Sunday, December 13, 2015

Benarkah PAN T'ganu Dimalukan?



 

Lihat Berita ini..

LAGI SEKALI PENGERUSI PAN TERENGGANU DIMALUKAN OLEH PARA PENGUNJUNG PASAR MALAM KUALA TERENGGANU APABILA CERAMAHNYA TIDAK DIPEDULIKAN. 


Tarikh:- 12 hb Dis 2015 bersamaan hari Sabtu jam lebih kurang 5.30 petang,  

Program ceramah di pasar malam bersama Pengerusi PAN Negeri Terengganu yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang menang pada PRU ke-13 lalu atas tiket PAS Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah sebelah pasaraya Giant Hiliran Kuala Terengganu. 

Nama yang dilambung oleh Pakatan Harapan tanpa PAS sebagai bakal MB Terengganu selepas PRU ke-14 nanti. Adakah sambutan diberikan rakyat terhadap ceramah ini melayakkan dirinya diangkat sebagai MB Terengganu nanti .... adakah PAN mampu menang besar lagi bergaya di Terengganu pada PRU ke-14 nanti??? 

Hakikat dan jelasnya ialah PAN di Terengganu telah ditolak secara total dan mutlak oleh rakyat Terengganu ... itu mesej yang keras dan tegas yang ingin disampaikan oleh rakyat Terengganu kepada PAN jika diambil kira sambutan rakyat berikan kepada setiap ceramah yang melibatkan PAN terutamnya Pengerusi PAN Terengganu sendiri. 

Seterusnya kemenangan YB Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah pada PRU ke-13 lalu di parlimen Kuala Terengganu bukan atas kekuatan dan pengaruh tubuh sendiri dan peribadi ... rakyat memberikan undi dan sokongan kepada parti diwakilinya iaitu PAS. 

Dengan itu PAN mesti hentikan segera sembang kencang mendabik dada kononnya parti berkenaan mendapat sambutan hangat dan lebat dari rakyat sebab para pengunjung pasar malam di Hiliran Kuala Terengganu petang tadi langsung tidak mau ambil kisah dan peduli apa yang cuba diucapkan oleh Pengerusi PAN Terengganu. 

Kejadian sebegini bukanlah kali pertama malahan sudah kerap berlaku malahan ianya serupa pada setiap ceramah secara gempur ambil kesempatan kehadiran orang ramai di setiap pasar malam yang sedang beroperasi di Kuala Terengganu. Kalau rakyat bandar Kuala Terengganu sudah tolak PAN rakyat didesa dan luar bandar lebih lagi .. itu pasti. 

(Diangkat dari Omak Kau!!!!)

11 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Walaupun saya ni anti PAN tapi sy berpendirian mereka kena terus mencuba lg sehinggalah mrk2 benar yakin akan tiadanya sambutan ke atas jemaah PAN-DAP @ PANDAP. Wbagaimanapun, sy tetap menyokong para penyokong PAS agar terus membongkar kisah2 ceramah PANDAP yg x de sambutan demi utk memperkuatkan lg keyakinan rakyat kpd jemaah PAS.

Anonymous said...

Walaun walaun senua mari kita sokong UMNO sesungguh mereka tu Melayu dan majoriti berugama Islam jangan lah bersangka buruk walaupun percakapan perbuatan memang sebiji dan perangai munafik semuga rakyat Malaysia tak kira bangsa dan.agama memandang tinggi sifat keislaman kamu sebagai contoh utk dinilai

Anonymous said...

Salam semua, lama tak ketemu.

Satu usaha yang gigih. Rasulullah dulu pun tak ada sambutan juga masa awal memperkenalkan Islam.

Lagi 1 kalau UMNO d bawah Dato Seri Najib asyik memuji PAS je mesti ada yang tak kena.

Korang tak ingat ke duit royalti minyak Kelantan jadi wang ihsan? Duit peruntukan Sekolah Agama Rakyat tidak diberi? Macam-macam lagilah yang dibuat UMNO/BN pada PAS.

Sekarang Presiden dan Mursyidul Am PAS sokong orang yang zali macam ni? Korang tak ingat ke dalam al-Quran ada ayat yang menyuruh jangan menghampiri orang yang zalim?

Di bawah Dato Seri Najib apa lagi bala yang Malaysia tak kena? Gempa bumi, puting beliung, GST, matawang turun, kerja tak ada, kontraktor tak ada projek, harga barang naik, korang ikut je membabi-buta pimpinan PAS?

Korang tak nampak ke Allah tunjukkan bala macam ni?

Lagi satu ingat Ulama ni maksum ke sampai tak boleh ditegur atau dibantah?

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Pru 14 baru tahu, no more vote for pas. Terengganu boleh la.

Anonymous said...

No more vote for PAS

Anonymous said...

Aku suka tengok Pas Umno bersatu supaya lepas ni Pas akan berkubur selamanya..Nik Aziz amat menentang UG dgn Umno dan pernah mengingatkan jemaah Pas jangan sampai masuk lubang ular yg sama..sekarang tuan Presiding merangkap timbalan ketua ulama sedunia dah prepare untuk masuk lubang ular tu kerana tertarik dgn umpan dunia. Tengok balik ucapan Hj Hadi seketika dulu yg dinamakan fatwa Hj Hadi...kita menentang Umno kerana dia mengamalkan amalan kafir.

Anonymous said...

Teramat betul bro..hanya melayu yg bodo yg menyokong orang zalim..

Unknown said...

Ooohhhh patutlah kini diaorg berbaik dgn LGBT lantaran golongan ini x zalim terutama pd diri sendiri..

Unknown said...

Walaupun saya ni anti PAN tapi sy berpendirian mereka kena terus mencuba lg sehinggalah mrk2 benar yakin akan tiadanya sambutan ke atas jemaah PAN-DAP @ PANDAP. Wbagaimanapun, sy tetap menyokong para penyokong PAS agar terus membongkar kisah2 ceramah PANDAP yg x de sambutan demi utk memperkuatkan lg keyakinan rakyat kpd jemaah PAS.

Anonymous said...

Apo lah hj ni. Baco blog lain. Forward ke blog sdri. No idea. Org pi pasar mlm nk beli barang bkn nk dengar ceramah. Org dengar pun sambil lalu. Tu pasal tk ramai. Ini namanye bodo jangkit. Kahkah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails