kamaruzaman Wan Ismail Golok yang telah dilantik sebagai Ketua PAN Kota Bharu.
“Baju hitam Kamaruzaman Wan Ismail Golok. Nama manja Abu Turob
“Antara rujukan utama syiah di Malaysia. Kamaruzaman dilantik ketua PAN Kota Bharu
“Mat Sabu kan Pengerusi PAN!!!,”katanya.
Kemasukan Abu Turob itu memberi isyarat Syiah telah mendominasi PAN, kata Kassim Masdor dan ini bakal meranapkan impian Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dari kumpulan IRC (Islamic Representative Council) untuk menguasai parti itu.
“Puak syiah mula mendominasi parti Cangkul (PAN)….tipis nampaknya harapan Dr. Mujahid…,”katanya.
Dua tahun lalu Facebook ‘Ayuh Sepakat Tolak Syiah‘ menyenaraikan rangkaian Mohamad Sabu di dalam PAS. Antara yang disenaraikan adalah Aris Awang (Kedah), Adly Zahari (Melaka) dan Onn Jaafar. Kesemua yang disenaraikan itu kini telah keluar PAS dan menyertai PAN pimpinan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu Aris Awang adalah ketua pengiring Amal Relief Malaysia (Arif) yang mengiringi Mat Sabu semasa perhimpunan BERSIH 4.0.
Adly Zahari adalah Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Melaka, manakala Onn Jaafar pula merupakan Ketua Penerangan GHB Johor. Ketika Mat Sabu berjawatan Timbalan Presiden PAS, Aris Awang, Adly Zahari dan Onn Jaafar masing-masing berjawatan Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah, Pesuruhjaya PAS Melaka dan Ketua Penerangan PAS Johor. 
Empat:
Anonymous6 December 2015 at 16:26
PASMA-Cai DAKWA MAT SABU BUAT KERJA 'BANGANG'!!! 
Heh! Itu pun masih ada hati lagi Si Mat Sabu tu nak pertikai mengenai kepimpinan PAS dan membuat tuduhan yang bukan - bukan? Pun masih lagi Si Mat Sabu tu sibuk nak selak kain orang?
Jika semalam kita dah nyatakan bahawa Si Mat Sabu tu wajar menjaga kain dia sendiri. Jangan sampai kain dia terlondeh dek kerana sibuk sangat nak masuk campur dalam urusan orang lain. Inilah masalahnya bila tubuhkan parti hanya semata - mata kerana nak menjaga kepentingan Politik Peribadi orang lain. Penyudahnya, diorang juga yang hilang kemaluan secara terbuka.
Dalam keghairahan puak - puak Pengkhianat Amanah Negara yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu nak serang PAS, ada dikalangan mereka sendiri rasa tindakan yang dilakukan itu tidak wajar. Semalam, kepimpinan Si Mat Sabu ti telah dikritik secara terbuka oleh Pengerusi PASMA-Cai yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa parti yang dipimpin oleh Bekas Timbalan Presiden PAS tu.
AIDCNews – 2/12/15 –Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi kini dilihat tidak lagi sependapat dengan presiden parti itu, Mohamad Sabu dari sudut pendekatan politik. Phahrolrazi yang juga Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) hari ini dilaporkan telah mengkritik pendekatan politik Mohamad Sabu yang lebih lebih dikenali Mat Sabu yang lebih menumpukan kritikan terhadap PAS berbanding dengan BN.
“Sebagai NGO yang pro-pembangkang, kami merasakan sepatutnya fokus harus diberikan kepada BN mengenai isu-isu rasuah dalam parti pemeritah.
“PAS bukan parti pemerintah, mereka hanya memerintah di Kelantan. Menyerang sesama sendiri memberikan kesan negatif kepada blok pembangkang,” kata ADUN Pengkalan Kundor itu ada sidang akhbar di George Town, lapor Malaysiakini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mat Sabu yang menuduh PAS kini sudah diresapi pemikiran ISIS merupakan punca beliau dan kumpulannya menubuhkan parti baharu, PAN. Secara tidak lansung, kenyataan yang dibuat oleh Si Phahrolrazi tu membuktikan bahawa parti pimpinan Si Mat Sabu tu memang ketandusan idea untuk mendapatkan sokongan dikalangan rakyat.
Kot ye pun parti yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu terdesak sangat nak kumpulkan ahli, jangan la sampai tahap diorang mem-BODOH-kan diri sendiri dengan membuat tuduhan serta memburukkan PAS. Nampak sangat yang diorang ni takde kerja lain yang nak dibuat!!!
Lima:
Anonymous6 December 2015 at 16:29
PAN JADI "BADUT"!!! 
PAS gembira Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP tidak mendapat sokongan padu ahli dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti yang ditonjolkan dalam Kongres PKR 2015 kelmarin.
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, senario itu turut diakui oleh Timbalan PKR merangkap Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.
“Suasana di Kongres PKR kelmarin ketika nama parti PAS disebut, delegasi yang mewakili akar umbi PKR memberikan tepukan gemuruh berbanding bila disebut DAP dan PAN yang hanya diberikan tepukan ala kadar.
“Timbalan Presiden PKR bila ditanya wartawan berhubung senario itu langsung tidak berselindung bila berkata itulah gambaran sentimen akar umbi PKR,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Ahmad dalam pada itu mendakwa, pada waktu ini sedang berlaku tentangan terbuka oleh masyakat cina terhadap kepimpinan DAP yang diketuai anak-beranak Lim iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Beliau memberi contoh tindakan sekumpulan kaum Cina yang di Pulau Pinang menaikkan sepanduk meminta Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang supaya pulang saja ke Melaka.
“Ini mungkin babak awal tantangan masyarakat cina tempatan kepada kepimpinan Lim itu,” katanya. Malah, katanya, beliau dimaklumkan satu program utama PAN peringkat nasional di Selangor baru-baru ini berada dalam suasana sugul, hambar, tidak ceria dan dipenuhi aura negatif.
Begitulah, kira-kira.. (IH)
1 comment:
mmmmm blog geng omak hihi
Post a Comment